Sunday, May 3, 2015

KEHIDUPAN: Luka Yang Dialami Tak Sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Luka secara lahiriahnya adalah torehan atau calar pada mana-mana anggota tubuh badan yang menyebabkan mengalirnya darah. Ada luka sedikit, ada luka yang parah. Namun luka itu boleh diubati dengan beberapa jenis ubat.

SP ingin bercerita tentang luka yang sukar diubati. Luka ini hanyaboleh dirasai oleh manusia yang merasakan peristiwa itu sangat memberi kesan pada hidup mereka hari ini. Luka yang SP maksudkan adalah luka di hati.

Setiap orang akan rasa terluka dengan beberapa peristiwa dalam hidup mereka. Ada juga yang terluka dek kerana perbuatan manusia lain yang menyebabkan kebencian itu wujud dlm diri.

Ubat terbaik untuk mengubati luka ini adalah kebahagiaan. Sama ada kebahagiaan itu dicari oleh orang yang terluka atau dikongsi kebahagiaan itu dengan orang lain.

Kebahagiaan itu luas maksudnya. Ada yang bahagia dengan makan banyak. Ada juga yang bahagia dengan hobi. Ada juga manusia yang boleh bahagia dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Setiap manusia berbeza kebahagiaannya. Namun ada satu yang boleh membahagiakan seseorang, iaitu perasaan mencintai dan dicintai.

Kuasa cinta itu teramat hebat sehingga mampu merawat luka yang dalam pada diri seseorang. Cinta dapat melupakan peristiwa lalu yang tidak ingin kita ingat.cinta juga buat kita tersenyum setiap masa dan memberikan aura positif dalam diri.

Namun ada juga yang menolak cinta kerana pernah dilukakan kerana cinta sehingga tidak ingin merasai cinta lagi. Pada SP,  bukannya mereka tidak ingin langsung merasai cinta, tetapi mereka rindu untuk merasai cinta. Mereka takut sekiranya mereka bercinta, mereka akan terluka lagi.

Jangan risau atau rungsing. Cinta itu boleh dibina sedikit demi sedikit. Perlukan kesabaran dan kesungguhan macam Syahmi kata "sungguh sket". Cinta itu akan datang sendiri tanpa perlu diundang dan takkan hilang. Walaupun ditolak, cinta itu anugerah dan akan wujud dalam hati. Cuma perlu bersungguh dan bersabar.

Semoga dimanfaatkan. Ambil yang baik, jangan dicela yang buruk.

P/S: maafkan saya atas kekhilafan saya menyakiti.

Friday, May 1, 2015

KEHIDUPAN: Cinta dan Sayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semua manusia bercinta. Tapi ta semua tahu apa beza cinta dan sayang. SP bezakan ikut idea SP.

Cinta itu luas. Ada yang kata cinta itu buta, cinta itu lumrah, cinta itu penyakit, cinta itu virus, cinta itu sifat. Pada SP, cinta itu satu anugerah. Perasaan cinta itu berbeza bagi setiap manusia. Pengalaman merasai cinta itu tak sama bagi setiap manusia. SP merasakan cinta itu satu keperluan pada diri SP kerana dengan cinta SP dapat semangat baharu untuk melakukan sesuatu. Dengan cinta SP dapat menjadikan sesuatu yang mustahil itu kepada realiti. Cinta itu anugerah Tuhan untuk manusia hargai dan kongsi bersama.

Sayang pula berbeza kerana sayang itu satu sifat. Sifat yang tidak ingin kehilangan sesuatu atau seseorang. Sifat itu akan wujud sendiri dalam diri manusia. Tetapi bila cinta sudah ada, sayang akan jadi lebih hebat. Kerana kita tak sanggup kehilangan orang yang kita cintai. Kerana sayang itu sifat yang indah. Maka teruskanlah menyayangi seseorang yang kita cintai.

Kesimpulannya, cinta dan sayang berbeza tetapi akan wujud pada masa yang sama. Cumanya bila sayang itu wujud tak semestinya kita cinta. Kalo sayang ngan teddy bear, takkan kita bercinta dengan teddy bear? Bak kata bos besar SK Bunohan, gunakan KBAT untuj menilai sesuatu asalkan tak menjadi negatif.

P/S: terima kasih bintang hati atas aspirasi darimu..

Wednesday, April 22, 2015

KEHIDUPAN: Butanya Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Ramai yang menyebut "Cinta Itu Buta'. Tetapi, tahukah kita buta yang bagaimana cinta itu? Buta mata ke? Buta hati ke? Buta huruf ke? SP ada beberapa pendapat berkenaan falsafah 'Cinta Itu Buta'.

Buta yang disebut dalam falsafah ini bukanlah bererti buta mata. Sedangkan orang buta juga bercinta. Buta dalam falsafah ini membawa maksud tidak mengambil kira atau keluh kesah berkenaan segala hal pada orang yang dicintai. Kita tak pernah risau tentang orang yang dicintai kerana rasa sayang dan cinta itu membuatkan kita 'buta'. Bau busuk tak jadi busuk. Tak cantik jadi comel. Senget kata sempurna. 

Kuasa cinta ini begitu hebat sehinggakan manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang disayanginya. Walhal kita tak kisah pun sekiranya orang lain tidak membalas mesej telefon yang kita hantar. Jika orang yang kita syang yang tak balas mesej kita, tentu kita sakit hati. Itulah yang dinamakan CINTA.

Se'buta' mana pun kita, hanya dia seorang sahaja yang kita ingin kongsi hidup bersama. Walaupun ada lagi yang lebih baik dan lebih cantik, orang tu jugak yang kita inginkan. 

Pada SP, mencintai itu tidak buta. yang buta adalah orang yang tidak menerima cinta. Sama ada dia pura-pura buta atau dibutakan dek peristiwa lalu. Dek kerana itu sukar bagi mereka untuk menerima cinta. Namun, bukan selamanya ia akan buta. Sampai masa nanti, setelah melihat keindahan dan manisnya cinta, yang buta itu pasti akan celik.

Terpulang kepada masing-masing untuk memberi pendapat tentang cinta. Asalkan tidak membunuh cinta orang lain pun sudah memadai. Apa-apa pun, cinta itu anugerah Allah. Perasaan itu nikmat yang diberi oleh-Nya. Hargailah dan hayatilah setiap detik merasai nikmat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 20, 2015

KEHIDUPAN: Mengapa Rindu Itu Harus Bagi Yang Bercinta?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Mesti ramai yang tertanya-tanya. Bukan tanya SP tapi terfikir sendirian. Mengapa rasa rindu itu tiba-tiba wujud? 

RINDU


Rindu itu wujud apabila kita teringatkan seseorang tanpa sebab. Senang cakap, tetibe je orang tu muncul dalam fikiran kita. Boleh jadi ibu kita, boleh jadi ayah kita, boleh jadi kesayangan kita. Benda ni lumrah kehidupan. Memang kita akan terfikirkan seseorang yang kita sayang tu walaupun tanpa sebab. Adakalanya, kita bergaduh dengan orang tu, atau buat-buat merajuk dengan seseorang. Lepas tu, kita tidur, tak pasal-pasal termimpikan orang yang kita gaduh tu. Itu tandanya rindu.


Ada sesetengah kes, merindui seseorang sehingga keluar air mata. Rindu yang teramat sangat la tu. Itu normal. Rindu sampai rasa sedih sebab tak dapat jumpa. Disebabkan hal itu, mood jadi tak tentu arah, sensitif, rasa nak marah, rasa nak menjerit.


Ada sesetengah kes pula, dia tak nak rasa rindu ni sebab rasa rindu ni buat dia rasa lemah. Bila dia lemah, dia akan diperbodohkan. Adanya orang sebegini bukannya dia tak nak rasa rindu, tetapi, mereka rindu nak rasa rindu. Dia cakap tak nak berasa sebegitu kerana takut terluka. Hatinya pernah terluka dek manusia yang tak menghargai ketulusan cintanya.



Walaubagaimanapun, setiap manusia pasti merasa rindu, sama ada kepada benda atau manusia, semuanya pasti berasa rindu kepada seseorang atau sesuatu. Jangan risau atau takut apabila terasa rindu kerana perasaan itu normal sebagai manusia yang mempunyai perikemanusiaan. 


Ha? SP rindu siapa? Sibuk je korang nak tahu. Kalau SP, pertamanya SP rindukan kampung halaman, keluarga di rumah. Lepas tu, SP rindu kat menantu mak. Siapa? Pandai-pandailah cari sendiri. Yang penting mak SP dah bagi greenlight. Tinggal nak jalankan pelan pelaksanaan yang dah rancang sejak sekolah lagi. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Moga impian bersama menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih. =)

Tuesday, April 14, 2015

KEHIDUPAN: Sudah Jumpa!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sedikit sebanyak hidup SP ada turun naiknya. Yang membaca tulisan SP ni ada yang menyampah, ada yang simpati, ada yang ambil peduli dan ada juga yang mencelah. Namun, tulisan SP ini sekadar perkongsian perasaan dan pengalaman mahupun pengetahuan. Sebelum ni, SP mengaku, SP berada jauh je bawah sebab sudah lama berada di tempat tinggi. Namun begitu, beberapa bulan yang lalu, SP mula mendaki keseorangan naik ke atas semula dengan semangat baharu. Adakalanya tersungkur. Dengan darah yang masih mengalir dan kaki yang masih bengkok, didaki semula kehidupan ini. Berdarah sepanjang perjalanan mendaki kehidupan yang suram.

Bermula 1 Februari 2015, SP menjalani praktikum di sebuah sekolah dalam daerah Tumpat. Hari ini, berbaki 16 hari lagi sebelum berakhirnya praktikum di sini. Banyak perkara yang sudah berlaku dan sentiasa ingin diingati. Ingin SP berkongsi sedikit cerita manis bersama korang.

SUKAN

Penglibatan dengan sukan semasa praktikum bermula dengan dapat surat lantikan kepegawaian sepak takraw. Selepas itu, beberapa sukan lagi SP terlibat sama. Sedikit sebanyak SP dapat belajar dan mengenali dunia sebenar dengan cikgu-cikgu sekolah lain.

PEMULIHAN

Dah memang bidang SP. Semuanya dapat ditambah pengalaman dan pengetahuan. SP ada menyertai program Outreach dengan kerjasama PPD dan HUSM. SP berpeluang berkenalan dengan cikgu pemulihan sekolah lain dan mempelajari cara untuk mengesan murid yang bermasalah pembelajaran. selain itu, SP juga rasa seperti 'dipulihkan' kerana ilmu baharu yang diterima setiap hari seperti memperbaharui semua ilmu yang sedia ada.

MURAL

Sejak seminggu yang lepas, SP ditugaskan untuk melukis mural di dinding tangga. Puas setiap hari memikir apa yang ingin dilukiskan pada dinding tersebut. Sedikit demi sedikit dinding itu terhias. dan InsyaAllah menjelang tamat praktikum, dinding itu akan siap.

KESAKITAN

Apabila banyak sangat kerja yang dilakukan, memang sakit mula datang menyerang. Dah seminggu ni hidung SP berair je. Pening kepala SP menahan sakit hidung ni. Ada lah sesekali demam sampai tak larat nak bangun. Tapi digagahkan juga badan ni untuk berjalan. Sakit yang lain pun ada. Sakit hati dengan sikap senior yang mementingkan diri sendiri, yang mementingkan pangkat darjat, yang mementingkan anak sendiri untuk jadi pengawas, yang mementingkan kehendak anak daripada didikan akhlak. Sedikit sebanyak SP cuba untuk buat tak endah je. Tapi benda ni berlaku setiap masa. Ni yang buat sakit hati ni. 

CINTA HATI

Di sini juga SP mengenali seorang wanita yang paling hebat. Dia mampu menyembunyikan kesedihannya daripada dilihat oleh orang lain. Namun, SP dapat mengesan kesedihan tersebut dan SP sentiasa ingin membahagiakannya. Sebelum SP merapatinya, senyumannya tawar dan tidak ceria. namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat, SP nampak senyumannya semakin ceria saban hari. Senyumannya buat SP tertawan dan setiap malam termimpi-mimpikan senyuman itu. Dia menunjukkan perwatakan 'kuning' (yellow-person traits), namun, dia seorang yang 'biru'. Ada sesekali SP perasan yang lidahnya seperti pendek dan dia cuba menyembunyikan kelemahan itu. Sebab itu ada beberapa ayat yang disebutnya, disebut dengan laju. (bukan cuba untuk mengaibkan tapi SP rasa itu yang comel). Setiap senyumannya buatkan hati ni macam nak luruh. Berdebar bila dier senyum sambil pandang SP.
 Setiap hari wanita itu akan menjeling dan mengangkat kening sebelah kanan. SP yang melihatnya seperti terpaku seketika. Kerana kerlingan itu begitu manja dan membuatkan wajahnya bertambah cantik dan comel. Setiap masa SP akan cuba untuk curi-curi pandang. Entah dia perasan atau tidak. Namun, SP dah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Dia pernah berkata dia takut untuk bercinta lagi. Namun, SP akan cuba untuk membahagiakannya dan menghapuskan segala kedukaan di hatinya. InsyaAllah, berkat doa mak abah dan sebutan namanya dalam doa setiap hari, InsyaAllah, wanita itu akan bersama SP selamanya. Tak tahu lagi bila nak propose. Haish, angau dah ni...


Buat masa ni SP rasa sangat bahagia. Banyak benda yang terjadi dan membantu SP untuk senyum semula. Yang paling penting, SP jumpa cinta hati. SP jumpa separuh jiwa yang hilang. SP jumpa kekasih yang memahami erti kesetiaan dan peritnya rasa kehilangan serta kerinduan. Sama seperti SP, dia juga a great lover. Tak sanggup rasanya nak berpisah dengannya selepas ini.

Monday, October 27, 2014

So I'm Following The Map That Leads To You

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sekadar perkongsian emosi. Tak perlu nak ambil kalau rasa mengganggu fikiran dan emosi korang. Tulisan kali ini sekadar luahan rasa yang dah lama terpendam.

Setiap kali kita buka Facebook, di ruangan status, mesti tertulis 'What's on your mind'. Tulisan tersebut membuatkan SP berfikir sejenak. Apa yang ada dalam fikiran aku selama ni? Maka, SP menyelami satu persatu fikiran SP yang berserabut dan tak tersusun.

"Apa? Apa! Apa..."

Apa yang dah berlaku sejak kebelakangan ni?
SP memikirkan semua perkara yang terjadi. Anak buah dah melantik SP untuk mengepalai satu organisasi. Namun, kerja yang diberikan seolah-olah tidak dijalankan dan semua kesalahan jatuh atas kepala SP. Sakit hati juga kerana terpaksa menanggung kesalahan mereka. Selain itu, SP dengar jugalah desas-desus yang mengatakan SP tidak menjalankan tugas sebagai seorang ketua. SP berhempas pulas sampai tak tidur malam memikirkan strategi dalam organisasi dan melaksanakan di tahap maksimum. Itu masih dikatakan tidak menjalankan tugas? Aduh. Sakit hati ni. Yang lebih tua pun sama je perangainya. Nak yang terbaik tapi tunjuk contoh yang tak baik. Yang kena menjawabnya adalah muka ni. Malu nak banggakan pengalaman lalu yang hebat disebabkan model yang ditunjukkan tak seperti yang ingin diceritakan. Indah khabar dari rupa. Matilah aku macam ni.

Apa yang berlaku sehingga jadi emosi sebegini?
SP merasakan bahawa semua yang terjadi tidak menyebabkan SP beremosi sedemikian rupa. Bila difikirkan semula, SP tidak mempunyai sesiapa untuk bercerita. Nak diceritakan kepada mak ngan abah, mereka sedang sibuk dengan kerja dan urusan adik-adik. Diceritakan kepada kawan, mereka tukar topik. Hendak diceritakan kepada kekasih? Siapa? Manalah ada orang yang nak kat SP ni. SP takde rupa, takde harta. Bukan tak boleh ubah, tapi SP takut SP akan dipermainkan seperti sebelum ini. Jadi hensem, jeles tak tentu pasal. Jadi kaya sikit, dikikis semuanya. Maka, SP jadilah diri sendiri. Memikirkan isu perkahwinan pula. Saban hari, seorang demi seorang kawan lama SP melangsungkan perkahwinan. Tak cukup dengan itu, guru pelatih di sini pun mengambil peluang untuk mendirikan rumahtangga. Tekanan di sekeliling ni membuatkan SP rasa terhina dengan soalan-soalan cepu emas yang bertalu-talu datangnya. Nak kahwin macamana kalau kekasih pun entah mana. Bila dilamar, pelbagai alasan diberikan. Bila dipelawa, ditolak mentah-mentah. Tak lama lepas itu, dilihat bersama dengan orang lain. Nampak sangat SP ni tak hensem kan. Sebab tu kene REJECT!

Apa yang akan berlaku nanti?
Disebabkan SP mengambil Ijazah Perguruan di IPGKKB, SP banyak memikirkan masalah dunia pendidikan dan perkara yang akan berlaku masa akan datang. SP mengambil jurusan Pendidikan Pemulihan. Di sekolah, hanya seorang guru pemulihan sahaja yang ditempatkan di sebuah sekolah. Jika nanti SP ditempatkan di sekolah dan diberikan tugas mengajar matapelajaran asas, terasa macam sia-sia SP belajar ilmu pemulihan selama 5 tahun setengah. Memanglah satu cabaran. Tapi, macam korang kumpul duit nak kahwin, pastu duit tu habis kat tempat lain. Sedih jugak. Lepas tu isu posting di pedalaman. Ambilan guru pelatih dari Sabah Sarawak antara yang terbanyak setakat tahun ini. Kenapa mereka tidak ditempatkan di negeri asal mereka. Hal ini kerana dilihat masalah komunikasi terjadi kepada guru luar yang mengajar di pedalaman. Memanglah satu pengalaman yang baharu. Kalau dah terpisah laki bini macamana? Yang dah ada anak kecil lagi? Yang keluarganya mempunyai masalah kesihatan bagaimana? Bayaran tiket kapal terbang bukannya sedikit. Hampir 3 per 4 gaji sebulan. Susah. Susah untuk berhadapan semua tu. Entah-entah, SP takkan berkahwin sampai ke tua kerana memikirkan kesusahan hidup berpisah.

Tapi memang betullah falsafah ni: "Tiada dugaan yang diuji Allah kepada manusia yang tidak boleh diselesaikan oleh hamba-Nya". Falsafah ini seringkali SP ulang selepas berlakunya tragedi dalam hidup SP. Setiap dugaan ada penyelesaiannya. Kat mana nak cari? Dalam doa, dalam solat, memikir secara kritikal, lihat sekeliling. Banyak cara untuk selesaikan masalah. Memanglah pada mulanya sukar. Tapi lepas kita dapat selesaikannya sendiri, kita akan rasa lega. Kepala rasa ringan. Sentiasa nak senyum je. Memang lepas tu orang akan kata kita ni buang tabiat atau gila. Tapi itulah keindahannya dugaan Allah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Wallahualam.

Sunday, October 19, 2014

CONFESSION: Boom Boom Boom Clap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

kali ini SP nak bercerita tentang seseorang yang aku rasakan macam dia ni dah meragut perhatian aku sejak kebelakangan ini. Tak perlu SP sebut namanya, hanya menceritakan perwatakannya dari sudut pandangan SP. Tajuk entry kali ini pon sedikit lirik dari lagu Boom Clap, ost The Fault In Our Stars. So ade kaitan dengan kehidupan romantik SP la.

Pandangan matanya menusuk kalbu
Setiap kali SP terserempak dengan dia, mesti jatuh cinta. Setiap kali berjumpa dengannya, mesti jatuh cinta. Setiap kali jeling dari jauh mesti jatuh cinta. Kerlingannya menawan hati.

Senyumannya membuatku tergamam
Entah macamana, banyak perkara nak dibicarakan. Bila berhadapan dengannya, terus senyap. Lupa terus apa yang nak diperkatakan. Macam slow motion je.

Gelak tawanya memikat kalbu
Dari jauh sudah dengar hilai tawanya yang manja. Ketika dia tertawa, terus senyap. Nampak slow motion sekali lagi.

Pemakaiannya, sejuk mata memandang
Setiap kali, memandangnya dari jauh, hati ini berkata, "Ya Allah, jadikanlah dia isteriku yang sah". Manis dipandang, sejuk rasa di hati dan terketaq lutut cheq.

Seriously, aku dah jatuh hati dengan wanita ini. Entah mengapa hati ini dari dahulu lagi menginginkannya. Kenapa itu jangan ditanya. Sudah dijelaskan semuanya. Hanya mampu berdoa kepada Allah, moga dipersatukan dengan ikatan yang sah. Jika bukan, semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya. Memang dirasakan seperti baharu dan muda lagi. Tetapi, tulah. Hati ini menginginkannya. Astaghfirullah. Moga ditenangkan hati ini.

Tuesday, July 15, 2014

TUDUNG: AFIEHIJABHOUSE, Murah & Menawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? Sihat? Puasa tak? Kalau perempuan yang tak puasa, faham-fahamlah. Tapi kalau lelaki tak puasa? Mau mati ka? Hahaha. 

SP ingin bertanya kepada semua pembaca wanita. Untuk siapa kita berhias dan cantik-cantik ni? Untuk jeleskan semua perempuan? Untuk menarik perhatian lelaki? Untuk berlagak? Tak kisahlah tujuan apa pun, tapi SP nak tanya soalan yang paling penting. Adakah anda berhias berdasarkan pandangan mata sendiri atau nasihat daripada seorang lelaki?

SP terfikir untuk membantu para pembaca wanita semua untuk berhias berdasarkan pendapat daripada kaca mata seorang lelaki. Sebabnya, korang berhias, lelaki yang banyak tengok kan? SO, SP sebagai seorang lelaki, nk tolong korang daripada menghadapi Fashion disaster. SP akan memberi pendapat mengenai fesyen terkini yang diminati lelaki, kat mana nak beli tudung murah dan cantik, kat mana nak shopping online dan macam-macam lagi. 

Kali ini SP nak berkongsi dengan pembaca semua (sape yg nak bace blog cikai ni. Perasan).Mulai kali ini, SP akan review tudung. (gila ke apa orang tua ni). Ya, tudung. Sebabnya, SP lihat penjual tudung di Insta semuanya bersungguh-sungguh. Design yang dipamerkan semuanya cantik-cantik. Jadi, untuk review yang pertama, tentulah penjual tudung Insta.

"AFIEHIJABHOUSE "
Murah & Menawan


SP lebih prefer untuk beli tudung online ataupun melalui insta sebab harganya lebih murah berbanding di kedai biase. Tak percaya? Tengok bawah ni.


Selalunya harga bagi bawal seperti gambar di atas ni mencecah RM 15 hingga RM 20. Tengok label harganya tu. Murah kan? Tengok bawah ni pulak.


Memang kalau kat kedai harganya RM 15 sebab wide shawl, kan. Walaupun murah RM 2, tapi kita boleh jimat kan? murah sikit pon dah jimat banyak.

Selain tudung, Afie Hijab House juga menjual dua produk lain.

 Palazo yang comel-comel. Murah pun murah.

Yang ni katanya produk terbaharu. 
Bubble Rice with Chocolate In Jar
Dalam balang tu, dia susun bubble rice dengan corn flakes, bahagian atasnya marshmallow ngan chocolates. 
(meleleh plak air liur bila menaip benda ni)
Murah je. Sebalang, RM 5. 
Boleh panggil JAR of HEART ni..
hahahaha.

Dahtu, setakat tengok pastu kata cantik je, tak guna. Bukak Insta, taip @afiehijabhouse pastu survey sendiri. Nombor telefon owner tertera di situ. Beliau bernama Nur Syafiqah Bte Rahmat. Comel berkaca mata dan mulus putih rupanya. Dapatkan segera, sementara stok masih ada.

Save Gaza

Save Gaza Denaihati