Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Sekadar perkongsian emosi. Tak perlu nak ambil kalau rasa mengganggu fikiran dan emosi korang. Tulisan kali ini sekadar luahan rasa yang dah lama terpendam.
Setiap kali kita buka Facebook, di ruangan status, mesti tertulis 'What's on your mind'. Tulisan tersebut membuatkan SP berfikir sejenak. Apa yang ada dalam fikiran aku selama ni? Maka, SP menyelami satu persatu fikiran SP yang berserabut dan tak tersusun.
"Apa? Apa! Apa..."
Apa yang dah berlaku sejak kebelakangan ni?
SP memikirkan semua perkara yang terjadi. Anak buah dah melantik SP untuk mengepalai satu organisasi. Namun, kerja yang diberikan seolah-olah tidak dijalankan dan semua kesalahan jatuh atas kepala SP. Sakit hati juga kerana terpaksa menanggung kesalahan mereka. Selain itu, SP dengar jugalah desas-desus yang mengatakan SP tidak menjalankan tugas sebagai seorang ketua. SP berhempas pulas sampai tak tidur malam memikirkan strategi dalam organisasi dan melaksanakan di tahap maksimum. Itu masih dikatakan tidak menjalankan tugas? Aduh. Sakit hati ni. Yang lebih tua pun sama je perangainya. Nak yang terbaik tapi tunjuk contoh yang tak baik. Yang kena menjawabnya adalah muka ni. Malu nak banggakan pengalaman lalu yang hebat disebabkan model yang ditunjukkan tak seperti yang ingin diceritakan. Indah khabar dari rupa. Matilah aku macam ni.
Apa yang berlaku sehingga jadi emosi sebegini?
SP merasakan bahawa semua yang terjadi tidak menyebabkan SP beremosi sedemikian rupa. Bila difikirkan semula, SP tidak mempunyai sesiapa untuk bercerita. Nak diceritakan kepada mak ngan abah, mereka sedang sibuk dengan kerja dan urusan adik-adik. Diceritakan kepada kawan, mereka tukar topik. Hendak diceritakan kepada kekasih? Siapa? Manalah ada orang yang nak kat SP ni. SP takde rupa, takde harta. Bukan tak boleh ubah, tapi SP takut SP akan dipermainkan seperti sebelum ini. Jadi hensem, jeles tak tentu pasal. Jadi kaya sikit, dikikis semuanya. Maka, SP jadilah diri sendiri. Memikirkan isu perkahwinan pula. Saban hari, seorang demi seorang kawan lama SP melangsungkan perkahwinan. Tak cukup dengan itu, guru pelatih di sini pun mengambil peluang untuk mendirikan rumahtangga. Tekanan di sekeliling ni membuatkan SP rasa terhina dengan soalan-soalan cepu emas yang bertalu-talu datangnya. Nak kahwin macamana kalau kekasih pun entah mana. Bila dilamar, pelbagai alasan diberikan. Bila dipelawa, ditolak mentah-mentah. Tak lama lepas itu, dilihat bersama dengan orang lain. Nampak sangat SP ni tak hensem kan. Sebab tu kene REJECT!
Apa yang akan berlaku nanti?
Disebabkan SP mengambil Ijazah Perguruan di IPGKKB, SP banyak memikirkan masalah dunia pendidikan dan perkara yang akan berlaku masa akan datang. SP mengambil jurusan Pendidikan Pemulihan. Di sekolah, hanya seorang guru pemulihan sahaja yang ditempatkan di sebuah sekolah. Jika nanti SP ditempatkan di sekolah dan diberikan tugas mengajar matapelajaran asas, terasa macam sia-sia SP belajar ilmu pemulihan selama 5 tahun setengah. Memanglah satu cabaran. Tapi, macam korang kumpul duit nak kahwin, pastu duit tu habis kat tempat lain. Sedih jugak. Lepas tu isu posting di pedalaman. Ambilan guru pelatih dari Sabah Sarawak antara yang terbanyak setakat tahun ini. Kenapa mereka tidak ditempatkan di negeri asal mereka. Hal ini kerana dilihat masalah komunikasi terjadi kepada guru luar yang mengajar di pedalaman. Memanglah satu pengalaman yang baharu. Kalau dah terpisah laki bini macamana? Yang dah ada anak kecil lagi? Yang keluarganya mempunyai masalah kesihatan bagaimana? Bayaran tiket kapal terbang bukannya sedikit. Hampir 3 per 4 gaji sebulan. Susah. Susah untuk berhadapan semua tu. Entah-entah, SP takkan berkahwin sampai ke tua kerana memikirkan kesusahan hidup berpisah.
Tapi memang betullah falsafah ni: "Tiada dugaan yang diuji Allah kepada manusia yang tidak boleh diselesaikan oleh hamba-Nya". Falsafah ini seringkali SP ulang selepas berlakunya tragedi dalam hidup SP. Setiap dugaan ada penyelesaiannya. Kat mana nak cari? Dalam doa, dalam solat, memikir secara kritikal, lihat sekeliling. Banyak cara untuk selesaikan masalah. Memanglah pada mulanya sukar. Tapi lepas kita dapat selesaikannya sendiri, kita akan rasa lega. Kepala rasa ringan. Sentiasa nak senyum je. Memang lepas tu orang akan kata kita ni buang tabiat atau gila. Tapi itulah keindahannya dugaan Allah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...