Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Sedikit sebanyak hidup SP ada turun naiknya. Yang membaca tulisan SP ni ada yang menyampah, ada yang simpati, ada yang ambil peduli dan ada juga yang mencelah. Namun, tulisan SP ini sekadar perkongsian perasaan dan pengalaman mahupun pengetahuan. Sebelum ni, SP mengaku, SP berada jauh je bawah sebab sudah lama berada di tempat tinggi. Namun begitu, beberapa bulan yang lalu, SP mula mendaki keseorangan naik ke atas semula dengan semangat baharu. Adakalanya tersungkur. Dengan darah yang masih mengalir dan kaki yang masih bengkok, didaki semula kehidupan ini. Berdarah sepanjang perjalanan mendaki kehidupan yang suram.
Bermula 1 Februari 2015, SP menjalani praktikum di sebuah sekolah dalam daerah Tumpat. Hari ini, berbaki 16 hari lagi sebelum berakhirnya praktikum di sini. Banyak perkara yang sudah berlaku dan sentiasa ingin diingati. Ingin SP berkongsi sedikit cerita manis bersama korang.
SUKAN
Penglibatan dengan sukan semasa praktikum bermula dengan dapat surat lantikan kepegawaian sepak takraw. Selepas itu, beberapa sukan lagi SP terlibat sama. Sedikit sebanyak SP dapat belajar dan mengenali dunia sebenar dengan cikgu-cikgu sekolah lain.
PEMULIHAN
Dah memang bidang SP. Semuanya dapat ditambah pengalaman dan pengetahuan. SP ada menyertai program Outreach dengan kerjasama PPD dan HUSM. SP berpeluang berkenalan dengan cikgu pemulihan sekolah lain dan mempelajari cara untuk mengesan murid yang bermasalah pembelajaran. selain itu, SP juga rasa seperti 'dipulihkan' kerana ilmu baharu yang diterima setiap hari seperti memperbaharui semua ilmu yang sedia ada.
MURAL
Sejak seminggu yang lepas, SP ditugaskan untuk melukis mural di dinding tangga. Puas setiap hari memikir apa yang ingin dilukiskan pada dinding tersebut. Sedikit demi sedikit dinding itu terhias. dan InsyaAllah menjelang tamat praktikum, dinding itu akan siap.
KESAKITAN
Apabila banyak sangat kerja yang dilakukan, memang sakit mula datang menyerang. Dah seminggu ni hidung SP berair je. Pening kepala SP menahan sakit hidung ni. Ada lah sesekali demam sampai tak larat nak bangun. Tapi digagahkan juga badan ni untuk berjalan. Sakit yang lain pun ada. Sakit hati dengan sikap senior yang mementingkan diri sendiri, yang mementingkan pangkat darjat, yang mementingkan anak sendiri untuk jadi pengawas, yang mementingkan kehendak anak daripada didikan akhlak. Sedikit sebanyak SP cuba untuk buat tak endah je. Tapi benda ni berlaku setiap masa. Ni yang buat sakit hati ni.
CINTA HATI
Di sini juga SP mengenali seorang wanita yang paling hebat. Dia mampu menyembunyikan kesedihannya daripada dilihat oleh orang lain. Namun, SP dapat mengesan kesedihan tersebut dan SP sentiasa ingin membahagiakannya. Sebelum SP merapatinya, senyumannya tawar dan tidak ceria. namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat, SP nampak senyumannya semakin ceria saban hari. Senyumannya buat SP tertawan dan setiap malam termimpi-mimpikan senyuman itu. Dia menunjukkan perwatakan 'kuning' (yellow-person traits), namun, dia seorang yang 'biru'. Ada sesekali SP perasan yang lidahnya seperti pendek dan dia cuba menyembunyikan kelemahan itu. Sebab itu ada beberapa ayat yang disebutnya, disebut dengan laju. (bukan cuba untuk mengaibkan tapi SP rasa itu yang comel). Setiap senyumannya buatkan hati ni macam nak luruh. Berdebar bila dier senyum sambil pandang SP.
Setiap hari wanita itu akan menjeling dan mengangkat kening sebelah kanan. SP yang melihatnya seperti terpaku seketika. Kerana kerlingan itu begitu manja dan membuatkan wajahnya bertambah cantik dan comel. Setiap masa SP akan cuba untuk curi-curi pandang. Entah dia perasan atau tidak. Namun, SP dah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Dia pernah berkata dia takut untuk bercinta lagi. Namun, SP akan cuba untuk membahagiakannya dan menghapuskan segala kedukaan di hatinya. InsyaAllah, berkat doa mak abah dan sebutan namanya dalam doa setiap hari, InsyaAllah, wanita itu akan bersama SP selamanya. Tak tahu lagi bila nak propose. Haish, angau dah ni...
Buat masa ni SP rasa sangat bahagia. Banyak benda yang terjadi dan membantu SP untuk senyum semula. Yang paling penting, SP jumpa cinta hati. SP jumpa separuh jiwa yang hilang. SP jumpa kekasih yang memahami erti kesetiaan dan peritnya rasa kehilangan serta kerinduan. Sama seperti SP, dia juga a great lover. Tak sanggup rasanya nak berpisah dengannya selepas ini.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...