Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Luka secara lahiriahnya adalah torehan atau calar pada mana-mana anggota tubuh badan yang menyebabkan mengalirnya darah. Ada luka sedikit, ada luka yang parah. Namun luka itu boleh diubati dengan beberapa jenis ubat.
SP ingin bercerita tentang luka yang sukar diubati. Luka ini hanyaboleh dirasai oleh manusia yang merasakan peristiwa itu sangat memberi kesan pada hidup mereka hari ini. Luka yang SP maksudkan adalah luka di hati.
Setiap orang akan rasa terluka dengan beberapa peristiwa dalam hidup mereka. Ada juga yang terluka dek kerana perbuatan manusia lain yang menyebabkan kebencian itu wujud dlm diri.
Ubat terbaik untuk mengubati luka ini adalah kebahagiaan. Sama ada kebahagiaan itu dicari oleh orang yang terluka atau dikongsi kebahagiaan itu dengan orang lain.
Kebahagiaan itu luas maksudnya. Ada yang bahagia dengan makan banyak. Ada juga yang bahagia dengan hobi. Ada juga manusia yang boleh bahagia dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Setiap manusia berbeza kebahagiaannya. Namun ada satu yang boleh membahagiakan seseorang, iaitu perasaan mencintai dan dicintai.
Kuasa cinta itu teramat hebat sehingga mampu merawat luka yang dalam pada diri seseorang. Cinta dapat melupakan peristiwa lalu yang tidak ingin kita ingat.cinta juga buat kita tersenyum setiap masa dan memberikan aura positif dalam diri.
Namun ada juga yang menolak cinta kerana pernah dilukakan kerana cinta sehingga tidak ingin merasai cinta lagi. Pada SP, bukannya mereka tidak ingin langsung merasai cinta, tetapi mereka rindu untuk merasai cinta. Mereka takut sekiranya mereka bercinta, mereka akan terluka lagi.
Jangan risau atau rungsing. Cinta itu boleh dibina sedikit demi sedikit. Perlukan kesabaran dan kesungguhan macam Syahmi kata "sungguh sket". Cinta itu akan datang sendiri tanpa perlu diundang dan takkan hilang. Walaupun ditolak, cinta itu anugerah dan akan wujud dalam hati. Cuma perlu bersungguh dan bersabar.
Semoga dimanfaatkan. Ambil yang baik, jangan dicela yang buruk.
P/S: maafkan saya atas kekhilafan saya menyakiti.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...