Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Antara dua jiwa wujudnya satu jarak yang memisahkan. Disebabkan hal ini, rindu memainkan peranan dalam kedua-dua jiwa.
Rindu ini datang dengan sendiri. Tak perlu diminta atau dipaksa. Tanpa rela atau sedar, rindu itu datang bertaut.
Ada yang suka mempunyai perasaan ini. Ada juga yang tidak menyukainya kerana perasaan rindu itu akan menitiskan air mata dan menjadi resah tak tentu hala. Ya, begitulah hakikat kerinduan.
Namun rindu itu akan sedikit terubat apabila saling berhubung dan berbicara. Jika dahulu, kita perlu mengayuh basikal atau berjalan kaki untuk bertemu. Ada juga yang beri upah pada adik untuk sampaikan surat kepada yang tersayang. Ada juga yang pos surat terus ke Pos Malaysia. Undurkan lagi masa, hantar surat pakai burung.
Ya, rindu itu perasaan yang menggelisahkan. Namun perasaan itu akan jadi sesuatu yang indah apabila bertentang mata untuk melepaskan rindu.
P/S: rindu pada bintang hati yang sentiasa manis senyumnya apabila bertemu.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...