Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Harapan dan Realiti adalah dua perkara yang berbeza, namun mempunyai perkaitan yang amat dekat sekiranya seseorang itu meletakkan positiviti dalam minda. Namun kali ini SP ingin menjelaskan bagaimana Harapan dan Realiti ini mempunyai persamaan dan perbezaan antara keduanya.
Harapan merupakan sesuatu impian yang dirangka, dirancang dan digagaskan. Sama seperti janji, harapan itu perlu disebut. ada juga harapan yang tak perlu disebut, tetapi ditunjukkan melalui perbuatan dan tingkah laku. Perlakuan itu adalah seperti, menyayangi, melindungi, lucu, melayani dan banyak lagi yang kita boleh lihat. namun, harapan ini tidak disukai oleh seseorang yang pernah diberi janji palsu. Hal ini membuatkan mereka menerima harapan tetapi menolak 80% harapan tersebut. 20% lagi merindukan dan menginginkan harapan itu. Sukar untuk SP katakan bagaimana seseorang itu menolak harapan kerana SP tak pernah hampakan harapan orang dan SP tak pernah menolak harapan daripada sesiapa. Cuma yang SP boleh katakan adalah harapan itu pasti akan dirasai walaupun kita tidak nampak atau tidak tahu.
Realiti pula adalah dunia sebenar. Berpijak pada paksi kebenaran. Merasai dunia daratan dan hembusan angin, itulah realiti. Realiti itu ada yang menipu, ada juga yang indah. Bergantung kepada pengalaman manusia dalam menerajui kehidupan masing-masing. Realiti akan jadi indah apabila kehidupan kita disusun dan dirancang dengan baik. Realiti itu boleh menghampakan apabila seseorang menyatakan kebenaran yang pahit atau memilih jalan untuk terus menerajui hidupan hitam dalam diri. Secara amnya, realiti itu dialami oleh semua orang dan tidak boleh dielakkan walaupun pahit pengalamannya.
Harapan dan realiti mempunyai perkaitan antara duanya. Bergantung kepada setiap individu. Ada individu yang memberi harapan, tetapi realitinya, tidak dapat ditunaikan. Ada juga yang memberi harapan dan sepenuh hati memenuhi harapan itu dengan keindahan dan kebahagiaan. Orang yang memberi harapan dan pasti akan menunaikan dalam realiti, terimalah dia dan jangan sesekali lepaskannya kerana sakit di dalam hati itu perit rasanya. Ya, kita takut untuk berharap kepada orang yang memberi harapan, tapi, jika kita sudah mengenali orang yang memberi harapan itu, dan orang sekelilingnya juga memuji positivitinya, apa salahnya kita beri peluang kepada orang itu. kita kan pernah rasa sakit hati dan kecewa. Takkan kita nak buat camtu kat orang lain pula.
Namun Harapan dan Realiti itu perbezaannya sedikit sahaja. Harapan itu berlaku dalam fikiran dan realiti. Realiti pula berlaku sepanjang masa. Yang membezakan keduanya adalah positiviti. Wujud positiviti, maka harapan itu akan menjadi realiti. Jika Positiviti tiada, Harapan itu sentiasa bermain dalam ingatan kita yang berharap, bukan pada orang yang memberi harapan. Tak percaya? Kalau dieja Harapan dengan Realiti, kan berbeza. Tetapi jika kita positif, Harapan dan Realiti itu adalah sama.
Kesimpulannya, jangan berhenti berharap. Kerana harapan itu indah dalam realiti. Harapan yang dikatakan palsu itu berlaku apabila seseorang itu tidak menjadikannya realiti dan tiada positiviti dalam dirinya. Semoga dimanfaatkan. Ambil yang elok, letak tepi mana yang tak suka.
P/S: SP berharap dan mengharapkan bintang hati memberi harapan. Harapan yang SP beri akan direalisasikan.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...