Saturday, May 9, 2015

KEHIDUPAN: Sabar & Buntu

Assalamualaikum san selamat sejahtera.

Kesabaran itu satu keistimewaan kepada seseorang dalam menahan marah atau geram terhadap sesuatu. Namun begitu, sesetengah manusia, tahap kesabarannya singkat sehingga cepat naik angin dan salah sangka.

Kadangkala kita bersabar, tetapi tak tahu nak buat macamana lagi, sama ada perlu terus bercakap, terus tersenyum atau berhenti bersabar. Sesetengah daripada kita, bersabar sehingga lupa apa yang disabarkan itu dan mencipta kenangan baharu yang lebih indah.

Kebuntuan dalam kesabaran berlaku apabila semua perkara untuk menenangkan diri bersabar itu telah dilakukan dan sudah tidak ada cara lain lagi. Contohnya, seorang perempuan bersabar dengan sikap teman lelakinya yang suka memaksa, walhal perempuan itu suka akan keterpaksaan itu disebabkan manisnya wajah lelaki itu dengan jual mahal. Hal ini kerana dengan jual mahal, perempuan itu dapat kasih sayang dan perhatian. Namun, apabila kerap jual mahal, akan menyebabkan lelaki itu buntu untuk cuba memujuk. Hal ini akan menyebabkan semua cubaan memujuk perempuan iu akan dianggap sia-sia. Hati-hati ya para wanita semua.

Namun, dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur atau give and take. Kena bergilir untuk mengalah dan menerima semua kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Kebanyakan pengalaman lalu menunjukkan bahawa SP sentiasa mempunyai masalah yang sama, iaitu one sided relationship atau bertepuk sebelah tangan. Hal ini kerana wanita yang pernah bersama SP terlalu lama jual mahal sehingga mereka bosan dengan semua pujukan SP. Mungkin SP salah dalam cara mencintai. Apa-apa pun SP salahkan diri sendiri kerana kelemahan diri SP. Namun begitu kelemahan SP cuba diatasi dari sehari ke sehari.

Untuk lelaki, ketahuilah, senyuman wanita itu mahal dan sungguh bertuah sekiranya kamu dapat melihatnya. Percayalah. Senyuman mereka kepada kamu berbeza dengan senyumannya kepada orang lain.
Untuk wanita, jangan terlalu lama merajuk atau terlampau jual mahal. Apabila lelaki itu sudah bosan, dikhuatiri akan cari yang lain. Serikan semula hubungan dengan kemanisan mencipta kenangan baharu. Jagalah bersama hubungan itu. Jangan jaga hubungan itu seorang diri.

Semoga bermanfaat.

P/S: semoga Allah selamatkan perjalanan pergi dan pulangnya. Semoga Allah selamatkan keberadaannya di sana.

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati