Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mungkin malam ni bersifat emosi dan sukar diterima dek akal. Namun, apa yang SP nak kongsikan ni tak menuju kepada mana-mana perempuan secara spesifik.
Bagi sesetengah perempuan, ramai yang bersedih kerana perbuatan lelaki pada masa lampau. Hal ini membuatkan perempuan menjadi keras hati dan 'kebal'. Namun, 'kekebalan' ini sebenarnya topeng. Topeng untuk lelaki anggap tiada gunanya untuk menambat hatinya, sedangkan keinginan dan kerinduan untuk merasai semula perasaan cinta dan rindu itu menebal dalam 'kekebalan' perempuan.
Tak semua lelaki bersifat seperti yang pernah anda semua lalui. Ada yang berusaha untuk mengubah kesedihan itu menjadi kebahagiaan, kesuraman menjadi keindahan dan kesunyian kepada kehidupan bersama. Lelaki seperti itu, tidak perlu dicari kerana mereka akan datang dengan sendirinya.
Adakalanya kita (perempuan) merasakan bahawa lebih baik hidup seorang diri kerana tidak terbeban dengan perasaan dan rindu. Mungkin kerana dengan seorang diri dapat memuaskan hati sendiri kerana orang lain tidak berpuas hati dengan kita. Ada juga yang sudah biasa bersendirian sejak peristiwa lalu.
Percayalah, setiap lelaki yang berusaha itu pasti akan sentiasa cuba untuk membuat anda tersenyum, bahagia dan gembira. lelaki itu tidak ingin melukakan hati anda kerana mereka tahu bahawa anda sudah lama terluka. Berilah peluang kepada mereka untuk berusaha. jika tidak, lelaki itu akan bertanggapan bahawa anda membenci mereka dan mereka akan jadi seperti anda, membenci.
Sebagai manusia, kenapa perlu membenci sedangkan bahagia itu ada di mana-mana. Kebencian itu akan wujud bila sesuatu perkara yang dilakukan secara berterusan dan akhirnya tidak menjadi. perasaan benci itu sesuatu yang perlu dielakkan.
Namun, setiap manusia itu ada tahap kesabarannya. Janganlah terlalu menjual mahal sehingga mereka hilang sabar dan tidak ingin memberikan perhatian kepada anda. Waktu itu, menangis pun tiada guna. Siapa suruh jual mahal sangat. Jual mahal sikit-sikit sudahlah. Kena ada tolak ansur.
Satu lagi, kepada semua para wanita, anda kena pupuk sifat ini: BERSEDIA MEMAAFKAN. Kena sentiasa memaafkan mereka yang pernah melukakan hati kita. Memang ambil masa, namun, jangan sampai tak maafkan langsung. Terseksa dia di Akhirat nanti.
Harap tiada yang tersinggung dengan perkataan SP. Sekadar perkongsian muhasabah bersama. Semoga bermanfaat. Sekian, dari manusia yang hina.
P/S: Sudah sampai masanya untuk kita bersama fikirkan masa depan. Untuk kita, anak-anak kita. Setiap manusia ada perancangannya. Allah je yang menentukan. Kalau nak tahu apa perancangan mereka, apa salahnya kalau buka mulut untuk bertanya. Hidup ini mudah. Jangan susahkan dengan benda yang remeh-temeh. Mudahkan dengan benda yang mudah. Tak tahu, tanya. Senang kan?
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...