Sunday, May 24, 2015

KEHIDUPAN: Stress & Marah

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedang SP mengulangkaji sebelum menjawab kertas terakhir esok untuk semester ni, SP dapat memikirkan beberapa cara bagaimana nak hilangkan stress atau marah. Seperti mana kita, manusia biasa, pastinya stress dan sukar untuk melakukan kerja apabila perkara ini terjadi. apatah lagi ketika marah. SP sering mengalami perkara ini dan banyak melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan masalah dan Alhamdulillah, berkesan.

Wudhuk dan Solat


Dalam agama Islam, mengambil wudhuk sebenarnya mampu melegakan perasaan marah kerana dengan wudhuk dapat menenangkan jiwa. Secara saintifiknya, anggota wudhuk yang disapu dengan air adalah titik saraf yang mampu melegakan peredaran darah yang tersekat. Namun begitu, ada juga yang tidak berkesan. Maka, solatlah kerana dengan solat, disiplin solat itu sendiri dapat mengawal perbuatan. bacaan-bacaan dalam solat pula mampu menenangkan jiwa.

Origami


Origami mampu melegakan jiwa dan memberi ketenangan sekiranya kita melakukan origami yang berbentuk kecil dan halus. SP cadangkan buatlah origami bunga kusudama. Dengan melakukan origami ini, mampu mengajar kesabaran dan disiplin jiwa dalam melakukan sesuatu. Beberapa kali SP melakukan origami itu dan Alhamdulillah berjaya mengatasi perasaan marah.

Berjalan


Selepas marah atau stress, bangun dan terus berjalan cepat. Sampai mana? Sampai hilang marah dan stress tu. Sebab tu ramai yang melakukan aktiviti fizikal dengan perasaan marah kerana mampu menghilangkan selepas kepenatan. Tetapi bagi yang tidak larat, berjalan pun sudah cukup. Pernah SP berjalan sejauh 3 kilomater dan berpatah balik 3 kilometer semata-mata untuk menghilangkan marah.

Pandang Pemandangan


Kajian ada menyatakan bahawa dengan melihat benda-benda hijau, stress dan marah dapat dikurangkan. Kalau dalam bilik, takkan nak tengok baju hijau, baldi hijau, bantal hijau. Jadi, keluarlah dan lihatlah pemandangan. tak perlu buat apa-apa. Duduk dan lihat pemandangan. secara lahiriahnya, pemikiran marah tu akan berperang dalam kepala dan akan hilang dengan sendirinya. Ada seorang kawan rapat SP. Dia memang mengalami satu perisatiwa dalam hidupnya yang sangat melukakan hatinya walaupun 5 tahun berlalu. Dia suka ke pantai. Katanya, bunyi ombak, angin bayu dan kepulan awan membuatkannya tenang dan tersenyum. 

Makan


Yang ni, tak berapa digalakkan tetapi sekadar cadangan. Kenapa? Selalunya, orang yang stress atau marah akan makan dengan berlebihan. Hal ini mampu meningkatkan berat badan dan menambahkan lemak-lemak yang sedia ada. Jangan kata orang yang perut buncit tu bahagia. Perut buncit juga tanda tidak bahagia. Dengan makan, kita lupa masalah dan dengan makan juga kita lupa baca Bismillah sebelum makan. Sebab tu makan berlebihan. Kalau baca Bismillah sebelum makan, taklah makan secara berlebihan. Tetapi makanan yang dapat melegakan stress dan marah pada SP adalah kurma dan coklat. Hal ini kerana kemanisan makanan tersebut mampu menutupi kepahitan dalam hati. Jadi, pilihlah makanan yang dapat menutupi kepahitan hati, bukan memberi kencing manis kepada anda.

Pandang Muka Ibu


Ini unik sikit. Sebabnya, ibu bukan sahaja dikatakan syurga di bawah telapak kakinya, tetapi ibu juga memberi syurga kepada kita. Kalau kita marah pada ibu, pandang gambar ibu. Kalau rajin, buka album lama ibu. Lihat gambarnya daripada muda sehingga ke hari ini. Dengan melihat gambar ibu, timbul rasa terima kasih kerana membesarkan kita dari kecil hingga besar. Kesedaran itu akan datang tiba-tiba dan akan melegakan stress dan marah kita.


Rasanya cukuplah setakat ini. SP sekadar berkongsi tips dan teknik ini untuk diamalkan bersama. Semoga bermanfaat.

p/s: Don't be too hard on yourself. Work hard, think smart and live hapily.



No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati