Thursday, July 10, 2014

KEHIDUPAN: Sesuatu Yang Terlepas Perlu Dihargai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Rasanya sempat je kan kalau nk ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Semoga kita akan mendapat keberkatan Ramadhan dan dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar.

Kali ini SP akan bercerita berkenaan pengalaman sesetengah orang yang melalui waktu gembira yang sementara. Pedih tetapi sangat-sangat indah untuk dikenang semula.

"Terima Kasih Atas Kenangan Ini"

Pernah tak anda berjumpa dengan seseorang, seseorang yang memahami kita. Kemudiannya kita rapat dengan mereka. Keluar makan bersama, belajar bersama, bertukar hadiah dan bertukar pendapat. Sehingga suatu masa, apabila tiba masa untuk membuat keputusan yang bakal merubah kehidupan kita akan datang, si dia menolak keputusan kita.

Sebagai seorang manusia, memang normal untuk berasa sedih kerana apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan. Harapan yang telah terbina lama runtuh begitu sahaja. Mungkin hal ini berlaku kepada yang baru berjumpa, ataupun yang telah lama berjumpa. Walau apa pun, apabila ini terjadi, sememangnya manusia akan berasa sedih, kecewa dan benci.

SP akan cuba untuk menceritakan keadaan sebenar, mengapa mereka melakukan sedemikian kepada kita. SP harap SP takkan menyinggung perasaan mana-mana pihak mahupun menambahkan kesedihan sesiapa. SP cuma mahu berfikiran positif dan pembaca semua pun berfikiran sebegitu. Boleh kan?

Seperti keluarga sendiri

Disebabkan hubungan rapat yang terbina, berkemungkinan salah seorang daripada kita menganggap hubungan itu seperti abang dengan adik atau adik dengan kakak. Hubungan itu dirasakan istimewa dan salah seorang akan membuat keputusan untuk hidup bersama. Namun, sesetengah orang belum bersedia lagi dan sukar untuk mengikuti keputusan tersebut berikutan kebiasaan dengan kita. Mereka tahu tentang kita dan menerimanya seperti keluarga sendiri, bukan seperti seseorang yang istimewa.

Sebagai peneman sementara
Ketika kita bersedih, kita mungkin akan bercerita tentang masalah kita dengan seseorang yang kita percaya. Selalunya kita bercerita kepada teman yang bertentangan jantina. Kebetulan teman itu juga melalui keadaan yang sama seperti kita. Setelah kita bercerita dan rapat dengannya dalam tempoh yang lama, apabila kita membuat keputusan, dia menolaknya kerana mereka sudah berbaik semula dengan kekasih lamanya. Kita dijadikan sebagai peneman sementara bagi merawat lukanya dan memperbaiki kesilapan lamanya.

Sebagai medium balas dendam

Ada juga sesetengah manusia yang masih tidak puas hati melihat kita murung dan mahu kita lagi dikecewakan. Maka mereka yuang dengki dengan kita akan cuba mengupah orang lain dan rapat dengan kita dengan harapan akan membuatkan kita selesa. Di akhirnya, orang yang diupah itu akan cuba mengecewakan kita. Biasalah manusia. Anggaplah macam pertubuhan rahsia dunia yang inginkan kita sebegitu, bukan disebabkan rakan di sekeliling kita.

Kerana belum cukup persediaan

Mungkin keputusan yang kita lakukan itu mengejutkan mereka. Mereka mungkin sudah mempunyai niat yang sama, namun persediaannya belum cukup. mungkin wang belum mencukupi, perancangan belum ada atau belum memberitahu kepada ibu bapa mereka. Rancanglah dahulu dan tunggulah pasangan yang sesuai.

Kesimpulannya, walau apa pun yang terjadi, kita perlu sabar dan tidak bertindak melulu sehingga melibatkan nyawa dan darah. Biarlah orang perlakukan kita sedemikian kerana Tuhan akan membalas mereka berlipat kali ganda susahnya seperti mana mereka melakukannya kepada kita.



06062014
Sinaran Fajar akan bersinar lagi esok walaupun terbenamnya ia di penghujung hari

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati