Friday, July 11, 2014

PERIBADI: Minat Luar Biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ini SP nak berkongsi minat kepada semua pembaca. Mungkin pembaca semua akan berasa pelik dengan apa yang akan SP ceritakan. Namun, inilah kejujuran yang akan SP kongsikan dengan semua pembaca.

"Feminist"

Semua orang memiliki minat yang berlainan. Seandainya minat mereka itu sama pun, pasti ada yang berbeza dalam persamaan itu. Minat bergantung kepada individu. Ada yang minat kepada benda seni seperti membela ikan kecil atau menjahit. Ada juga yang meminati aktiviti lasak seperti mendaki atau paintball.

SP pula minat kepada benda-benda yang berseni. Salah satunya adalah tudung yang bercorak bunga penuh. Ya, SP minat tudung. Mungkin ada pembaca yang pelik sama ada SP ini lelaki atau perempuan. SP adalah seorang lelaki. Dan SP memang minat tudung. Minat bukan untuk dipakai tetapi minat kepada corak dan warnanya.

Sejujurnya, SP ada juga membeli beberapa helai untuk simpanan. Warnanya amat menarik dan coraknya kelihatan abstrak walaupun penuh. Minat ini mula dikesan apabila SP melihat perubahan seorang sahabat SP yang mulanya bertudung menggunakan tudung sarung. Memanglah mudah tetapi SP tidak meminati pemakaian sebegitu kerana nampak bentuk kepala. Kalau telinga capang, memang nampak telinga yang capang tu.

Selepas itu, SP memintanya untuk memakai tudung bawal. Pada mulanya dia memilih tudung bawal yang mempunyai asas satu warna sahaja. Nampak biasa je. Kemudian, dia memakai asas dua warna pula. Sehinggalah satu hari tu, SP ajak dia shopping dan dia mula tertarik dengan tudung bawal printed. Corak bunganya tak penuh, tetapi agak menarik. Dia membelinya dan cuba memakainya. 

Perghh. Kagum tengok kecantikannya pakai tudung tu. Sejak hari tu, SP tak pernah terlepas daripada singgah kedai tudung untuk tengok-tengok tudung. Kalau ada yang cantik, SP beli. Kalau tak pun, SP tengok-tengok je.

Di kesempatan ini juga, SP nak promote jugaklah pada pembaca semua. SP ada survey tudung secara online. Salah satu yang SP berminat dengan corak tudungnya adalah The Olive Note. Kebanyakan tudung yang dijual diperbuat daripada cotton silk. Difahamkan tudung jenis ni selesa dipakai. Maklumlah. SP bukan perempuan jadi tak pernah merasai pengalaman memakai tudung. Harganya berpatutan dan tokey jual tudung ni pon comel. Dia junior SP mase kat SM Teknik ERT Azizah dulu. Jadi sesiapa yang berminat, bolehlah tengok di Instagram @theolivenote. 


Selamat berpuasa dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog SP.

1 comment:

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati