Wednesday, July 2, 2014

KEHIDUPAN: Rindu itu Normal Pada Yang Mencintai


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Kali ini SP hanya nak bercerita. Cerita yang korang akan cakap macam cliche drama Melayu je. Tapi apa gunanya blog ni kan? Bukannya SP gunakan untuk bisnes atau promote ape2... SP hanya nak berkongsi satu perasaan yang semua manusia pernah dan memiliki perasaan ini..

"Rindu? Taklah. Sangat Rindu!"


Perasaan rindu ni datangnya daripada kenangan yang kita pernah lalui melalui imaginasi kita. Sesuatu peristiwa yang kita lalui dan kita nak ingat sampai bila-bila. Dan beberapa ketika selepas peristiwa itu, apabila dikenang semula peristiwa itu, pasti perasaan rindu itu mula bertaut. Terdapat beberapa jenis rindu yang SP dapat kaji sendiri melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.




RINDU pada tempat
Kebiasaannya rindu jenis ini sering berimaginasi tentang tempat yang pernah dilawati. Keindahan dan suasana tempat tersebut belum pernah dilalui atau sukar merasai pengalaman sebegitu di tempat lain. Hal ini menyebabkan perasaan rindu pada tempat itu akan mula terbayang dalam imaginasi dan sedikit rasa terharu. Imaginasi juga turut memainkan peranan dengan mengembangkan perasaan tersebut dengan ketenangan dan suasana yang aman.



RINDU pada seseorang
Rindu jenis ini telah menjadi kebiasaan kepada manusia biasa. Rindu pada seseorang adalah kerana jasa, budi atau pengalaman melalui sesuatu peristiwa bersama adalah normal bagi setiap manusia. Contohnya, rindu pada ibu, ayah, adik, abang, kakak, atuk, nenek, maksu, pak cu, jiran sebelah, pakwe, makwe, cikgu, guru besar, pengetua, member sekelas, member kelas sebelah, member sekolah agama, mamat jiran sebelah yang katang (sasa), minah yang selalu sidai baju setiap jam 10:00 pagi, orang yang pernah selamatkan kita, orang yang beri hadiah pada kita, orang yang selalu puji kita dan banyak lagi contoh yang korang sendiri pun tahu.






RINDU pada binatang
Ini juga normal pada kaki bela binatang. Dari kecik, sampai ke besar, bela binatang, tapi sekarang berada di kejauhan sebab study jauh. Jadi rindulah pada binatang peliharaan tu. Bukan susah pun nak kenal orang yang ade rindu jenis ni. Mudah je. Tengok laman sosial mereka. Ada tak gambar haiwan peliharaan mereka? Kalau ada, mereka akan mempunyai rindu jenis ini melebihi rindu pada seseorang. Hahahaha..

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati