Tuesday, June 24, 2014

MENTALITI: Penerimaan Orang Baharu Dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi singgah kat blog yang berhabuk ni. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca sedikit pendapat yang akan SP kongsikan kali ini. Cerita kali ini agak serius dan akan SP cuba untuk huraikan seringkas mungkin supaya korang boleh faham.

"Kenapa Dia Mesti Ada Kat Sini?"

Kali ini SP akan menceritakan perihal kebanyakan masyarakat kita yang bersikap seperti bak kata orang putih, judge a book by its cover. Mungkin ramai yang tahu apa maksudnya. Bagi yang kurang memahami, maknanya suka menilai orang secara terus tanpa usul periksa. Banyak orang yang bersikap sebegini dan banyak jugalah jenisnya. SP akan huraikan satu persatu mengikut jenisnya.


1. Melihat penampilan sahaja
Orang yang jenis begini jenis yang banyak mulut. Dah menilai orang dari apa yang dilihat, lepas tu bawak mulut, cerita yang bukan-bukan. Orang yang penampilan cantik, tapi dikatakan berlagak. Yang sibuk dikatakan tidak suka berkawan. Yang kelihatan seperti garang, dikatakan garang. Seharusnya kita sebagai manusia yang normal, melihat dan beranggapan positif kerana kita tidak tahu sikapnya bagaimana. Apa salahnya sekiranya kita mendekati mereka dan mengenali mereka sebelum menilai sikap mereka.


2. Melihat berdasarkan apa yang diceritakan
Orang sebegini sama seperti golongan pertama. Suka mendengar cerita yang bukan-bukan daripada yang suka menyebarkan gossip liar tanpa usul periksa. Maka mereka terus menilai orang yang diceritakan berdasarkan apa yang didengar. Contohnya, Si Jemah dengar yang Mamat tu seorang pengotor sebab seluarnya kotor. Maka Jemah pon terus anggap Mamat ni pengotor. Sedangkan seluar Mamat ni kotor sebab tolong angkat kerusi yang terbiar je kat tepi jalan yang dibiarkan berlumpur. Nampak tak kebebalannya kat situ.


3. Melihat berdasarkan reputasi
Orang sebegini hanya melihat pangkat seseorang. Yang berpangkat tinggi dikatakan sombong. Yang berpangkat rendah dikatakan kolot. Yang memberikan pendapat dikatakan berlagak. Yang mempertahankan dikatakan mengada-ngada. Sedangkan mereka tidak sedemikian rupa tapi dikatakan sedemikian. Dah tu yang menilai tu bagus sangat ke? Sudah cukup ilmu di dada untuk mengambil alih tempat mereka yang dinilai itu?


4. Melihat pada majlis yang dianjurkan
Orang sebegini hanya tahu memberikan komen dan mengata sahaja. Contohnya, majlis perkahwinan yang dibuat secara sederhana dikatakan sengkek (kesempitan duit). Yang majlisnya besar-besaran dikatakan nak menunjuk-nunjuk. Sama juga seperti seminar dan majlis keramaian yang sianjurkan di tempat lain. Sering memperbesarkan masalah yang timbul, memperkecilkan kelebihan yang ada. Apa yang dia tahu, komen, komen, komen.

5. Kesemua di atas
Orang yang begini, dia mempunyai masalah mental dan emosi. Tak boleh tengok orang lain hebat sedikit, mesti nak didengki, dijatuhkan dan dikutuk. Orang sebegini juga merupakan orang yang kurang penghargaan dan kasih sayang disebabkan pencapaiannya tidak sehebat seperti mereka. Ada pun yang hebat, tidak mendapat penghormatan seperti orang lain. Maka sifat ini ada dan terus menjadi tabiat mereka untuk terus menerus menjatuhkan orang berdasarkan semua perkara yang dirasakan bermasalah.
.

Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah diri balik. Adakah kita tergolong dalam golongan seperti yang SP nyatakan tadi. Minta dijauhkan, berbaiklah dengan semua orang. BERSANGKA BAIK dengan semua orang. Be positive and people will look positively at you. Ingat semula putaran kehidupan. Kita pun bukanlah hebat sangat. Ada yang lebih hebat daripada kita. Maka, janganlah merendahkan orang lain sedangkan kita lagi rendah daripada mereka.

Stay positive and be happy in your life. Terima kasih atas kesudian anda membaca.

credit: google images

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati