Monday, September 16, 2013

KEHIDUPAN: Melepaskan Itu Menyakitkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Mungkin tajuk kali ni dikatakan taboo bagi sesetengah masyarakat tetapi perkara ini masih lagi berlaku pada zaman kini.

"I'm Sorry Because I Have To"

Kali ni SP nak cerita berkenaan "Arranged Marriage". Ramai yang tak boleh terima perkara ni pada zaman sekarang. Sebab orang zaman sekarang bebas memilih sesiapa pun yang dia suka. Tetapi, apabila kita berhadapan dengan situasi ini, apakah keputusan kita?

Berlainan pula yang sedang bercinta. Kemudian, salah seorang manusia daripada pasangan tersebut dipaksa menikahi lelaki yang tidak dikenali, dipilih oleh keluarga. Adakah manusia itu akan meninggalkan pasangannya? Atau menolak rancangan keluarga dan terus bercinta?

Pernikahan yang dirancang oleh keluarga selalunya bahagia. Kerana keluarga lebih mengenali dan memahami orang yang dipilihnya berbanding pilihan kita, walaupun kita tahu mana yang lebih memahami. Tetapi pilihan mereka selalunya untuk yang terbaik buat kita.

Bayangkan. seorang perempuan yang tidak pandai memasak, yang sedang bercinta gila-gila dengan seorang lelaki. Tiba-tiba satu hari, keluarganya memilih seorang lelaki asing yang tidak pernah dikenali oleh perempuan itu. Maka perempuan itu terpaksa meninggalkan pasangannya dan menikahi lelaki pilihan keluarganya. apabila cuba mengenali, rupanya lelaki itu seorang ketua tukang masak di sebuah hotel. nampak tak percaturan yang hebat di situ?

Situasi yang lain pula, apabila seorang lelaki yang tidak reti duduk di rumah. Apabila dipaksa menikahi seorang wanita, lelaki tersebut lebih kerap duduk di rumah. apabila didekati dan dikenali, rupanya perempuan itu adalah cinta hatinya yang telah lama menghilang setelah sekian lama. Nampak tak percaturannya di situ?

Jadi, persoalannya di sini, apa sebenarnya yang menyakitkan? Adakah ditinggalkan itu menyakitkan? Atau melihat orang lain bahagia itu lebih menyakitkan? Tidak. Sebenarnya, melepaskan orang yang kita sayang itu lebih menyakitkan daripada yang lain. Kenapa? Sebab melepaskannya seperti membuang separuh daripada jiwa kita. Kita akan jadi lebih sunyi, lebih kecewa, lebih malas dan macam-macam lagi. Walaupun ada pengganti, tetapi ingatan kita tetap akan mengingatinya lagi. 

Perkataan 'melepaskan' itu sendiri seperti terpaksa tanpa kerelaan. Memanglah kita sudah merancang yang terbaik untuk kita berdua. Tetapi siapa yang menentukannya? Tuhan yang menentukan segalanya. Adakah rancangan kita lebih hebat daripada rancangan Tuhan? Tidak. Tuhan Maha Mengetahui Segalanya. Belajarlah untuk menerima kenyataan. INsyaAllah,Tuhan pasti menemukan kita dengan yang lebih baik.

Kepada yang ditinggalkan, jangan menyalahkan pasangan anda. Kerana mereka berada dalam situasi keterpaksaan. Bayangkan anda berada di dalam situasi mereka. Adakah anda ingin derhaka kepada ibu bapa atau terus mengikuti rancangan keluarga? Fikir-fikirkan. Semoga yang baik itu sentiasa datang daripada Tuhan, dan yang bodoh dan khilaf tu datang dari silap saya sendiri. Terima kasih and have a good day..

1 comment:

  1. Anonymous16/9/16 11:03

    wow!! artikel yang best saya suker membacanyer...terimakasih..been there done that :)

    ReplyDelete

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati