Wednesday, September 18, 2013

KEHIDUPAN: Apa Lagi Yang Belum Kita Cuba?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini SP akan menceritakan sesuatu perkara yang akan dijadikan contoh, bukan untuk berlagak atau jadi bodoh sombong.

"Apa Lagi Yang Belum Aku Cuba?"


Seorang lelaki pernah bertanya kepada SP. Soalan tersebut membuatkan SP sendiri berfikir dan mula membuat senarai. Soalan tersebut seperti yang di atas, betul-betul membuatkan kesedihan aku beralih kepada usaha untuk mecari peluang dalam kehidupan. Berikut adalah senarai yang SP dah buat:

1. Co-Captain Pengakap
2. Komanden Kawad
3. Pemain Softball
4. Pemain Bola (Penjaga Gol)
5. Mengacarakan Majlis
6. Setiausaha
7. Pemberi Motivasi
8. Guru
9. Jurugambar
10. Pelakon
11. Jurucakap
12. Tukang Masak
13. Editor
14. Penulis
15. Pengurus Program

16. Penari
17. Penghulu
18. Berbahas
19. Berpantun
20. Bercerita
21. Tukang Kayu
22. Penerbit Buku Cerita
23. Arkitek (Design Kelas Pemulihan dalam 3D)
24. Doktor bidang Pendidikan
25. Pelukis
26. Penyajak
27. Mat Rempit
28. Pencinta Wanita
29. Promoter
30. Stage Manager
31. Lempar Cakera
32. Pembawa Bendera Rumah Sukan
33. Pengurus Pasukan Softball
34. Admin Page
35. Pengurus Production
36. 100 Meter Pecut (Jangan ingat perot cmni takleh lari)
37. Pelayan (Waiter)
38. Imam Surau
39. Pengawas
40. Pengawas Pusat Sumber
41. Ketua Kelas
42. Penolong Ketua Kelas
43. Sock Puppet Show
44. Pelakon Teater
45. Penghias Akuarium
46. Pencuci Kolam
47. Kutu Rayau
48. Perekacipta
49. Base Umpire
50. Pengadil Futsal


Itu sahaja yang SP dapat fikirkan semua perkara yang SP lakukan sejak Tadika sampailah hari ini. Kabanyakannya berulang kali dan kebanyakannya sudah 'berkarat'. Maklumlah, banyak perkara yang ingin dicuba setiap hari.

Walau apapun, SP tetap akan cuba dan mencuba supaya SP dapat mengetahui semua perkara. Bukan nak menunjuk atau nak berlagak. Sekadar perkongsian supaya kita sama-sama muhasabah diri kita ni. 

Jadi persoalannya, Apa lagi yang belum SP cuba? Jawapannya tidak spesifik. Banyak lagi perkara yang SP belum cuba dan ingin cuba. Yang dah cuba baru 50 perkara, apatah lagi yang belum cuba. Pastinya banyak lagi. Diibaratkan ilmu yang kita ada ni seperti pasir yang kita ambil dengan genggaman tangan kita. Selain daripada yang digenggam, itulah jumlah pasir di padang pasir dan sebegitulah analogi ilmu yang kita ada.

Kita ambil konsep pembelajaran sepanjang hayat. Adakah selepas kita tamat pengajian, kita akan berhenti belajar setakat itu? Kita sentiasa belajar dalam kehidupan kita sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kadangkala, kita tidak akan menyangka semua perkara yang kita pelajari itu akan berguna suatu hari nanti. Maka tidak salah untuk kita mempelajari semua perkara yang kita belum tahu supaya kita boleh ajar kepada orang lain ataupun digunakan pada waktu yang dirasakan tepat.


Jadi, apa lagi yang belum ANDA cuba?

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati