Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Sememangnya manusia sukar menerima hakikat walaupun pada zahirnya mereka tahu bahawa perkara tersebut tidak dapat diulangi lagi. Manusia sering mencari jalan untuk terus mencari perasaan bagi menggantikan perasaan yang masih lagi tidak boleh menerima hakikat kejadian. Namun begitu, ada juga yang tidak terselamat. Mereka yang tidak terselamat itu selalunya berubah kepada menjadi orang lain selain diri mereka. Kira macam dia jadi orang lain lah lepas tak boleh terima hakikat. Macam cerita Juvana The Movie tu. Manusia memang begitu. Jadi kali ini, SP akan cuba bercerita berkenaan punca manusia menjadi sedemikian.
"Everyone seems happy. Why don't I destroy it"
Ada manusia yang tidak terselamat itu menjadi pemusnah kepada kebahagiaan orang lain. Hal ini kerana mereka cemburu dan merasakan bahawa mereka yang sepatutnya merasakan kebahagiaan yang dikecapi sama seperti orang lain. Tetapi tidak baginya. Disebabkan itulah mereka cuba untuk memusnahkan kebahagiaan orang lain, seperti menghasut, dengki, mengumpat, fitnah dan macam-macam cara lagi yang anda sendiri boleh fikirkan. Perasaan cemburu bukanlah sesuatu yang tidak baik dan bukan juga perkara yang bagus apabila berlebihan. Bergantung kepada manusia untuk menerima dan menguruskan perasaan cemburu itu mengikut persekitaran dan emosi manusia itu sendiri.
"Why do I have to be like this?"
Ada juga manusia yang menjadi sober ataupun murung kerana tidak merasakan kebahagiaan. Berkemungkinan manusia seperti ini merasakan nasib malang sering menimpa mereka walaupun mereka cuba untuk bahagia. Adakalanya mereka akan menjadi terlalu murung dan membuat keputusan mengikut emosi seperti bercerai, bunuh diri dan bunuh-membunuh. Perkara sebegini banyak juga terjadi kepada manusia yang tidak terselamat itu. Mereka lebih percaya kata hati (hasutan Syaitan) daripada kata akal. Hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan cuba bergaul dan cuba melakukan kebaikan kepada orang lain.
"F**k this!"
Ada juga jenis manusia yang tidak mengendahkan orang lain apabila berhadapan dengan situasi yang tidak boleh diterima oleh manusia itu. Ini juga tergolong dalam golongan manusia yang tidak terselamat. Hal ini kerana manusia sentiasa ada dua cara untuk menerima hakikat: menerima atau tidak mengendahkannya. Golongan yang tidak mengendahkannya seringkali berbuat demikian kepada perkara lain seperti hubungan persahabatan atau persekitarannya. Perkara ini sudah jauh menyimpang dari naluri manusia yang sebenar, iaitu, untuk mencintai dan dicintai. Maka penyelesaiannya, manusia seperti ini perlukan pendekatan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Closure. orang di sekelilingnya perlu mendekatkan dirinya kepada golongan sebegini supaya mereka boleh meluahkan segalanya dan terus mengubah sikap mereka.
Memang sukar untuk kita terima kenyataan. Tapi percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. SP pernah melalui saat yang menjatuhkan SP seperti kehilangan atuk, kehilangan haiwan peliharaan, cinta terhalang, cinta tak kesampaian, didustakan, ditinggalkan dan banyak lagi. SP tahu SP bukan pakar tapi pengalaman banyak membuka mata kita untuk melihat benda-benda yang kita tak nampak. Bergantung kepada individu masing-masing untuk menilai dan menguruskannya dengan sistematik dan terurus.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...