Saturday, July 13, 2013

KEHIDUPAN: Cinta Pertama Sukar Dinikahi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rasanya memang lama dah berhabuk blog ni. Entah berapa lama ditinggalkan. Maklumlah hidup dalam dunia pendidikan ni selalu sibuk. Kadangkala susah nak tekan Google Chrome atau Mozilla Firefox. Kalau buka pon semata-mata nak cari bahan. Maaflah semua. Mungkin ada yang ternanti-nanti entry blog kali ini.

Kali ini SP nak bercerita berkenaan seseorang yang boleh dikatakan biasa tetapi sukar untuk memilikinya.
Jadi, entry kali ni bertajuk:

"CINTA YANG PERTAMA SUKAR DINIKAHI"

Menarik kan? Haa... Sebelum kita pergi lagi jauh, SP nak tanya korang satu soalan. Dalam hidup korang, siapa cinta pertama terhadap manusia selain ibu dan ayah atau keluarga dan sahabat yang pernah korang kenal? Takde? Kalau takde, minta betulkan apa yang SP akan katakan lepas ni. Kalau ada, harap korang pon betulkanlah apa yang silap ye.

Orang yang belum bercinta ni, biasanya hidupnya bebas. Apa yang dia nak buat semuanya boleh. Kecuali apa yang dikatakan oleh ibu dan ayah yang menjadi penghalang kepada mereka. Apabila seseorang melamarnya untuk bercinta, mereka menjadi ingin mencuba. Pada mulanya memanglah macam biasa. Tetapi, lama-kelamaan, rasa cinta itu mulai timbul dan mereka jadi takut dan cemburu. Takut kehilangan orang yang disayangi dan cemburu bila orang lain menghampiri orang yang disayanginya.


Fasa pertama percintaan memanglah indah. Segala yang diberikan menjadi teman di bilik, bila berjumpa rasa bahagia sangat. Semua yang silap mudah dimaafkan. Apa yang menjadi keseronokan adalah apabila mereka saling berbalas mesej, bertemu janji bersama, makan tengahari bersama, bekerja bersama-sama dan banyak lagi perkara dirasakan bahagia.


Fasa kedua, mereka yang pertama kali bercinta akan mula cuba untuk melakukan sesuatu yang belum mereka pernah lakukan seperti mengembara seorang diri, mengumpul barang, melakukan hobi yang baharu, menjadi pemimpin atau berkawan dengan orang lain. Fasa ini, pasangan yang dicintai itu pada mulanya akan membenarkan semua perkara yang ingin dilakukan oleh mereka. Tetapi, lama-kelamaan, pasangan itu jadi sunyi, rindu, terpinggir, murung dan kecewa. Kenapa? Kerana pasangan itu rasa dia tidak dipedulikan lagi oleh mereka. Apa yang dia boleh lakukan adalah membuatkan mereka rasa tidak terkonkong.


Fasa ketiga, fasa kejujuran. Pasangan itu tadi akan cuba berterus-terang dengan mereka berkenaan situasinya. Tetapi, mereka akan cuba menegakkan pendirian mereka. Contohnya, pasangan itu mengatakan kesunyiannya. Mereka akan menjawab bahawa mereka selalu berhubung dengan pasangan. Pasangan itu akan menyatakan kesedihannya dan mereka akan memperlekehkan apa yang dilalui oleh pasangan itu sedangkan pada fasa pertama bukan begini yang terjadi.


Fasa keempat. Semua benda tak betul. Apa yang pasangan itu katakan tidak betul. Apa yang pasangan itu lakukan tidak betul. Apa yang pasangan itu katakan tidak betul. Mereka akan cuba mencari jalan untuk mengelak daripada mempunyai rasa cinta kerana sudah merasakan bosan dengan kehidupan sedia ada. Sedangkan pasangan itu berasa cemburu dan terpinggir, mereka mengatakan bahawa benda itu tiada apa-apa. Mereka melakukannya seperti pasangan itu tidak mempunyai perasaan. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa banyak lagi benda dalam hidupnya yang belum tercapai lagi. Sedangkan pasangan itu sudah sedia untuk menyokong dan membantunya untuk melakukan apa yang belum tercapai bersama-sama.


Fasa kelima, fasa keadilan bagi mereka. Mereka akan mula berasa bosan dengan semua apa yang diluahkan oleh pasangan mereka dan cuba mencari jalan untuk mengelak daripada terus mendengar semua itu. Pasangan itu yang sudah meletakkan cintanya pada sudut yang terdalam akan berasa bertambah kecewa dan sedih apabila mereka cuba untuk berbuat demikian. Pasangan itu sudah memasang niat untuk menikahi mereka. Namun, rasa kebosanan dan kebencian pada perkara yang diperlekehkan bertambah dalam hati mereka sehingga membuatkan mereka memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pasangan itu.

Lihat. Begitu susah untuk menikahi orang yang pertama kali bercinta. Mungkin korang akan kata yang ada kisah hidup seperti di dalam televisyen dan filem bukan seperti ini. Ya, korang betul tapi adakah itu semua realitinya? Jawab sendiri. SP tak nak kata SP betul atau korang yang salah. Jawapan bergantung kepada korang untuk menentukannya. Apa yang SP taip panjang berjela kat atas ni semuanya telah terjadi pada SP dan kawan-kawan SP. Namun, kalau dah Allah tentukan jodoh lebih baik daripada apa yang SP ceritakan, Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan apa yang sedia ada. Lain pula bagi yang bercinta selepas berkahwin. Apa yang SP ceritakan situasi realiti sebelum berkahwin. 

Apa yang SP taip sekadar perkongsian. Mungkin boleh menjadi satu muhasabah diri, sama ada kita sekarang ini menjadi orang yang pertama kali bercinta atau menjadi pasangannya. Mungkin bagi sesetengah orang, ini merupakan satu perkara untuk mempertingkatkan kehidupan pada masa akan datang. Mungkin akan ada yang membenci apa yang SP taip kali ini. Tak mengapalah. SP sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya. InsyaAllah, akan datang lebih indah daripada sejarah lalu.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati