Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
kali ni SP bawakan satu topik yang panas untuk difikirkan:
"Please Help Me, If You Want My Help, I Don't Fucking Care"
Wanita ni, kalau di awal perkenalan, mudah je kita nak mintak tolong dengan dia. Tapi lepas setengah tahun dan seterusnya, mereka mula berubah. Kita nk mintak tolong pun tak boleh. MAcam-macam alasan yang mereka berikan. Kalau mereka yang mintak tolong, bukan main lagi dengan pujuk rayu dan godaan. Terdapat beberapa pendapat yang menyebabkan mereka menjadi sebegini:
1. "Men are stupid. So it is not a felony to make them stupider"
Wanita mudah menilai seseorang. Maksud mudah ni adalah terlalu mudah menilai orang. Jika lelaki yang buat silap, walaupun silapnya kecil, walaupun silapnya hanya sekali, mereka dah mengatakan lelaki itu bodoh. Hal ini memudahkan mereka untuk mengambil kesempatan ke atas lelaki yang dianggap bodoh. Percayalah, bila kita tanya mereka, mereka takkan menjawabnya kerana takut dipanggil bodoh sedangkan sikapnya yang mudah menilai lelaki itu bodoh adalah satu kebodohan.
2. "I help you once. So you help me a lot"
Sikap wanita yang suka meminta ini terlalu banyak menekan lelaki. Jikalau lelaki yang meminta tolong daripada wanita, mereka meminta menolong perkara yang mudah walaupun banyak kali. Tetapi, jika wanita yang meminta tolong, segalanya sukar kerana sikap mereka yang cerewet dan inginkan kesempurnaan menyebabkan mereka menjadi terlalu autokratik. Segala benda nak ada depan mata tanpa berusaha. Kadang-kadang tu benda yang mustahil pon dia nak.
3. "I'm bored with you. But please help me. Nobody want to help me"
Hubungan yang terlalu lama menyebabkan wanita berasa bosan dengan lelaki yang dicintainya. Hal ini kerana mereka begitu cerewet dan inginkan kesempurnaan. Walaupun mereka bosan, tetapi mereka tetap mengambil kesempatan terhadap lelaki yang bersamanya. contohnya, walaupun bosan dengan lelaki tersebut, selagi lelaki itu mempunyai duit yang banyak, mereka akan tetap mengambil kesempatan terhadap lelaki tersebut.
4. "I'm busy, don't disturb me. But please help me even you are busy, I don't care"
Wanita sering memikirkan keadaan mereka. Mereka tidak akan pedulikan orang lain hanya kerana kesibukan mereka. Tetapi jika mereka tersangkut dalam pekerjaan atau kerja, mereka sering meminta tolong kepada lelaki, walaupun lelaki itu menyatakan kesukaran untuk membantunya. Mereka tidak peduli dan akan terus memaksa lelaki untuk terus membantunya. Yang membuatkan ia bertambah teruk, mereka tidak menghargainya langsung. Apa yang mereka tahu, masalah selesai dan mereka boleh bersenang lenang. Bantuan lelaki ini tidak sekali pon dipedulikannya.
5. "Who cares. I am yours eventually so u have to stick to my toe and do what i said"
Macam yang nombor satu, mereka menganggap lelaki itu bodoh dan akan terus diperbodohkan. Maka mereka rela mempermainkan perasaan lelaki itu dan mengambil kesempatan. Kadang-kadang lelaki tak nampak. Apabila lelaki menyedarinya, wanita akan cuba mengelak daripada dituduh sedemikian rupa. Kenapa? Kerana mereka tak nak kebodohan mereka itu terserlah. Kenapa bodoh? Sebab lelaki tu dengan ikhlas hati nak tolong tapi korang senang-senang nak permainkan hatinya. Kalau wanita kata lelaki bodoh kerana itu, maka wanita tersebut lebih bodoh daripada lelaki itu.
Kesimpulannya, wahai wanita, ingatlah. Jika anda memperbodohkan lelaki, suatu hari nanti anda diperbodohkan juga. Mungkin bukan dari lelaki, tetapi dari keluarga, kawan dan masyarakat sekeliling. Kalau dah ada lelaki yang betul-betul serius dan mahu memiliki anda, jujurlah dengannya. Kalau tak sanggup, lepaskan. Jangan permainkan perasaannya, Sakit bila dipermainkan. Korang pon tahu kan macamana rasanya kan. Jadi janganlah sakitkan hati mereka. Mereka manusia juga.
Post ini bukan tertumpu kepada individu, tetapi secara umum. Kalau terasa, mohohn muhasabah diri. Dan jangan menyalahkan orang yang menaip ini kerana apa yang ditaipnya adalah fakta belaka.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...