Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
SP akan teruskan dengan ulasan berkenaan perangai manusia yang sukar kita nak elak.
Perangai ni berlaku kat semua orang, baik lelaki, perempuan, tua atau muda
Cuma kadang-kadang kita sendiri tak nampak.
Tetapi hati-hati...
Yang kita tak nampak tu mungkin ada pada diri kita
"I want to do that but I'm scared if they laugh at me"
Pernah tak korang terpikir, yang korang nak buat sesuatu supaya korang nampak hebat pada mata orang lain, tetapi korang malu nak buat. Sebab apa malu? Sebab takut kena gelak oleh orang lain. Ini perkara biasa. Setiap perkara yang kita lakukan semestinya akan mendapat kritikan, sama ada yang baik mahupun yang buruk. Tetapi pernah tak korang terpikir, kenapa diorang akan gelak kalau korang buat sesuatu yang lain daripada yang lain? Berikut adalah antara sebab dan punca kenapa mereka sedemikian rupa.
Yang pertama, mereka akan gelak sebab dalam diri mereka akan berkata bahawa mereka tidak ada keberanian sebegitu. Mereka juga ingin melakukannya tetapi mereka juga malu seperti anda. Apabila anda melakukannya, mereka akan cemburu kerana tidak melakukannya. Secara tidak langsung, mereka mentertawakan diri mereka sendiri
Yang kedua, mereka akan gelak kerana mereka mentertawakan diri mereka kerana menjadi bodoh. Kenapa macam tu? Sebab mereka tidak dapat berdiri dan berhadapan dengan orang lain. Mereka akan merasakan diri mereka begitu bodoh kerana mereka tidak dapat melakukannya sedangkan hati mereka nak sangat buat benda tu.
Yang ketiga, mereka akan gelak kerana mereka pernah merasai perasaan sebegitu dan menjadi trauma. Mereka mungkin ingin kita rasa seperti apa yang mereka rasa, iaitu ditertawakan. Perkara ini boleh menjadi serius apabila kita adalah seorang yang pemarah dan tidak tahan kritikan pedas. Berhati-hati, pembunuhan mungkin akan terjadi.
Untuk menjadi orang yang hebat bukan suatu perkara yang mudah.Ya, banyak halangan yang kita tempuhi. Kenapa SP nak cerita pasal benda ni? Sebab SP sendiri pernah merasai pengalaman begitu. Jadi apa yang SP buat? Hanya menjadi diri sendiri dan tebalkan muka supaya mereka tahu yang kita ni hebat. Kalau mereka terlalu kuat mengejek, minta mereka lakukan seperti apa yang anda lakukan. Percayalah 99% daripada mereka tidak berani melakukannya.
Bersabarlah wahai hati. Tenangkan jiwa. Banyakkan istighfar. InsyaAllah, pasti berani. Moga bermanfaat
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...