Wednesday, February 27, 2013

WANITA: Tolong, Hentikan Perbuatanmu Itu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

kali ni SP nak kongsikan sesuatu perkara ataupun lebih kepada permintaan kepada golongan wanita.
mungkin entry kali ni lebih bersifat permintaan kerana sukarnya untuk mengatasi masalah ini.
kali ini, berkenaan punca-punca perpisahan atau pemutusan hubungan antara lelaki dan perempuan.

"I End This Because Of Your Attitude"

Kebanyakan wanita yang kecewa putus cinta sering menyalahkan lelaki. Mereka mengganggap diri mereka adalah betul dan tindakan lelaki itu yang memutuskan hubungan itu yang salah. Tetapi, pernah tak wanita berfikir, kerana lelaki berubah hati dan perasaan. Semestinya wanita akan mengatakan bahawa lelaki itu dipikat dan digoda oleh wanita lain. Wahai wanita, ketahuilah bahawa anda silap.

Kenapa SP kata wanita ini silap? Kerana mereka lebihkan emosi dalam segala hal tanpa memikirkan secara telus dan berhikmah. Wanita lebih menyalahkan orang lain apabila kecewa kerana sifat mereka yang merasakan mereka sentiasa betul dalam segala hal. SP bukan nak kata semua wanita, tetapi kebanyakan daripada mereka adalah sebegitu.

SP akan beritahu perkara yang sebenarnya, kenapa seorang lelaki berubah fikiran dan berubah hati. Diharapkan para pembaca wanita memahami dan membuka minda serta hati untuk menerima apa yang cuba disampaikan nanti.

Antara sebab kenapa seseorang lelaki itu berubah hati adalah seperti berikut:


1) Wanita tidak memperdulikan mereka. Sikap lelaki adalah berkecenderungan untuk meminati wanita. Mereka akan lebih selesa sekiranya salah satu sifat ibunya ada pada kekasihnya, iaitu memberikan perhatian apabila diperlukan. Apabila wanita tidak memberikan perhatian kepadanya, lelaki akan murung dan rasa sedih secara berterusan sehinggalah wanita itu menyedari dan mula memberikan perhatian kepadanya.


2) Wanita melebihkan diri sendiri daripada pasangannya. Dalam konteks ini, adalah dalam semua hal. Wanita melebihkan pendapatnya daripada lelaki. Memanglah betul, tetapi lelaki ada juga pendapat. Dengarlah pendapat mereka dan janganlah sesekali mengetepikan atau mengabaikan pendapat mereka.


3) Wanita sukar nak mintak maaf kepada pasangannya walaupun kesilapan itu datang dari dirinya sendiri. Seperti nombor satu dan dua, wanita sering merasakan diri mereka betul. Apabila lelaki cuba menjelaskan kesilapan wanita itu, wanita sering menafikan (menidakkan) dan sering mengungkit kesilapan lelaki walaupun kesilapan itu tak sebesar yang dilakukan oleh wanita.


4) Wanita selalu melupakan lelaki ketika membeli-belah. Wanita sering menumpukan perhatian kepada apa yang ingin dibeli olehnya dan membiarkan lelaki sendirian, membontoti (mengikut) ke mana sahaja wanita pergi. Apabila wanita cuba meminta pendapat daripada lelaki, wanita sering mengetepikan pilihan lelaki. Kadangkala, apa yang lelaki pilih untuk diri mereka, sering dikatakan tidak sesuai pada pandangan mereka. Hal ini menyebabkan lelaki menjadi terpinggir dan seperti menyusahkan wanita.


5) Wanita lebih mementingkan diri. Di sini maksudnya tertumpu kepada pengorbanan. Contohnya lelaki sanggup telefon wanita sehingga habis kreditnya. Tetapi wanita sering memberikan alasan supaya perbualan di telefon dihentikan serta merta bagi menjimatkan kredit. Apabila lelaki menyedari akan hal ini, mereka akan berasa kecewa dan merasakan sikapnya bertepuk sebelah tangan sahaja.


6) Wanita lebih selesa memarahi lelaki daripada menasihati. Apabila lelaki cuba menceritakan masalahnya kepada wanita, wanita lebih memarahi daripada memberi nasihat. Kalau dalam peratus, 80% memarahi dan selebihnya nasihat. Lelaki akan merasakan bahawa mereka sering melakukan kesilapan, sedangkan hanya menceritakan masalah kepada wanita. Lelaki lebih suka meminta pendapat dan nasihat, bukan dimarahi.


Rasanya cukup SP berhenti setakat itu. Kalau nak diceritakan lagi, memang banyak. SP sebagai lelaki, SP pernah merasai perkara tersebut dan banyak terjadi pada lelaki di luar sana. SP berharap, sekiranya para pembaca wanita lebih memahami perasaan lelaki dan menyelami sifat mereka. Semoga dengan apa yang SP ceritakan ini mampu mengelakkan terputusnya hubungan antara lelaki dan perempuan dan mengurangkan kadar penceraian.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati