Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Kali ni SP nk cerita pasal cemburu...
Apa perbezaan cemburu lelaki dengan perempuan?
pernah tak korang terpikir?
SP ada buat beberapa pemerhatian yang mungkin akan mengguris perasaan pembaca semua.
SP harap para pembaca dapat menerima pandangan SP dengan hati yang terbuka...
"Jealous? Please, let me tell u that I am"
Cemburu merupakan satu sifat manusia yang tidak dapat dielakkan. Manusia akan sering rasa cemburu pada 3 perkara berikut: kecantikan, kejayaan dan keperihatinan. SP akan kupaskan satu persatu perkara tersebut berdasarkan pengalaman dan pengetahuan serta pemerhatian sejak kebelakangan ini.
KECANTIKAN
Bagi seorang lelaki, mereka akan berasa cemburu sekiranya ada orang lain yang memiliki perkara yang diidamkannya, seperti kereta, kamera, perempuan (awek), motor dan pakaian. Dia tidak boleh lihat orang lain memilikinya melainkan mereka membelinya selepas dia memilikinya. Itu lelaki. Macamana dengan perempuan? Sama seperti lelaki, cuma perkara yang mereka idamkan adalah kasut, beg, tudung, jam, gelang, lipstik, celak dan baju. Yang membuatkan cemburu perempuan ini berlainan dengan lelaki adalah mereka tidak mahu benda yang mereka miliki, dimiliki oleh orang lain. Maksudnya, kalau dia beli beg warna merah, jenama Gucci katakan. Dia tak nak orang lain mempunyai beg yang sama, jenama yang sama, warna yang sama. Apabila mereka menyedari perkara ini, hati mereka tidak tenang dan rasa macam nak belasah perempuan yang memiliki benda yang sama itu.
KEJAYAAN
Bab ni tak perlu explain kot, macamana orang boleh jeles dengan kejayaan orang lain. Ada yang positif, ada yang negatif. Lelaki akan cuba menjadi yang terbaik, tapi susah nak berusaha. Tetapi, sekiranya seorang lelaki itu dikalahkan oleh seorang perempuan, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak dijatuhkan maruahnya. Bagi perempuan pula, cemburu mereka boleh menjadi teruk. Kerana ada di antara mereka yang cuba memulaukan perempuan yang berjaya dan bergaul dengan perempuan lain yang berniat serupa. Begitu juga sekiranya seseorang perempuan itu berjaya memikat hati lelaki yang kacak dan tampan sedangakan perempuan itu tidaklah cantik seperti orang lain. Mulalah terjadi fitnah, gossip liar, pemulauan dan pergaduhan.
KEPRIHATINAN
Perkara ini selalu terjadi pada sesama pasangan. Lelaki inginkan keperihatinan, perempuan pun inginkan keperihatinan, tetapi tak dapat. Mereka cemburu melihat pasangan lain saling memberi dan menerima keperihatinan. Contoh yang lebih jelas, lelaki nak perhatian daripada perempuan, tetapi selalu tak dihiraukan dan dipinggirkan. Perempuan selalu nak perhatian lelaki, tetapi apabila lelaki da penuhi kehendak mereka, mereka rasa tidak puas ataupun tidak memenuhi apa yang dikehendaki. Hal ini kerana mereka membuat perbandingan hidup mereka dengan hidup pasangan yang lain. Mereka inginkan lebih, tetapi tidak mampu. Itu sebab kenapa cemburu menjadi bahaya kepada perempuan sekiranya tidak dikawal kerana boleh membawa kepada putusnya persahabatan dan percintaan.
Begitulah manusia. Tidak pernah lari daripada bersikap cemburu. Bergantung kepada individu untuk mengawalnya. Harap tiada yang tersinggung mahupun terasa dengan entry kali ni. Sekadar berkongsi pendapat.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...