Assalamualikum dan selamat sejahtera...
topik baharu yang SP nak kongsikan bersama lelaki-lelaki di luar sana...
berkenaan satu tempoh masa dalam sebulan untuk wanita..
ya, waktu mereka menyalakan lampu merah
jadi apa kaitannya dengan apa yang SP nak cerita hari ni?
"Please, give me a lot of attention but i don't give a damn thing about you"
Ketika wanita berada dalam keadaan yang tidak selesa, mereka akan capat marah, mudah tersinggung, super sensitif terhadap apa yang orang sekeliling cakap, mudah merajuk, mudah kecewa, buat keputusan ikut perasaan, dan macam-macam lagi. Keadaan seperti ini sangat mengetepikan lelaki untuk lebih mendekati mereka walaupun ingin berbual bersama.
Lelaki, bersabarlah. sikap mereka memang sebegitu. Kalau dahulu kita mengenalinya sebagai seorang yang lemah lembut dan periang, tetapi, satu waktu dalam sebulan, semuanya berubah. Mereka akan berfikiran yang negatif. Sentiasa negatif. Walaupun apa yang anda lakukan ketika itu hanyalah bercakap, mereka akan bersikap cerewaet dan pemarah.
Ya, mungkin anda berkata-kata perkara yang sebenarnya. Tetapi, mereka tidak dapat menerima kejujuran ataupun perbualan yang berbentuk nasihat pada ketika itu. Waktu mereka sedemikian, egonya berada di tahap maksimum. Moraliti, kewarasan dan kebijaksanaan mereka berada di tahap yang minimum. Anda tidak percaya?
Kalau tak percaya, lakukan salah satu daripada perkara di bawah ketika mereka mengalami keadaan waktu itu:
1) katakan yang mereka tidak cantik, dia teramat benci pada anda sehingga anda perlu memujuknya dengan memberikan apa yang dia suka.
2) cuba merajuk. dia tidak memperdulikan anda, malahan mereka lagi teruk merajuk sehingga anda yang harus memujuk mereka.
3) ajak makan bersama, minta dia makan banyak dan lebihkan sayur-sayuran. ulang kata-kata tersebut 3 kali. dia pasti marah dan merajuk
4) ceritakan tentang kehebatan kawannya. dia akan merajuk dan akan merajuk seteruk-teruknya kerana mereka rasa mereka tidak cukup hebat pada mata anda.
5) apabila dia minta anda membelikan makanan, contohnya nasi dan ayam. cuba beli nasi dan telur dan katakan padanya yang ayam terlalu mahal untuk makan. dia akan marah dan merajuk, seperti mereka membenci kita.
6) ajak dia keluar dan biarkan dia menunggu selama setengah jam. Kompem anda akan dimarahi di khalayak ramai.
7) ajak dia membeli-belah. minta dia pilihkan baju untuk anda. dia akan cari pakaian untuk dirinya sendiri, bukan untuk anda.
8) cuba ceritakan pegalaman anda. dia hanya akan menjawab "oh"
9) jangan menghubunginya untuki 2 hari. dia akan memarahi anda kerana tidak menghubunginya sehinggakan dia merajuk
10) katakan perkara yang sebenar berkenaan sikapnya yang berubah ketika waktu itu. dia akan menangis dan menyalahkan dirinya sendiri kerana menjadi terlalu jahat untuk anda.
SP hanya menyatakan apa yang SP lalui sepanjang hidup SP. Kalau tak berkesan, bukan salah SP. SP hanya memberi cadangan, bukan mewajibkan. Lagi satu, wahai lelaki, jangan cuba memutuskan hubungan dengannya ketika mereka berkeadaan sedemikian (lampu merah). Hal ini kerana wanita berkecenderungan untuk mengalami maslah mental pada ketika itu dan mungkin melakukan perkara yang extreme seperti bunuh diri atau cuba untuk membunuh anda. Ingatlah wahai lelaki.
SP hanya tunjukkan jalan. Kepada golongan lelaki, bersabarlah dan tahanlah segala karenah mereka yang pelbagai itu. InsyaAllah, mereka akan sedar juga. Kepada golongan wanita, bersabarlah dalam menghadapi dugaan setiap bulan. Anda adalah golongan yang paling mudah masuk Syurga dan mudah juga untuk masuk neraka. Jagalah perangai ketika 'menyalakan lampu merah'.
Harap bermanfaat dan berguna untuk semua pembaca.
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...