Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
SP sambung apa yang SP sebut dalam entry yang lepas...
Berkenaan sikap perampuan yang lelaki patut bersabar...
"I'm Always right. Please Understand It Even You Don't"
Kes kali ni banyak berkaitan apabila anda (lelaki) bertengkar dengan seorang wanita. Perkara sebeginilah yang buat kita rasa nak marah sangat-sangat. Jadi, lelaki perlulah mengalah dan bersabar. Kenapa? SP akan jelaskan sedikit demi sedikit. Semoga pembaca golongan lelaki dapat memahami dan pembaca golongan wanita tidak salah anggap.
Pernah tak korang gaduh pasal permpuan tak ambil kisah pasal korang? Macam ni. Apa yang wanita nak, kita bagi. Tapi apa yang kita minta, sikit pun dia tak kisah. Tak faham? Macam ni. Dia nak kasut, beg, gelang, novel, dan macam-macam lagi. Kita bagi, kita tolong belikan, kita bagi hadiah. Tapi kita minta dia bertudung. Macam-macam alasan dia bagi. Belum sampai serulah, lepas kahwinlah, nantilah dan macam-macam lagi. Jangan kata bertudung, nak suruh dia pakai baju lengan panjang pun dia tak nak. Kenapa ek? Pernah tak kita terpikir kenapa bila kita nak dia buat baik, tapi dia tak nak. Ini disebabkan kita sentiasa kalah apabila bertekak dengan mereka. Kalah macamana? Kita cakap macam ni, dia cakap kita tak faham. Kita cakap macam tu, dia kata kita tak sayang.
Perkara yang seterusnya, pernah tak kita pergi membeli-belah, kemudian kita cakap kita nak beli tu, beli ni. Pastu, dia cakap, tak cantiklah, tak oklah, tak kenalah. Pernah tak? Ini disebabkan apa yang mereka fikir tu betul dan apa yang mereka nampak tu salah. Jadi salah satu daripada 9 nafsu mereka berkecenderungan untuk membetulkan mana yang salah. Mereka hanya nak benda yang betul pada mata mereka, bukan pada mata kita. Padahal apa yang kita pilih tu dah sesuai sangat dengan citarasa kita, tapi, pada dia tidak sama sekali.
Wahai lelaki, bersabarlah. Mengalahlah pada mereka. Semua yang kau lalui itu adalah dugaan. Anggap yang dia nak yang terbaik untuk kita. Mungkin kita salah, mungkin dia betul. Tapi mengalahlah. Elakkan bertekak dengan mereka kerana kita memang takkan menang dengan alasan mereka yang berbagai-bagai. Bayangkan, kita tegur satu, alasannya berpuluh. Bersabarlah. Jangan berkasar dengan mereka kerana mereka adalah salah satu tulang rusuk lelaki. Seandainya kamu berkasar dengan mereka, seumpama kamu berkasar dengan diri sendiri. Mana ada orang berkasar dengan diri sendiri. Tu gila namanya.
Jadi, bersabarlah wahai lelaki. Fahamilah jiwa mereka yang sentiasa merasakan mereka betul. Selagi belum menyesal, selagi tulah mereka kata mereka betul. Memanglah tak semua wanita macam tu. Tapi pernah tak korang pikir kenapa korang bergaduh? Kalau tak pernah bergaduh tu, kira korang hebatlah.
Semoga apa yang SP tulis kali ni tak mendatangkan fitnah dan bermanfaat untuk para lelaki di luar sana. SP hanya beri panduan berdasarkan pengalaman SP, bukan nak suruh korang gaduh ke apa. Fikirlah. Lelaki ada 9 akal. Takkan satu pun takleh pakai? Maaf kalau ada yang terguris perasaan. Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...