Friday, February 15, 2013

LELAKI : Apa Yang Anda Perlu Bersabar Dengan Wanita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

kali ni SP nak berkongsi sedikit apa yang SP dapat sejak kebelakangan ni...
sebab tu jarang sangat nk taip-taip ni...
kali ni, berkenaan perkara yang sentiasa golongan perempuan lakukan...
jadi, SP harap pembaca wanita tidak saman SP sebab ni pendapat SP...
kalo terluka, SP mintak maaf...
kepada pembaca lelaki yang bujang, ambil perhatian...
mungkin entry kali ni berguna untuk anda...

"U can't do it, but please understand that i can"

Apa yg SP maksudkan dalam penyataan di atas adalah salah satu daripada sikap golongan permpuan yang sukar disedari oleh golongan wanita itu sendiri. Kadang-kadang lelaki tu sendiri pun ta sedar sebab cair dengan permintaan perempuan. Mungkin ada yang tak jelas lagi dengan apa yang SP cuba terangkan. Biar SP bagi contoh:

SITUASI 1
L : Awak, saya nak beli seluar barulah.
P : Seluar lama kan elok lagi. Pakai jelah.
L : Yelah..

beberapa hari kemudian, ketika shopping bersama.

L : Awak tak payah lah beli kasut tu. Kasut yang lama tu elok lagi kan.
P : Awak jangan nak sibuklah. Duit saya. Suka hati sayalah nak beli apapun.
L : Haritu awak marah saya sebab membazir beli seluar jeans. Kenapa hari ini awak membazir pulak?
P : Awak tu lelaki. Saya ni perempuan. Kenalah jaga penampilan sikit.
L : Saya ni tak payah jaga penampilan lah?
P : Awak pakai macam orang bangun tidur pon dah ok.
L : @#%$@

SITUASI 2
L : Awak, saya mintak maaf. Saya janji saya takkan lewat lagi.
P : Saya tunggu kat sini macam orang bodoh taw. Awak pergi mana?
L : Saya lewat sepuluh minit je. Traffic jam kan.
P : Alasan tu semua.
L : Hurm..

Beberapa hari kemudian

L : Mana dia ni. Dah setengah jam aku tunggu ni.
P : Maafkan saya, awak. Saya lambat sikit.
L : Awak pergi mana lambat ni? Setengah jam saya tunggu taw.
P : Biasalah orang perempuan. Nak mekap, nak pilih baju, nak pilih kasut.. bla..bla...bla....
L : Pilih jelah mana-mana pun.
P : Mana boleh. Nanti orang tengok saya tak cantik macamana?
L :%#&*@&

SITUASI 3
P : Saya minatlah ngan Big Bang (Kumpulan Pop Korea)
L : Awak tak minat kat saya ke?
P : Apalah awak ni. Saya minat artis je.
L : Yelah..

Beberapa hari kemudian...

L : Saya minatlah kat Shila Amzah.
P : Kenapa? Awak dah tak suka saya ke?
L : Bukan macam tu, saya...
P : Saya tau saya dah tak cantik. Sebab tu awak terhegeh-hegeh nak kat dia. Taulah dia dah single sekarang.
L : Tapi...
P : Ah, alasan tu semua. Lelaki semua sama.
(terus blah..)
L : Dia minat Big Bang boleh. Kenapa aku takleh minat kat Shila? Kenapa?

Sekarang sudah faham? SP terangkan sekali lagi. "Awak tak boleh, tapi saya boleh". Itu sebenarnya. Memang, kadang-kadang lelaki memang tak tahan dengan perangai wanita yang sebegini. Tapi kita senang sangat cair dengan pujuk rayu wanita. Nak marah tak boleh. Tapi kalau dah curang tu, mestilah lelaki marah kan? Siapa yang tak marah tu memang hebatlah.

Ustaz Azhar Idrus dalam salah satu ceramahnya pernah mengatakan bahawa orang perempuan, bila masuk Syurga, memang dijanjikan ganjaran seperti perhiasan dan barang kemas. Orang lelaki dijanjikan bidadari. Sebab apa? Sebab orang lelaki sukakan perempuan. Orang perempuan sukakan kebendaan. Sebab tu di Syurga nanti orang perempuan dibalas kebaikan dengan kebendaan. Tapi, kalau orang perempuan nak banyak ganjaran macam tu kat Syurga, kenalah bagi apa yang orang lelaki suka. Apa yang orang lelaki suka? Perempuan. Bagilah dia kahwin lagi satu. InsyaAllah, perhiasan dan barang kemas dijanjikan di Syurga. Itulah datangnya istilah PAYUNG EMAS.

Itu Ustaz Azhar Idrus yang beritahu. Bukan SP nak galakkan lelaki berbini lebih daripada satu. SP cuma nak korang, korang, korang, korang tu baca betul-betul bahagian yang dapat ganjaran tu. Besar ganjarannya. Maka, buang yang keruh, ambil yang jernih. Orang lelaki, kenalah bersabar dengan perangai orang perempuan. Orang perempuan pulak, jangan 'pijak kepala' orang lelaki pulak. Jagalah hatinya supaya tidak terguris. Orang lelaki kalau merajuk payah taw nak elok. Kadang-kadang sampai berbulan-bulan tak habis lagi. Jadi, jagalah hatinya, wahai wanita.

Jadi, kepada para lelaki semua di luar sana, harap bersabar. Kesabaran seperti ini dijanjikan ganjaran yang indah. Memang wanita dikatakan lahir dengan 1 akal, 9 nafsu. Sebab tu diorang ni cepat jeles, ada kehendak yang melampau, berkira dan macam-macam lagi. Tu memang perempuan. Tak boleh dinafikan lagi. Tapi sebagai seorang lelaki, gunakanlah 9 akalmu untuk mengatasi 9 nafsu wanita yang banyak tu. Janganlah gunakan 1 nafsu mu itu untuk menjadi raja di hati dengan membimbingnya ke arah yang salah. Simpan nafsumu itu, suatu hari, akan digunakan juga. Oh, lagi satu. Kepada semua lelaki, jangan beritahu apa yang sebenarnya terbuku di hati. Walaupun perit, pendamkan. Kalau perempuan tahu, mereka akan cuba berdebat dengan anda. Maksudnya, mereka nak bantah apa yang anda fikirkanlah.

SP memohon seribu keampunan kepada semua pembaca sekiranya ada kata-kata Sp yang mengguris perasaan sampai rasa macam nk bunuh je SP. Takpe, SP faham. Sebab tulah salah satu daripada 9 nafsu wanita, membenci pada perkara yang sepatutnya benar terhadap diri mereka. Tak percaya? Tanya kawan-kawan anda. Sekiranya mereka cakap anda cantik, mereka berbohong sebab mereka tak nak anda membenci mereka kerana mengatakan anda tidak cantik. Mohon ampun sekali lagi.

Segala yang baik datangnya daripada Allah, yang buruknya datang daripada kekhilafan saya sendiri. Harap boleh diterima dan bermanfaat. Bukan nk menangkan lelaki, bukan nak kutuk perempuan, tetapi untuk peringatan bersama. Sekian...

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati