Monday, December 31, 2012

AZAM: Apa & Kenapa

Assalamualaikum semua...
salam sejahtera... 


FUHH! FUHH! FUHHH!
Agaknya da berapa ekor anak labah-labah ni yer. Punyalah penuh sawang kat blog ni. Tapi Alhamdulillah. Masih ada yang sudi jalan-jalan kat blog SP ni. Apa cerita korang semua? Masih bercinta? Masih merindui? Masih dengan aktiviti yang sama?

Bersama teman sewaktu Bina Insan Guru di Tumpat, Kelantan
 
Bukannya apa. Ada lagi beberapa jam sebelum melangkah ke tahun baru. Kata orang, biarlah kita muhasabah diri sikit. Mana yang baik sepanjang tahun ni, kita ambil pengajaran. Yang buruk tu, kita jadikan sempadan, tengok je sambil menilai. Adakah keburukan itu perlu diulangi atau diatasi. Adakah perkara tersebut perlu diselesaikan sendiri atau bersama.

Mengetuai Program Motivasi di SK Gaal

Lupakan cerita tahun 2012. Sekarang, kita cerita pasal tahun baru. Bila tahun baru, mesti ada azam baru. Kan? Mustahillah kalau takde azam tahun baru? Huh? Kau takde azam baru? Kenapa takde pulak? Kau mesti kena ada. Mesti tetapkan suatu target. Mungkin kau nak dapat kereta baru ke, rumah baru ke, nak dirikan 'masjid' ke, nak awek baru ke? Takkan takde?

Program Jelajah IPG ke Zon Tengah

Setiap orang perlu ada azam supaya kita dapat berusaha selari dengan apa yang kita inginkan. Macam kat sekolahlah. Mase sekolah rendah, kita target nak dapat 5A untuk UPSR, 8A untuk PMR dan 11A untuk SPM. Maka usaha yang kita perlu jalankan mestilah menuju ke arah kejayaan.

Penyertaan Perbarisan Rumah Sukan (LEDANG)

Kalau selalunya, kita tanya orang lelaki, apakah azam mereka? Kebanyakannya akan mengatakan nak kereta baru, nak dapat awek baru, nak score exam. Berlainan pulak dengan golongan perempuan. Kebanyakkannya akan menyebut perkara seperti bilangan pakaian, koleksi kasut, nak baiki hubungan, nak pikat mertua dan macam-macam lagi.

Kem Waja Diri Kelab Sahabat Siswa di Terengganu

 SP tidak berpihak pada sesiapa pun, sama ada lelaki ataupun perempuan. Azam tahun baru tu hak masing-masing. Itu janji kepada diri mereka sendiri. Masing-masing ada sebab dan tujuan sendiri ke atas azam sendiri. Takkanlah kita nk ketepikan usaha diorang mencapai azam, kan? Pada masa yang sama ni, kita sama-sama tolong diorang mencapai azam diorang.

Makan cendol Leman Dawi selepas program di Rembau, Negeri Sembilan

Azam tahun baru SP? Banyak sebenarnya. Tapi yang SP utamakan ada tiga. Pertama, SP nak tingkatkan ilmu dan amal serta Ibadah terhadap Agama Islam yang dianugerahkan. Kedua, SP nak bukukan semua sajak yang bertimbun-timbun ni. Ketiga, SP nk jumpa mertua. HUH?! kahwin? Belumlah. Jumpa je. Nak mintak restu. Takkanlah nak terus kahwin. Belum cukup fulus lagi la.

Apa-apa pun, SP ucapkan semoga azam korang tercapai. Tapi jangan lupa. Azam, azam jugak. Pelajaran jangan dilupa, amal ibadah jangan ditinggalkan. Tak kira siapa pun. Tua, muda, kecil, besar, kurus, gemuk, cantik, tak cantik, jongang, sepet, sape-sape laa. Dan bagi mengakhiri entry kali ni, SP nak ucapkan:

SELAMAT DATANG 2013
&
TERIMA KASIH, ALLAH
 

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati