DINGIN KOPI KERANANYA
karya: Penghirup Kopi
lama-kelamaan masa berlalu
sedikit sebanyak meneruskan
masa tuaku yang berlalu
sehari demi sehari
setiap masa, setiap saat
ku cuba hargai sehebatnya
kembali aku di dudukku
merenung jauh ke pangkal mapel
tempat bertautnya cinta di hati
mengimbas kembali kemanisan itu
mencipta seketika waktu mengenangkannya
deruan sungai tumpuanku
nyanyian arus mengalir lembut
menenangkan sesiapa yang mendengarnya
ya, aku dapat mendengarnya
walau dudukku ini jauh dari sana
aku tetap dapat mendengarnya
langit biru bercorak awan
menghiasi cerahnya siang hari
sesekali terlihat terbangnya helang
tinggi mencari mangsa
kadang awan membentuk rinduku
pada wajah yang ku kenali
atau mungkin khayalku sahaja
dingin kopi di meja sisi
tidak terhirup walau sedikit pun
betapa khusyuknya aku
menikmati semua perasaan
apabila mengimaskannya semula
betapa berbaur perasaan ini
mengapa aku masih di sini
aku kembali berdiri
mengambil notaku yang terbaring
lalu ku langkahkan kaki
menuju ke arah pintu utama
selamat tinggal kenangan
semoga dapat aku imbasmu semula
di masa yang ditakdirkan
tunggulah daku di saat nostalgiamu...
karya: Penghirup Kopi
lama-kelamaan masa berlalu
sedikit sebanyak meneruskan
masa tuaku yang berlalu
sehari demi sehari
setiap masa, setiap saat
ku cuba hargai sehebatnya
kembali aku di dudukku
merenung jauh ke pangkal mapel
tempat bertautnya cinta di hati
mengimbas kembali kemanisan itu
mencipta seketika waktu mengenangkannya
deruan sungai tumpuanku
nyanyian arus mengalir lembut
menenangkan sesiapa yang mendengarnya
ya, aku dapat mendengarnya
walau dudukku ini jauh dari sana
aku tetap dapat mendengarnya
langit biru bercorak awan
menghiasi cerahnya siang hari
sesekali terlihat terbangnya helang
tinggi mencari mangsa
kadang awan membentuk rinduku
pada wajah yang ku kenali
atau mungkin khayalku sahaja
dingin kopi di meja sisi
tidak terhirup walau sedikit pun
betapa khusyuknya aku
menikmati semua perasaan
apabila mengimaskannya semula
betapa berbaur perasaan ini
mengapa aku masih di sini
aku kembali berdiri
mengambil notaku yang terbaring
lalu ku langkahkan kaki
menuju ke arah pintu utama
selamat tinggal kenangan
semoga dapat aku imbasmu semula
di masa yang ditakdirkan
tunggulah daku di saat nostalgiamu...
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...