MENGALAH LAGI
Karya: Yang Mengalah
beberapa kali ku kenangkan
setiap detik kekosongan minda
terbit visual nostalgia lama
menayangkan detik pertemuan
saat pertama kali dirasuk
suatu perasaan yang mungkin sukar
bagi yang tidak pernah merasakannya
bulat matanya membuatku terpegun
alis matanya begitu menawan
sesekali gelak tawanya kedengaran
kuat, tetapi manis
terbukti keihklasannya
sudah setahun lebih mengenalinya
aku sudah memahami perangainya
kadangkala aku dipersalahkan
kerana tidak memahaminya
sedangkan aku mengikutinya
tetapi itulah dia
aku sering dimarahinya
kerana pertolonganku
kerana keperihatinanku
kerana kebaikanku
katanya tidak mengapa
tetapi aku masih ingin menolong
adakah aku mengganggunya?
atau aku umpama debu pasir di mata?
aku cuma mampu mendiamkan diri
apabila kemarahannya memuncak
aku faham dan tahu
andai aku berkata-kata
pasti aku akan dimarahi lagi
biarlah apa yang hendak dikatakannya
aku tetap aku
dan sentiasa menjadi aku
aku tidak akan berubah
kerana perubahanku amatlah dibenci olehnya
kerana itu, aku begini
kembali menjadi seperti aku yang dulu
semoga dia menyedari semua itu
akan betapa aku tidak boleh lagi
kehilangan seseorang yang aku minati
hanya kerana pertelingkahan yang cerewet
biarlah aku sahaja yang mengalah
biarlah dia sahaja yang memarahi
asalkan dia tidak pergi meninggalkan aku
terima kasih atas takdir ini...
Karya: Yang Mengalah
beberapa kali ku kenangkan
setiap detik kekosongan minda
terbit visual nostalgia lama
menayangkan detik pertemuan
saat pertama kali dirasuk
suatu perasaan yang mungkin sukar
bagi yang tidak pernah merasakannya
bulat matanya membuatku terpegun
alis matanya begitu menawan
sesekali gelak tawanya kedengaran
kuat, tetapi manis
terbukti keihklasannya
sudah setahun lebih mengenalinya
aku sudah memahami perangainya
kadangkala aku dipersalahkan
kerana tidak memahaminya
sedangkan aku mengikutinya
tetapi itulah dia
aku sering dimarahinya
kerana pertolonganku
kerana keperihatinanku
kerana kebaikanku
katanya tidak mengapa
tetapi aku masih ingin menolong
adakah aku mengganggunya?
atau aku umpama debu pasir di mata?
aku cuma mampu mendiamkan diri
apabila kemarahannya memuncak
aku faham dan tahu
andai aku berkata-kata
pasti aku akan dimarahi lagi
biarlah apa yang hendak dikatakannya
aku tetap aku
dan sentiasa menjadi aku
aku tidak akan berubah
kerana perubahanku amatlah dibenci olehnya
kerana itu, aku begini
kembali menjadi seperti aku yang dulu
semoga dia menyedari semua itu
akan betapa aku tidak boleh lagi
kehilangan seseorang yang aku minati
hanya kerana pertelingkahan yang cerewet
biarlah aku sahaja yang mengalah
biarlah dia sahaja yang memarahi
asalkan dia tidak pergi meninggalkan aku
terima kasih atas takdir ini...
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...