Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
sejak akhir-akhir ni, SP sendiri yang mengalaminya, masalah manusia yang berfikiran mementingkan diri sendiri. SP selalu mengalah dengan manusia macam ni. tapi, kadang-kadang tu, sakit jugak hati ni. kenapa? sebab tak semua orang fikir apa yang kita fikir. dan tak semua orang rasa macamana kita rasa. SP akan bagi beberapa contoh yang boleh kita sama-sama ambil iktibar dan muhasabah diri semula, di mana silapnya kita.
SITUASI 1: Pengurusan Program
Awal bulan Oktober yang lalu, SP dan satu batch pengajian semester kena buat satu pameran. pameran tu berlangsung selama 2 hari. jadi sebelum hari pameran tu, biasalah, kena setup tempat, hias-hias, cantikkan tempat. tapi SP kena cerita seminggu sebelum hari tersebut berlaku. waktu meeting, SP nampak beberapa sikap manusia ni memang pentingkan diri. memanglah namanya perbincangan, tetapi, kalau boleh, idea dia je yang nak menang. kesian kat orang lain yang bagi idea. tak boleh nk lawan. kalau lawan, kata kita ni sombong, pentingkan diri. dah tu? yang ko nak sangat menang tu kenapa? masa tu SP mengalah. sebab apa? sebab dia perempuan. SP pikir yang idea tu dia boleh laksanakan. dia nk hias tempat pameran dengan maca-macam peralatan yang perlu dibeli dengan harga yang agak tinggi. sedangkan, banyak lagi alternatif yang boleh digunakan. takpelah. sehari sebelum pameran, waktu nk setup tempat, orang yang bagi cadangan tu takde pon kat situ. macamana nk hias tempat, macam yang dia cadangkan sedangkan dia sendiri takde kat situ? SP ambil keputusan untuk mengetuai projek menghias tu. hari pertama pameran, orang yang bagi cadangan tu, rasa tak puas hati. kenapa? hiasan tak seperti yang dia inginkan. (dalam hati ni rasa nak sepak je) maka, pada malam hari pertama tu, dia sendiri datang dan hias semula tempat tu. dahlah tak datang, menyusahkan orang lain pulak tu. masuk hari kedua, tu dah hari terakhir, lepas habis semua pameran tu, mestilah kena kemas. tetapi yang kemasnya boleh kira ngan jari. ta sampai sepuluh orang. yang beriya-iya nak hias tu tak tolong kemas pon. jadi, SP harap korang tak la jadi macam perempuan tu, cakap tak serupa bikin, kerja ta serupa jalan. tu baru 2 hari pameran, kalau pameran seminggu, memang tiap-tiap hari kena tukar.
SITUASI 2: Menyertai Aktiviti Kelas
perkara ni banyak berlaku dalam kalangan kita. SP nak bagi contoh masa SP belajar dalam kelas. masa tu, lecturer mintak buat forum. tapi semua orang tak nak jadi panel ataupun moderator. SP bukan tak nak volunteer, tapi, SP nk bagi peluang kat orang lain untuk buat semua tu. selama ni SP yang volunteer. jadi lecturer buat keputusan untuk buat cabutan. lecturer mintak tulis nama kat kertas pastu dia cabut undi. hasilnya, semua kertas undi tu tertulis nama SP. kebodohan apakah itu? maaflah, bahasa memang takleh kawal. sangat marah. kalau dah tak nak tu, jangan belajar, pergi cari kerja lain. nama pon belajar, apa salah cuba untuk belajar. kalau dah kerja nanti, takkan kau nak duduk gitu je? orang lain da naik pangkat, kau masih lagi duduk kat bawah. fikirlah masa depan. SP memang marah time tu. SP diam je. SP sangat tak suka kalau orang lain meletakkan benda yang mudah kepada orang lain sedangkan diri diorang tu boleh sangat nak buat benda tu. do, korang yang membaca ni, janganlah jadi cam diorang. hargai perasaan orang lain ye.
SITUASI 3: Perancangan Aktiviti
situasi ni jarang kita tengok kalau duduk dalam satu komuniti sebangsa. situasi ni sering berlaku dalam kalangan komuniti yang berbilang bangsa. mesti akan timbul isu ni. SP ceritakan kisah tahun lalu yang memberikan kesan sampai ke hari ini. masa tu, SP rancang nk buat rehlah ataupun rekreasi dalam kelas. bila SP sebut yuran yang kena bayar, soalan yang ditanya: "Kenapa mahal sangat?", "Kenapa kena bayar harga tu?", "Kita tak dapat sponsor ke?", "Kalau kita kurangkan yuran tu boleh?", "Perlu ke kita buat aktiviti ni?". SP tercengang. bukan untuk buat aktiviti je. nak buat baju kelas pon macam ni jugaklah soalannya. disebabkan soalan tu dijawab dengan sempurna dan logik, diorang ambil keputusan untuk tidak mengikuti aktiviti tersebut. sebab apa? sebab yuran tu boleh buat isi perot mereka dan beli keperluan yang lagha duniawi semata. SP bukan nak banned sape B2. SP cuma sedihlah dengan perangai manusia macam ni. kita dah rancang baik-baik, tapi tak nak ikut. bila tak buat, kata kita ni tak buat sesuatu untuk kelas. bila dah rancang sesuatu banyak pulak alasan korang. kalau korang yang rancang sesuatu aktiviti, kalau aku tak join boleh? sebab yuran mahal sangat. walaupun RM10 tu, aku kira mahal. SP bukan kira sangat duit ni. tapi SP nk buat program sama-sama. SP nk buat sesuatu untuk kelas. tapi kerana duit, korang ketepikan semua yang berharga. yela. pada korang, duit boleh beli persahabatan, boleh beli kenangan. suka hati korang lah nak judge SP cmner pon. SP jarang buat sesuatu untuk diri SP sendiri. SP banyak korbankan harta dan nyawa untuk semua sahabat SP. tapi hakikatnya, balasannya begini. harap pembaca semua tak jadi macam diorang.
pengajarannya kat sini, janganlah kita pentingkan diri sendiri. walau secebis kata yang mengetepikan orang lain sudah cukup untuk meleburkan perasaan. kalau rasa tak puas hati, buat sesuatu tu sendiri dan buatlah dengan cara sendiri yang boleh diterima oleh orang lain, bukan untuk kepentingan diri sendiri je.
p/s: maaf andai ada yang terasa dengan apa yang SP taip kali ni. SP nk cakap tapi orang tak nak dengar, jadi SP taip. semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar.

No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...