Monday, October 29, 2012

SAJAK: Tujuan Tindakanku

TUJUAN TINDAKANKU
karya: Yang Melakukannya

pertanyaanku bersebab
pertolonganku bersebab
permintaanku bersebab
tetapi mengapa sukar untuk kau mendengar
semua sebab yang berlindung 
di sebalik semua tindakanku?

aku bertanya perkara yang sama
berulang-ulang kali
kerana aku takut
takut dimarahi sekali lagi
apabila aku tersalah maklumat
andai kau tak mengetahuinya
katakan sahaja padaku
supaya aku berhenti bertanya

aku sentiasa menolong dirimu
di saat kau kesusahan
semuanya kerana kau sebegitu
sukar untuk merasai kesusahan
bila aku ingin membiarkan
aku kasihan
kerana itulah aku menolongmu
kerana dahulu aku juga pernah merasakannya

permintaanku bukanlah sehebat mana
bukanlah kekayaan yang ku pinta
jua harta benda yang diidamkan
tetapi aku meminta untuk kau memahami
segala tindakan yang aku lakukan
semuanya bersebab dan punyai tujuan
bukan membuta tuli, membabi buta
tetapi punyai tujuan

terpulanglah pada dirimu
untuk mengulangi baris katamu
yang mengatakan bahawa diri ini
sukar untuk memahami dirimu
terpulanglah
kerana aku memahami
aku memang sedemikian rupa
sukar difahami dan dikatakan tidak memahami

aku sentiasa memahami dirimu

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati