Monday, October 29, 2012

SAJAK: Kerana Keperluannya

KERANA KEPERLUANNYA
karya: Yang Memenuhi Keperluannya

terjaga dari lena yang singkat
mengerah kudrat yang sedikit
menuruni tiap tangga yang panjang
menaiki mesin ke sana
memenuhi keperluan laparnya

melihat di simpananku
hanya tiga keping kertas biru
cukup untuk sebungkus nikmat
memikirkan keperluannya itu
sudah pasti dia tidak mahu menunggu lama

aku korbankan nafsuku
demi memenuhi keperluannya
supaya dia terus selesa
dengan kekenyangannya
aku terus menghulurkan kepingan biru itu
dan ku sambut bungkusan nikmat

aku pulang dengan kekosongan
hanya memberikan bungkusan itu kepadanya
berkeras dia ingin mengganti
tetapi kataku, tidak usah
kerana masa tidak mengizinkannya
nanti pasti dia memarahiku
dan dia tidak suka aku membuatkannya marah

biarlah diri ini dilabel bodoh
biarlah diri ini dikatakan serong
usaha ku harap tidak tersia
memenuhi kebahagiaannya sekali lagi
adalah tugasku yang sentiasa ku lakukan
biarlah aku kekosongan
biarlah aku kepenatan
asalkan bukan dia seperti itu

malam ini malam kebiasaan
kebiasaan aku kekosongan
walau itu dikatakan seperti mustahil
tetapi biasa padaku
biarlah aku kekosongan
asalkan dia tidak terus memarahiku
atas semua kekhilafan kecil
yang selama ini dikatakan
berpunca daripadaku

biarlah aku kekosongan

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati