JANTUNG KHILAF YANG TERHENTI
karya: Khilaf Yang Mati
hujan air mata kembali menitis
membasahi bumi pipi yang licin
menegangkan otot dahi yang cuba menahan
terbaring, lesu sendirian
dibukakan mata kepada semuanya
segala yang dipalsukan
kini dibongkarkan semuanya
tanpa ada satu pun yang tertinggal
bagaimana fikiran ini mampu
untuk menganalisis semua itu
dalam satu masa yang singkat
kerana tinggal beberapa jam lagi
peperangan akan bermula
dan kudratku umpama hilang
dimakan khilaf yang nyata
bingkai kehidupan yang petak
hampir patah menanggung beban
yang tersangat berat
bukan cat atau warna di atas kanvas itu
tetapi medium lain turut ditempel di situ
besi, kayu, kain, semuanya
berada pada satu kanvas yang sama
kanvas kemandirian hidup ini
peperangan hari esok
terasa sangat sukar
dengan bebanan perasaan yang melanda
begitu sukar untuk ku mengawalnya
walau sudah beberapa kali aku cuba mempertahankan
semua kudrat yang ada
untuk menyembunyikan rasa itu
beribu musuh di hadapan ku
hanya seorang teman seperjuangan
membuatkan aku tewas di tengah jalan
memberhentikan amukan ku
yang selama ini membuta tuli
membunuh semua perasaan orang lain
termasuk yang membantuku
kepalaku umpama ditembak musuh
berkecai, hancur ditembusi peluru
tiada apa yang mampu ku fikirkan kini
kerana semuanya seperti hilang
walau ku cuba beberapa kali
tetap kosong, hitam
hanya janji yang menjadi batu asas
kepada berdirinya tiang seri jiwa
yang membantu agamaku
tumpasnya seorang khilaf
yang selama ini dirasakan cuba menolong
tapi dibutakan mata dari memandang
semua kebenaran yang nyata
berakhirlah semua hikayat
yang diwarkahkan selama ini
buat pengajaran orang lain
anak cucu yang mempelajarinya
itupun jika ada
perginya seorang khilaf yang buta
karya: Khilaf Yang Mati
hujan air mata kembali menitis
membasahi bumi pipi yang licin
menegangkan otot dahi yang cuba menahan
terbaring, lesu sendirian
dibukakan mata kepada semuanya
segala yang dipalsukan
kini dibongkarkan semuanya
tanpa ada satu pun yang tertinggal
bagaimana fikiran ini mampu
untuk menganalisis semua itu
dalam satu masa yang singkat
kerana tinggal beberapa jam lagi
peperangan akan bermula
dan kudratku umpama hilang
dimakan khilaf yang nyata
bingkai kehidupan yang petak
hampir patah menanggung beban
yang tersangat berat
bukan cat atau warna di atas kanvas itu
tetapi medium lain turut ditempel di situ
besi, kayu, kain, semuanya
berada pada satu kanvas yang sama
kanvas kemandirian hidup ini
peperangan hari esok
terasa sangat sukar
dengan bebanan perasaan yang melanda
begitu sukar untuk ku mengawalnya
walau sudah beberapa kali aku cuba mempertahankan
semua kudrat yang ada
untuk menyembunyikan rasa itu
beribu musuh di hadapan ku
hanya seorang teman seperjuangan
membuatkan aku tewas di tengah jalan
memberhentikan amukan ku
yang selama ini membuta tuli
membunuh semua perasaan orang lain
termasuk yang membantuku
kepalaku umpama ditembak musuh
berkecai, hancur ditembusi peluru
tiada apa yang mampu ku fikirkan kini
kerana semuanya seperti hilang
walau ku cuba beberapa kali
tetap kosong, hitam
hanya janji yang menjadi batu asas
kepada berdirinya tiang seri jiwa
yang membantu agamaku
tumpasnya seorang khilaf
yang selama ini dirasakan cuba menolong
tapi dibutakan mata dari memandang
semua kebenaran yang nyata
berakhirlah semua hikayat
yang diwarkahkan selama ini
buat pengajaran orang lain
anak cucu yang mempelajarinya
itupun jika ada
perginya seorang khilaf yang buta
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...