Monday, October 29, 2012

SAJAK: Antibiotik Jiwa

ANTIBIOTIK JIWA
karya: Pesakit Khilaf

terima kasih atas segalanya
kata-katamu membuka mataku
seluas yang mampu ia terbuka
mungkin selepas ini
aku bukan lagi seperti yang dahulu
semoga dengan pembaharuan ini
dapat kau terima
seperti yang kau kata
dan apa yang kau katakan
adalah keinginan mu

terima atas segalanya
aku memang bodoh
sejak aku mula berusaha untuk membantu
aku sudah lama dilabel bodoh
dirimu bukan lah yang pertama
yang menyebut kata itu kepadaku
kerana aku sentiasa
dipanggil sedemikian rupa

terima kasih atas segalanya
kerana menyedarkan aku
bahawa aku adalah matamu
aku adalah mulutmu
dan aku adalah kudratmu
kerana jiwa ini
umpawa antibiotik
sedia menerima segala virus
yang mendatang ganas
dari hari ke hari

terima kasih atas segalanya
kerana sentiasa mengingatkanku
sentiasa mempersalahkanku
kerana aku memang bersalah atas segalanya
bersalah untuk segala-galanya
teruskanlah mempersalahkanku
supaya orang lain takkan berduka
apabila dipersalahkan
biarlah perasaan itu 
aku seorang sahaja yang merasakannya

terima kasih atas segalanya
atas pemberian kebahagiaan kepadaku
semoga dirimu tidak berhenti membahagiakanku
kerana kebahagiaan itu
tak mungkin sama lagi
bila aku sudah tiada nanti

terima kasih atas segalanya
akulah yang pertama
mungkin aku bukan yang terakhir
aku cuma khilaf yang nyata
ada lagi yang lebih baik daripadaku
ada yang lagi hebat daripadaku
mungkin beginilah aku diketepikan

terima kasih atas segalanya
atas kesunyian yang bakal ku terima
kesunyian yang mungkin aku terima sendirian
kerana menjadi seorang yang khilaf
berusaha untuk menggembirakan semua orang
tetapi akhirnya
aku sendiri yang kesunyian

terima kasih atas segalanya
kerana menjadikan antibiotik ini berterusan
menjadi pegangan hati yang rapuh
dua janji itu akan ku genggam
supaya menjadi batu asas
kepada terbinanya sebuah istana nanti

terima kasih atas segalanya
atas semua nasihat dan teguran
juga atas kejujuran ikhlas
yang tak pernah dirimu curangi
sentiasa berkata benar padaku
dan sentiasa tulus dalam kata-kata

terima kasih atas segalanya
aku sudah jumpa seorang teman
yang selama ini aku ingini
yang sanggup menceritakan semua itu di telingaku
yang mampu untuk membenci diri ini
semata-mata untuk membina semua kudrat ini kembali
semuanya kerana seorang teman

terima kasih atas segalanya
mungkin ini yang terakhir
mungkin tidak
kerana otak ini
tak mampu lagi nak berfikir waras
semuanya sudah menjadi khilafku
pemikiranku semuanya dinafikan
biarlah aku mengikut kata-katamu
selagi kata-kata itu yang membuatku hidup
aku akan terus mengikut kata-katamu itu

terima kasih atas segalanya...

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati