KEIKHLASAN YANG TELAH PUDAR
karya: Sireh Puteh
kalau dahulu
sentiasa bersama, menuntut ilmu
berlumba untuk bertanya
bersaing untuk ke hadapan
bersama menguruskan sesuatu
tetapi kini
terasa begitu jauh
walau duduknya di suatu tempat
atau satu situasi yang sama
sentiasa cuba menjauhkan diri
setiap kali aku cuba mendekatinya
kalau dahulu
mudah dibawa berbicara
segala pendapat diambil kira
mana yang salah ditolak tepi
yang mana betul dijadikan keutamaan
tetapi kini
sentiasa meraih kemenangan
kerana pertarungan bibir yang cerewet
atas punca perkara yang sekecil pasir
yang tidak akan berlarutan
kalau dahulu
ke mana perginya
pasti diajak bersama
di saat susah, di saat senang
pasti merasakan bersama
tetapi kini
bila senang, dilupakan
bila susah, mencari kembali
saat ku senang tidak pernah diajak ke mana
sukar untuk mengeluarkan kata-kata itu
tetapi saat ku susah
sengaja mengajakku
umpama ingin menghina akan diri ini
kalau dahulu
begitu rajin untuk menelaah bersama
sanggup mendaki ke tingkat tertinggi
semata-mata berkongsi idea dan pendapat
tetapi kini
langkah sebaris dikatakan sukar
gunung yang tinggi ingin dicabar
apakah kebodohan yang cuba dipamerkan
apabila aku turun dari atas
tidak pula ingin kau belajar
kebodohan apa pula yang cuba ditayangkan
kalau dahulu
mendekati kerana sesuatu
tersenyum bila di hadapan ku
meraih kegembiraan bersama
cuba untuk mencipta kenangan
tetapi kini
semua itu ku rasakan palsu
kerana pedihnya kehinaan yang ku terima
setelah diperli dan dicaci sebegitu rupa
akukah yang bersalah
kerana cuba untuk menjadi yang terbaik
sedangkan aku juga turut membantu
tetapi dibenamkan ke lurah dalam dan sempit
semata-mata kepentingan sendiri
kalau dahulu
aku masih boleh menerima semua itu
aku masih boleh tersenyum
aku masih boleh bertahan
aku masih boleh berhadapan dengan mereka
tetapi kini
tiada lagi keikhlasan yang nyata
kerana keikhlasan itu
dibelot oleh kepentingan diri mereka
umpama baju yang telah koyak
bukan ingin menjahitnya
tetapi dibuang begitu sahaja
andai diperlukan untuk membersihkan najis
di saat itulah perlunya baju yang telah koyak itu
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...