Wednesday, October 24, 2012

SAJAK: MAMPUKAH TERSENYUM LAGI

MAMPUKAH TERSENYUM LAGI
karya: Sireh Puteh

kali terakhir bersama
duduknya aku dalam sebuah kereta
menuju ke majlis jamuan
dudukku diam sahaja
namun telingaku ligat mendengar

aku hanya mampu tersenyum
mendengar telatah mereka berdua
yang memandu dan disebelahnya
tiada ruang untuk berdiam diri
hanya ketawa dan berbicara

lima belas minit
sudah cukup untuk buat aku menangis
walaupun aku terdiam sendirian
di tempat duduk belakang
cukup untuk aku kembali terkenangkan
semua kenangan bersama mereka

mengacarakan majlis jamuan itu
itulah kali terakhir tersenyum
senyum ikhlas di hadapan mereka
sedaya upaya aku menyembunyikan
kesedihan yang melara dalam hati

memilih untuk mengacarakan majlis itu
mungkin sudah takdir
belum mampu untuk menjadi yang terbaik
tetapi itu sudah sehabis baik
mengacarakan majlis yang gemerlapan
pada malam yang indah cuacanya
walau langit turut menangis

itulah khidmat terakhir untuk mereka
mereka yang sentiasa menceriakan
hari-hari yang suram dan kelam
mewujudkan semula senyuman yang hilang
dari semua kesedihan yang mendatang

terima kasih
kerana sudi mengembalikan
senyuman terlebar dalam hidup ini
semoga akan kembali muncul
semua senyuman itu
atau mungkin giliran diri ini
untuk mencipta senyuman itu
terima kasih atas senyuman ini


1 comment:

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati