KEHILANGAN PENCIPTA KENANGAN
karya: Yang Mengenangkanmu...
Jika sesiapa yang tidak mengenalinya
pasti terdetik dalam sanubarinya
betapa sukar untuk mendekatinya
dek paras rupanya yang sukar tersenyum
umpama bapa yang baran
menanti terlepas tangannya ke muka
Andai sudah mengenalinya
pasti tidak biasa dengan kata-katanya
lantang, telus dalam kata-kata
sememangnya pahit didengari
tetapi terhenti sejenak memikirkan katanya
ucap terima kasih dalam hati
atas kata-kata itu
memang pahit, tetapi penuh pengisian bermakna
Bila sudah terbiasa dengannya
barulah boleh melihat alur giginya
lebar tersenyum menceriakan
mudah diajak bergurau senda
tetapi berpada-pada
kerana senyuman itu mudah hilang
andai tugas diselitkan pada kolar hatinya
Kini, menghampiri hari-hari terakhir di sini
sukar mencari pengganti sepertinya
lingkaran katanya sering terngiang di telinga
menjadi agenda angan setiap yang mengenalinya
bila lagi akan ketemu insan sepertinya
yang bisa mengubah segala
dari isi hati budak setinggi pinggang
hingga dewasa menunjang tinggi
Perginya seorang idola yang dijadikan panduan
bagi membina diri yang masih lemau
dalam segala urusan mencipta insan
mampukah aku menjadi sepertinya
yang mampu memanipulasi kata-katanya
menjadi kayu yang terukir
pada hati yang mendengarnya
Andai dia membacanya
maaf andai diri ini khilaf bila berurusan
sekiranya sukar untuk bekerjasama
pendapat sukar diterima
maaf, itu yang termampu diungkap
semoga kemaafan ini diterima dengan redha
Air mata ini sukar ditahan lagi
tetap menghujani pipi mulus ini
mengenangkan betapa besarnya perubahan
bila bersama seorang sahabat
semoga perjuanganmu di sana nanti
tidak akan melupakan kami di sini
kerana dirimu adalah lagenda yang terus hidup
dan suatu hari nanti
pasti akan ketemu lagi
Semoga berjaya mencipta sejarah
nanti kawen jangan lupa jemput...
p/s: semakin hari semakin ramai sahabat yang terpaksa berpisah kerana tugas dan keperluan di tempat lain...
pandai awk buat sajak ye.. sy terkedu seketika selesai menghayati ayat2 yg tertulis dlm sajak mu..
ReplyDelete"mampukah aku menjadi sepertinya
ReplyDeleteyang mampu memanipulasi kata-katanya
menjadi kayu yang terukir
pada hati yang mendengarnya"
maaf ye fahmi aku sekadar bagi pendapat sebab aku bukan ahli dalam soal penulisan.
cuma metafora kau sedikit lari. atau mungkin banyak sangat dah lari. rangkap yang aku quote kan dalam komen ni yang aku paling tak faham. kalau disuruh tafsir pun, pada buah fikiran aku agak mustahil. jika ada maksud di sebalik 'menjadi kayu yang terukir, pada hati yang mendengarnya' sila jawab.
maksudnye kat situ, kata-kata yang diucapkan menyebabkan kite ingat apa yang dikatakan. sama macam kayu yang diukir, sukar hilang apabila dibasahi hujan, tetapi musnah apabila dibakar api keegoan. jadi bait-bait kata tu bermaksud: boleh tak aku jadi sepertinya yang membuatkan orang percaya dan ikut kata-kataku sampai diingat sampai bila-bila. harap berpuas hati dgn jawapan sye ye fiza.. thanks for the question..
ReplyDelete