Saturday, October 13, 2012

SAJAK: Guru Yang Menanggung


GURU YANG MENANGGUNG
karya: Guru Yang menanggung...

mungkin akan ada yang membenci...
mungkin akan ada yang tidak mengendahkan...
cukup sekadar kiasan...
kerana memikirkan perasaan..
perasaan sahabat-sahabat...

peritnya rasa disimpan lama...
sudah terucap, sudah diungkap...
penat membazirkan air liur bercakap...
perkara sama berulang lagi...
kini tiba masa...
jari menari lagi...
menggantikan bibir yang sudah kering..
lidah yang sudah pendek...
air liur yang sudah kering...

sejak pertemuan dahulu...
lingkarnya kata menyusun tugas...
indah diseragamkan...
namun keseragaman itu tercabar...
aku kecundang ke lembah kehinaan...

bila timbulnya persoalan...
aku melontarkan pendapat...
berkicau suara burung mengetepikan pendapatku...
mendahulukan kata-katanya...
aku kembali ke lembah kehinaan...

bila datangnya cabaran...
diberikan tugasan kepada yang hak...
aku melihat hak tersebut tidak digunakan...
terus aku menggantikannya...
demi keselamtan semua orang...
tetapi aku masih ke lembah kehinaan?

bila munculnya persembahan...
aku bertanya kedaifan pemikiran ini...
kerana aku memikirkan perjuangan semua...
namun tindakan aku itu dikatakan bertentangan...
dihantarnya aku ke lembah kehinaan semula...

bila hadirnya mesyuarat...
aku cuba untuk mendiamkan diri...
tetapi semua inginkan aku bersuara...
hanya kerana ingin melepaskan tanggungjawab kendiri...
yang sepatutnya dituntut bersama...
aku sendiri berjalan ke lembah kehinaan...

bila bermulanya perhiasan...
aku cuba mengikuti cadangan si pemegang hak...
tika saat berhias, si pemegang hak tidak ketemu jua...
aku menggantikan yang hak...
namun penggantian ku umpama sia-sia...
diubah semula, ditetapkan semula...
kerana dikatakan tidak sesuai...
aku terjunam ke lembah kehinaan...

bila saatnya bersama...
aku cuba duduk bersama..
namun ahli lain mempunyai matlamat sendiri...
aku sendirian dalam kehinaan...

bila demokrasi memainkan peranan...
hendak memilih yang menguruskan...
semua mengundi namaku...
andai boleh dibelah enam...
aku bisa mengambil tanggungjawab ku...
aku terdiam kehinaan...

bila aku cuba melakukan apa-apa...
seringkali dipersoalkan...
pernah jua diterima...
tetapi diakhirnya diketepikan jua...
ditolak aku ke lembah kehinaan...

aku sentiasa ke lembah kehinaan...
kenapa? kenapa? mengapa?
kerana aku menanggung semua rasa ketertanggungjawaban...
kerana aku menanggung semua kemalasan...
kerana aku menanggung semua rasa malu...
kerana aku menjadi mangsa ego mu...
kerana aku manjadi mangsa kemalasanmu...
kerana aku menjadi mangsa kepada pemikiranmu...
kerana aku menjadi medium utama hasutan syaitan yang dibisikkan kepadamu...

seringkali aku cuba untuk bersatu...
kadangkala aku kecundang...
tiada siapa yang ketahuinya...
aku simpankan sendirian..
supaya orang lain tidak merasakan..
betapa susahnya menjadi susah...
betapa berlingkarnya dunia yang ku alami...

schizofrenia yang dialami semakin menjadi-jadi...
mungkin benar kata si pakar...
penjawat ini paling ramai di tempatnya...
tempat berakhirnya karier seseorang...
yang bergelar GURU YANG MENANGGUNG...

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati