Friday, October 12, 2012

LELAKI: Ciri-Ciri Idaman Wanita

Assalamualaikum semua...
salam sejahtera...
lama dah SP ta update blog ni..
(macam la ko ni feymes sgt)
takpe...
kali ni...
SP cuba nk luahkan pendapat tentang sesuatu perkara...
mungkin SP bukan pakar..
tapi pendapat ni berdasarkan pengalaman SP sendiri...

LELAKI: Ciri-Ciri Idaman Wanita


RUPA

bila sebut pasal lelaki, soalan pertama yang perempuan akan tanya:
Handsome tak?
every single time...
sebab tu lelaki perlu menjaga rupa. Rupa di sini bukan bermaksud muka korang tu. Rupa di sini lebih tertumpu pada penampilan dan gaya seseorang lelaki. Pemakaian baju yang bersesuaian dan warna yang kontra amat menarik perhatian perempuan. Gaya berjalan pula perlu sopan. Bukanlah bermaksud suruh jalan kepit. Tapi jalan tu jangan kengkang. Da macam ape je. Rambut, tak payah la bela panjang-panjang. Cukup berambut pendek, kemas dan pandai digayakan.


CARA BERCAKAP

Maksudnya di sini lebih kepada cara bercakap atau berinteraksi dengan orang lain. Jangan ketawa terbahak-bahak sampai berguling-guling bila berbual dengan kawan-kawan. Perempuan akan pikir yang korang ni da tak betul. Jadi, cukup sekadar ketawa yang tak menganggu orang lain. Memanglah kalau da lawak giler, mesti ketawa kuat-kuat. Selain tu, bila bercakap, mudahkan bahasa dan panggil seseorang dengan perkataan yang sesuai. Jangan panggil orang "BABI", "CIBAI", LAKHANAT". Tak elok tu. Lagi satu penyakit bahasa. Setiap ayat yang dituturkan mesti ade perkatan yang buruk di hujungnya. Macam: "Kau kat mane, sial". Cuba elakkan.


STATUS PELAJARAN

Lelaki yang mempunyai staus pelajaran yang tinggi berpotensi menjadi idaman wanita kerana status tersebut boleh menjamin masa depan kebahagiaan bersama. Apabila lelaki tersebut bijak, pandai dan mempunyai kelulusan yang tinggi, semestinya dia mempunyai pekerjaan yang baik. Maka wanita sering memandang hal ini kerana mereka banyak memikirkan masa depan berkeluarga bersama. Janganlah menganggap mereka materialistik. Mereka cuma memikirkan kemungkinan pada masa akan datang.


AHLI SYURGA

Lelaki yang berperwatakan warak dan mempunyai ilmu agama menjadi tarikan kepada wanita. Hal ini kerana pada masa kini telah banyak filem dan novel menunjukkan betapa romantisnya lelaki yang berperwatakan warak terhadap seorang wanita. Maka hal tersebut telah menjadi ikutan para wanita masa kini. Mereka memerlukan seorang lelaki untuk membimbing mereka. Pada masa yang sama, mereka memerlukan perhatian dan kehidupan yang romantis.


DAYA KEPIMPINAN

Lelaki yang mempunyai jawatan penting dalam sesebuah organisasi juga menjadi salah satu darpada tarikan kepada wanita. Hal ini kerana mereka tertarik dengan kepimpinan dan komitmen yang ditunjukkan kepada semua ahli dalam organisasi tersebut. Maka, mereka berasa selamat apabila bersama lelaki tersebut dan ingin lelaki itu menjadi suami mereka. Oleh itu, bersainglah untuk memimpin, wahai lelaki.


kesimpulannya,
bukanlah nak kata perempuan ni lemah dan terdesak..
ataupun cerewet sampai memilih lelaki..
ya..
mereka memang cerewet..
sebab mereka sedang dalam proses membina keluarga bahagia..
mereka inginkan kehidupan yang sempurna..
kalau ta sempurna pun, mereka boleh hidup bahagia..
mereka perlukan seorang lelaki yang boleh bersama mereka..
dalam susah atau senang...
SP bukan nak sebelahkan perempuan..
tapi SP sedih sebab ramai sangat lelaki yang dayus...
hina perempuan, rogol, pukul, bunuh...
begitu senang diorang mempermainkan perempuan...
padahal mereka tidak tahu yang mereka lahir daripada rahim seorang perempuan...
wahai lelaki,
jadilah yang terbaik untuk perempuan...
pilihlah wanita dalam kalangan yang baik-baik..
wahai perempuan,
jadilah yang terbaik untuk lelaki...
tutplah auratmu demi pemilik tulang rusuk itu...


p/s: semoga pembaca semua dapat manfaat. maaf andai terkasar bahasa atau kata-kata SP dalam ni membuatkan sesiapa sahaja terguris. post ini sekadar pendapat SP sahaja. tidak melibatkan sesiapa yang spesifik sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

1 comment:

  1. Paling utama ialah lelaki yang mempunyai kerjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati