Assalamualaikum semua...
sihat tak?
hujan tak tempat korang?
sekarang ni tempat SP tengah hujan...
time2 hujan ni lak dapat idea yang agak syahdu nak diperkatakan...
pernah tak korang terpikir...
kenapa ramai orang pergi ke Bazar Ramadhan?
diorang tak masak ke?
atau diorang malas nk masak?
jadi persoalan ini SP akan cuba berikan pendapat sendiri berkenaan:
BAZAR RAMADHAN: Pahala Dan Dosa
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kan...
kenapa ada dosa dan di mana pahalanya?
SP akan cuba huraikan satu persatu...
Pahala...
Ganjaran kepada sesiapa yang berbuat baik...
kalo korang semua perasan, ada pengemis kat Bazar Ramadhan..
mesti korang buat tak tahu jer...
sampai kadang-kadang tu diorang disepak dan dihina sampai macam tu sekali...
apa salahnya korang bersedekah pada diorg...
buka puasa sama-sama ke...
at least bagi la diorang tu duit untuk berbuka puasa...
korang ingat diorg ni tak puasa ke?
diorang puasa jugak...
selain tu, di mana pahalanya Bazar Ramadhan ni?
pahalanya terletak pada hati yang membimbing jiwa...
memangla terliur kalo tengok makanan yang dijual...
tapi kalo kita bersabar, ada pahalanya...
Dosa...
Boleh diertikan sebagai balasan kepada perkara buruk yang kita lakukan...
jadi apa kaitannya dengan bazar Ramadhan?
Dalam bulan Ramadhan, kita digalakkan bersederhana...
sama ada berbuka atau sahur, mesti bersederhana...
kalau kita tengok Bazar Ramadhan...
mesti ramai orang....
di mana dosanya?
dosanya terletak pada si pembeli....
kalau nak makan sorang...
belinya macam untuk sekeluarga...
tak cukup tangan nak bawak....
pastu, makannyer sikit, lebihnya dibuang...
ni SP tengok kebanyakan rakyat Malaysia yang bersikap sebegitu..
bukan semua...
di mana lagi dosanya?
pada pembeli juga...
makan kenyang-kenyang, lepas tu tak larat nak solat...
katanya kejap lagi, tapi akhirnya terlena kerana kekenyangan...
solat entah ke mana....
selain tu...
pembeli juga menjadi penyumbang dan penerima dosa...
dah tau bulan Puasa, pakai ketat-ketat jugak...
dah lah buat dosa, bagi dosa kat orang lain plak tu..
yang tengok tu plak dapat dosa sama...
kaum Hawa, minta maaflaa..
tolong jaga pakaian anda semasa bulan puasa...
kami tak nak tanggung dosa anda...
dan kami tak nak terlibat sama menerima dosa...
asyik salahkan pembeli jer...
penjual tak dapat dosa ke?
ada yang dapat dosa jugak..
siapa?
penjual yang tidak meramaikan jemaah di masjid...
sebaliknya sibuk berjual beli di bazar...
ada pulak yang sanggup berniaga dari sebelum Asar sampai lepas Isyak...
tapi solatnya tidak juga...
sama-samalah renung-renungkan...
mesti korang cakap camni kan:
"Apelah SP ni.. pikir negatif jer,"
"SP ni cakap orang je. Macamlah dier tak pernah,"
macam ni..
SP memandang pada sudut yang kebanyakan orang kita lakukan...
sebagai ingatan bersama...
SP mengaku, SP pernah jugak buat macam tu...
tapi takkan lah sampai ke hari ni kita nak dapat dosa jer?
renung-renungkanlah, wahai pembaca...
p/s: puasa nak dekat dah... dah ganti ke puasa yang lepas? dah bersedia ke?
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...