Assalamualaikum semua..
kali ni SP nak promote sket laa pasal Kelab yang SP join..
dah lame da SP join..
kali ni SP nk promote lak..
pernah dengar KESAS?
ha? Lebuhraya Kesas?
yaaaaa....
memang betul..
tu jugaklah nama kelab yang SP join...
KESAS: Kelab Sahabat Siswa
korang mesti nak tahu kan apa yang ada dalam kelab ni kan?
ok, biar SP jelaskan...
sejarah penubuhan Kelab Sahabat Siswa ni bermula pada tahun 2008...
tujuan awal penubuhan kelab ni adalah untuk melatih guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran diri supaya tidak teragak-agak bila berhadapan dengan murid-murid dan masyarakat...
senang citer, nk cari kualiti seorang guru laaa....
antara aktiviti utama yang kelab ni jalankan adalah seperti berikut:
mengelolakan program motivasi, kepimpinan, kecemerlangan dan rehlah...
menjalankan khidmat kepada masyarakat....
pembinaan kualiti guru dalam kalangan ahli...
kelab ni terletak di bawah naungan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Kota Bharu...
dan kitorang berpengkalan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu, Kelantan...
seramai lebih 10 orang pensyarah pembimbing yang memberikan komitmen penuh dalam kelab ini..
dan disokong penuh oleh semua warga IPGKKB...
terutamanya Tuan Pengarah yang menggalakkan penyertaan ahli dalam kelab ini...
dan yang paling penting...
KESAS menjalankan aktiviti tu semua secara sukarela...
atau dengan kata lainnyer, PERCUMA...
ni antara aktiviti yang SP dah kelolakan selama 2 tahun bersama KESAS...
Program Rehat Minda SK Kem, Pengkalan Chepa |
Program Motivasi SK Che Deris |
Program Kecemerlangan UPSR SK Sungai Pas, Kuala Krai, Kelantan |
Program Kecemerlangan PMR SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan |
Program Kepimpinan SK Seribong |
Program Singgah Dakwah SMK Ketereh, Kelantan |
Jelajah IPG Zon Tengah di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa |
Program Kepimpinan Muda SK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan |
Program Tuisyen Bahasa Inggeris SK Kedai Buloh 2, Kelantan |
banyak lagi program yang telah kami jalankan..
seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak telah kami jelajahi...
semuanya demi satu matlamat...
untuk membina diri, bantu rakan...
itulah motto KESAS...
Bina Diri, Bantu Rakan
p/s: sekiranya anda memerlukan khidmat kami, hubungi saya di facebook untuk membincangkan hal-hal berkaitan...
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...