Tuesday, May 24, 2011

5 INSAN YANG AKU SAYANGI


SATU :
Allah S.W.T 
Dia adalah pencipta Yang Maha Agung yang aku paling sayang di dunia ni.. sebab Dia da ciptakan aku sempurna... takde cacat celanya... Dia anugerahkan pelbagai kebolehan pada aku untuk berjalan, bercakap, makan, minum dan banyak lagi... ada jugak kebolehan sampingan yang Dia dah bagi kat aku macam kemahiran bersastera, menulis dan berkata-kata dengan bahasa yang indah... seluruh hidup aku ni bertemankan Allah... dalam susah, senang, sedih, gembira... setiap saat, setiap detik.... walaupun aku pernah buat salah, aku tau... Allah sentiasa memaafkan aku kalau aku bertaubat... Allah Maha Pengampun... Allah tak pernah lupa kat aku.... tak pernah aku merasakan Allah tu tak adil keran tu mustahil... Allah Maha Adil... lebih adil daripada setiap hakim kat dunia ni... Allah jela tempat aku mengadu... Allah banyak ciptakan benda-benda yang cantik... aku suka tengok langit, awan, alam sekeliling... buat aku rasa tenang... bagi aku, Allah telah ciptakan syurga dunia yang cantik iaitu alam sekitar... terima kasih Allah...

DUA :
Nabi Muhammad S.A.W
Rasul terakhir dan tiada lagi rasul selepasnya... sesungguhnya aku adalah umat Nabi Muhammad... walaupun aku tak pernah tengok muka dia.... tapi aku tau baginda pernah hidup dan sayang akan umatnya kerana terbukti dalam Al-Quran... ustaz aku pernah berkata yang syaitan atau iblis tidak dapat menjelma sebagai nabi atau rasul dalam mimpi seseorang... jikalau begitu, Allah akan membakar syaitan atau iblis tersebut... bila aku dengar uztaz aku cakap camtu, aku teringin nk mimpi Rasulullah... teringin sangat... aku selalu baca kisah hidup baginda, hadis baginda.... terasa macam nak jadi seperti baginda kerana kepimpinannya, keberaniannya.... semoga Allah mengizinkan segalanya...

TIGA :
Latifah binti Hassan
seorang perempuan yang melahirkan aku dan membesarkan aku sampai 174cm...hahaha... dialah maka aku... dia yang paling banyak kenal aku... kadang-kadang time dier mara aku, aku rase kesian pulak... aku sedih kalo mak aku mara aku... sebab aku buad salah... ya, dulu memang aku tak suka kene mara... tapi sejak dah jauh dari rumah ni, rindu pulak kat bebelan mak aku... kerana bebelan tulah yang menyebabkan mak aku datang pada setiap anugerah cemerlang yang sekolah anjurkan... mase sekolah rendah kat SK Perumahan SEDC, kat sekolah menengah, SMK Tasek Utara & SM Teknik ERT Azizah.... semuanya dia datang... aku perasan kadang-kadang tu maka aku nak nangis bila aku naik pentas... tapi naluri seorang ibu tu tak pernah tunjukkan kesedihan dia depan anak... aku sayang mak aku...

EMPAT :
Norhisham bin Bakri
nilah bapak aku... hahaha... garang, tapi berpengajaran... boleh kata bapak aku ni serba boleh laa... buat kerja kayu, bercucuk tanam, memasak, jadi macam doktor (sebab keje MA), memancing... senang kata semua boleh laa... bapak aku ni nak kate hensem, bolehla... tapi anak2 dia same hensem ngan dia... kalo korang sape2 yang kenal bapak aku, mesti korang perasan mata aku sama dengan dia... bukan mata jer... perangai pun nak dekat sama gak... bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik..... hahahahaha... dia paling sayang anak-anak dia sampai sanggup hantar gi sekolah, jage anak kat hospital.... tapi yang paling aku respect kat bapak aku ni... dia paling sayang keluarga dia... walau garang macamana pun, dia tetap bagi pengajaran kat semua ahli keluarga dia.... aku sayang bapak aku...

LIMA : 
Nurul Amani Ashikin binti Shamsuri
hahahaha... orang yang pernah menyampah kat aku suatu masa dahulu, kini menyayangi aku... actually, dier ni junior aku... dulu2, mase time2 skema lg, takdenyer dier nak sangkut kat aku... jual mahal konon... skang, ape ceriter? hahaha.... kisahnya bermula sejak dier follow blog aku... aku ade tules entry pasal dier.... then, aku ni kire macam stalker dier laa... so aku rujuk member dier, bukak facebook dier... cari gambo mase kat Azizah dulu.... mase tu la aku dah sangkut kat dier... aku ta tau lak dier nyampah sangat2 kat aku... jadi, tanggal 16 April 2011.... bermulalah sebuah kisah antara kami berdua.... beberapa hari lepas tu barulah dia mengaku yang dia pernah menyampah sgt2 kat aku... aku tanya sebab ape... rupe-rupenyer dier nyampah sebab muka aku ni muka naek pentas jer... nak buad camner kan... pelajar cemerlang kan... hahahaha.... so serba serbi tentang dia... suka ros putih, loading, sukakan perkara yang nampak biasa tapi romantik, suka coklat, minat bace novel, minat budak-budak.... tak lama lagi dia nak study kat UNISEL.... kira jaoh gak laa... dier ta penah dok jaoh ngan family... ntah camner la nanti dier... hopefully dier berjaya... amin....

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati