Saturday, April 30, 2011

EMPAT YANG LAIN

datangnya dari setaip penjuru...
membina delegasi membunuh kemurungan...
bagaikan keluarga baru yang tak berketurunan sama...
mencipta sejarah tersendiri di tempat orang...
dikenali kerana senyuman dan hilai tawa...

asalnya dari selatan...
menanam impian menjadi penulis...
sungguh indah mengarang kata...
mencipta karya dari khayalannya...
sama ada karyanya itu disimpan mahupun dikongsi...
tetap jiwanya masih penuh dengan keindahan...

asalnya dari seberang lautan...
jauh perjalanan mencari ilmu...
umurnya lebih dari yang lain...
lensa kamera menjadi obsesinya...
berkeinginan menjadi pakar jurugambar...
merakam kenangan buat masa hadapan...

asalnya dari ibu negeri cik siti....
kakinya kebal umpama besi..
namun tetap berdarah kerana manusia juga...
pantang diajak bermain bersama...
suka benar akan sukan itu...
menjadi obsesinya sejak kecil...

asalnya berjiran dengan ibu negeri cik siti...
mencipta kenangan dengan menciptanya sendiri...
ingin menjelajah semenanjung sepuasnya...
namun kekangan menghalang impian...
pandai berkata-kata, mencipta senyuman...
bagaikan seorang penyair jalanan...

bersama berempat...
mencipta kronologi kehidupan...
bertandang di tempat orang...
sejarah dijunjung tinggi...
mencipta sebuah keindahan kehidupan...
tatkala murung menyelubungi persahabatan...

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati