Friday, April 22, 2011

SEPIMU KU GANTI



Jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Hashim kerap kali melihat telefon bimbitnya. Dia masih menunggu panggilan telefon daripada Ruqayyah. Sudah beratus SMS dihantar tidak dibalas dan berpuluh panggilan tidak dijawab. Hashim menekan butang telefon bimbitnya sehingga terpapar gambar seorang perempuan. Gambar seorang perempuan berambut panjang dan berpakaian T-shirt hitam sambil membimbit beg tangan. Gambar tersebut telah menangkap ruang kaca matanya dan mengimbaskan beberapa peristiwa yang dikatakan kenangan yang tak disengajakan. Itulah potret gambar Ruqayyah.
            Hashim bangun menuju ke tingkap. Pandangannya dicampakkan sejauh-jauhnya ke hujung langit. Langit malam ini tak seindah malam-malam sebelum ini. Tiada bintang kelihatan. Hanya sisipan awan menyusun di langit. Dalam kotak pemikirannya tergambar wajah Ruqayyah. Perkenalan antara dirinya dan Ruqayyah terjadi secara tiba-tiba dan berlaku kejadian yang tak disangkakan sehingga hati sudah tertambat dan cinta dimiliki. Timbul pula persoalan yang bermain di fikirannya. Bagaimana jika pembedahan ini gagal dan siapa yang akan menjaga insan yang disayanginya? Bagaimana harus Ruqayyah hadapi hari-hari yang mendatang tanpa kehadirannya. Baru sahaja bertaut sudah ingin pergi? Kenapa begitu sekejap percintaan ini? Adakah ini suatu dugaan atau suratan takdir dirinya?
            Pintu bilik dibuka. Hashim masih lagi memandang ke luar. Doktor Ahmad masuk lalu terus menghampiri Hashim. Bahu Hashim dipegangnya.
            “Awak dah bersedia, Hashim?” tanya Doktor Ahmad kepadanya.
            “Sudah,”
            “Jom kita ke bilik lagi satu,” Hashim terus diiringi Doktor Ahmad menuju ke bilik pembedahan. Langkahnya sengaja dilambatkan. Bagaikan sudah menerima akan nasib yang akan berlaku kepadanya. Ini adalah pertarungan hidup dan matinya. Mereka berdua tiba di hadapan pintu besar. Daun pintu ditolak oleh Doktor Ahmad. Di situ, beberapa orang jururawat dan pembantu-pembantu yang lain sudah bersedia mengelilingi sebuah katil di hadapan mereka.
            “Doktor, saya ada satu permintaan,” kata Hashim sambil memandang Doktor Ahmad.
            “Lepas pembedahan ni, sama ada terlepas atau tidak,  tolong telefon nombor ni. Suruh dia datang,” kata Hashim sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Doktor Ahmad.
            “Baiklah. Sekarang ni awak rileks. Tarik nafas dalam-dalam,” Doktor Ahmad mengambil telefon itu lalu memasukkan kedalam poketnya. Pembantunya terus memasang alat pernafasan kepadanya. Beberapa minit kemudian, pandangan Hashim menjadi kabur. Pendengarannya menjadi samar-samar. Akhirnya, Hashim tertidur.
            “Mari kita mulakan,” kata Doktor Ahmad kepada pembantu-pembantunya.

*****
Musim cuti sekolah akhir tahun telah pun bermula. Bagi para ibu bapa, waktu seperti ini digunakan untuk menghabiskan masa bersama anak-anak. Bagi anak-anak pula, inilah masa di mana mereka tidak perlu berhadapan dengan buku teks, latihan ataupun kerja sekolah. Bagi sesetengah orang pula, cuti hujung tahun sebegini adalah watu di mana mereka pulang ke halaman kampung. Dari sinilah segalanya bermula. Hashim merupakan seorang graduan ijazah di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Dia pulang ke rumahnya kerana cuti akhir semesternya telah tiba. Waktu inilah yang digunakan untuk dia berjumpa kekasih hatinya, Mira.
 
            Kaca mata Hashim melekat pada skrin komputer ribanya. Dari tadi dia sedang asyik melayani laman sosial Facebook. Seorang perempuan sedang asyik ber-chatting dengannya, Mira. Sudah enam bulan hubungan mereka bertaut dan hanya Facebook yang menghubungkan mereka berdua. Mereka tidak berjumpa kerana Mira duduk jauh di Utara Semenanjung sedangkan Hashim tinggal di Johor Bahru. Hanya sekali sahaja mereka berjumpa, iaitu, ketika bulan Ramadhan. Mira bekerja di Bazar Ramadhan dengan menjual pelbagai jenis kek dan puding. Mereka sempat meluangkan masa bersama-sama. Bermain boling, berkaraoke, shopping dan bersiar-siar di Bazar JB. Hubungan yang terjalin antara mereka sangat rapat. Namun jarak yang memisahkan mereka. Kebetulan Mira sudah berada di rumah kakaknya sekarang di Johor Bahru yang terletak di Taman Impian Emas.
            Hanya berseluar pendek dan T-shirt yang dipakRuqayyahya pada malam ini. Bahang kepanasan begitu memaksa peluhnya untuk merembres keluar. Cuaca yang semakin tidak menentu sekarang ini begitu mengganggu kesihatannya sejak kebelakangan ini. Hashim menggosok matanya yang kepenatan kerana dari tadi asyik menatap skrin komputer sahaja. Hashim mendail nombor Mira.
            Hello?” Hashim menyapa.
            “Ya, sayang,”
            “Sayang, sorry lah. I dah offline. Penat lah,”
            “Alaa. Tak sayang saya ea?”
            “Sayang. Sayang sangat. Kita message je la ea,”
            “Ok. Besok jangan lupa tau. Saya tunggu awak kat sana,”
“Ok,” talian terus diputuskan. Niatnya untuk menghantar SMS kepada Mira tidak kesampaian kerana matanya semakin lama semakin kuyu. Seperti ada beban yang melekat pada matanya. sudah lama dia menatap komputer. Terasa begitu penat. Ditambah pula keempukan tilam yang  memberi keselesaan kepadanya. Lagipun besok dia akan berjumpa dengan Mira. Harapannya agar tidak kelewatan besok hari. Dia berjalan menuju ke katilnya. Dia merebahkan badannya dengan perlahan. Namun telinganya menangkap satu bunyi daripada komputernya. Suatu bunyi yang menandakan terdapat e-mail di dalam inbox komputernya. Badan yang lemah terpaksa digagahkan juga. Dia bangun menuju ke komputer semula. Rupa-rupanya e-mail daripada seseorang yang teramat penting. Doktor Ahmad menghantar e-mail yang amat penting kepadanya.
Besok tolong datang hospital. Dah sebulan awak tak datang jumpa saya. Ubat yang saya bagi tu awak dah makan ke belum? Saya tau ubat awak akan habis pada pagi besok. Jangan bagi alasan lain semata-mata tak nak jumpa saya. It’s a matter of life and death.
Doktor Ahmad
            Dalam benak hatinya terasa bebanan yang amat berat. Sejenis penyakit yang tidak mahu dihidapi oleh sesiapa pun. Apatah lagi mendengar namanya sahaja sudah bergetar jiwanya. Sudah 2 tahun dia bertahan akan penyakitnya itu. Namun inilah kali pertama dia tidak berjumpa dengan doktornya sebegitu lama. Kanser usus, penyakit susulan daripada gastriknya dahulu. Akibat kedegilannya untuk tidak makan ubat yang ditetapkan, dia terpaksa menerimanya.
            Matanya sudah menjadi lelah. Komputer yang terpasang itu dimatikan lalu melompat ke arah katil. Dia menarik nafas yang dalam lalu memejamkan mata dengan harapan pada keesokan paginya menjadi lebih baik daripada semalam. Beberapa minit kemudian, terlenalah ia dalam kepenatan.
            “Sudah ditakdirkan kita bersama,” suatu suara berkata-kata dalam kegelapan.
            “Hatimu kumiliki, kasihmu kucintai,” Hashim tercari-cari dari mana datangnya suara itu.
            “Dalam mimpi merindu, dalam hati bertaut,” muncul seorang perempuan dihadapannya. Indah berpakaian serba putih dengan rambut panjang mengerbang ditiup angin. Terukir senyuman di bibir perempuan itu.
“Hashim,” perempuan itu memanggilnya. Kelu lidah Hashim. Tidak dapat ia berkata apa-apa. Matanya terpegun melihat keindahan perempuan itu. Perempuan itu menghulurkan tangannya. Hashim cuba menyambutnya, namun dia tergelincir di dalam sebuah lubang gelap. Cuba didakinya, tetapi kakinya kaku bagaikan ditarik seseorang. Bayangan perempuan itu terus manjauh dan semakin jauh. Hashim terus jatuh ke dalam lubang itu.
Hashim tersentak lalu bangun dari tidurnya. Peluh jantan membasahi tubuhnya. Degupan jantungnya berdegup pantas. Nafasnya kencang, dadanya turun naik. Mimpi tadi menjadi tanda tanya yang terhebat. Siapa perempuan itu? Mengapa ia muncul dalam mimpinya? Mengapa sebegini teruk mimpinya? Persoalan itu terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Perkara yang teramat penting yang perlu dilakukannya sekarang. Dia memandang jam di dinding.
Oh my God!” Hashim lantas bangun terus ke bilik air. Sudah jam 10.00 pagi dan sekiranya dia tidak bersiap sekarang, dia akan terlewat. Sudah kebiasaannya apabila ingin keluar ke bandar, dia akan bersiap awal kerana perjalanan daripada rumahnya ke bandar mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ditambah pula dengan kesesakan lalulintas dan pembinaan di sepanjang perjalanannya. Jikalau dulu, hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Tetapi pembinaan jambatan yang menghubungkan bandar dengan Nusajaya benar-benar melambatkan perjalanan lalulintas.
Lima minit masa diambilnya untuk mandi. Dia menjadi kelam kabut kerana tidak tahu apa yang harus dipakainya untuk hari ini. Lalu dia memutuskan untuk mengenakan T-shirt hijau dan jeans berwarna biru serta sweater Adidas, hadiah daripada Pak Sunya sempena kecemerlangan SPMnya. Dia memandang cermin sambil mendendangkan lagu ‘Kisah Tak Sempurna’, nyanyian kumpulan Samsons. Rambutnya disikat kemas. Wajahnya disapu bedak dengan rata. Kemudian dia bergegas menuju ke pintu.
“Awal bangun hari ni. Nak pergi dating la tu,” sapa ibunya yang dari tadi sibuk di dapur.
“Biasalah mak. Bukannya sekejap nak ke bandar,” jawabnya sambil memakai kasut berjenama Vans.
“Yelah. Elok-elok jalan tu,”
“Ya, mak,” Hashim terus berjalan menuju ke perhentian bas. Nasibnya amat baik kerana bas sudah pun sampai .Tak perlulah dia menunggu lagi. Di dalam bas, dia duduk di bahagian belakang sekali. Memang menjadi kebiasaanya untuk duduk bersebelahan tingkap kerana tabiatnya yang suka berangan menjadikannya seorang pemerhati. Beberapa kali bas itu berhenti untuk mengambil penumpang. Apabila tiba di satu perhentian, terdapat seorang sahaja penumpang yang naik. Pada mulanya dia tidak menghiraukan kerana dia sudah berangan untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Tetapi penumpang itu berjalan sehingga duduk di sebelahnya.
“Jauh termenung cik abang oi,” penumpang itu menyapanya.
“Sibuklah kau,” Hashim masih lagi berangan tanpa mengetahui siapa di sebelahnya.
“Sampai hati awak cakap macam tu kat saya. Pergilah layan berangan awak tu,” lalu Hashim tersedar. Suara penumpang itu saling tak ubah seperti suara Mira. Apabila dia menoleh, memang Mira yang duduk di sebelahnya sambil mencebikkan bibirnya. Dia terasa amat bodoh kerana tidak menhiraukan kekasihnya.
“Eh, sayang!” Hashim baru menyedari keberadaan Mira.
“Apa sayang-sayang,”
“Janganlah marah. I tak perasan,”
“Apa yang you perasan? Tengah berangan awek lain lah tu,”
“Mana ada. I berangan pasal kita,”
“Sudah! I tak nak dengar,”
“Sayang I ni comel ke tak?”
“I dah memang comel,”
“Kalau comel tak merajuk macam ni,”
“Macamana I tak merajuk kalau you tak layan I,”
“Ala, sorrylah. Sorry ok? I janji I belanja you makan,”
Promise?
“Promise,” mereka berdua saling tersenyum dengan gelagat masing-masing. Cuba menawan hati dan perasaan masing-masing sedangkan cinta sudah ditawan, hati sudah dimiliki. Mereka berbual-bual sehinggalah mereka tiba di bandar. Mereka berjalan berdua menuju masuk ke dalam City Square, sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Bandaraya Johor Bahru. Tempat pertama mereka tuju adalah kaunter tiket wayang yang terletak di tingkat lima. Sepanjang perjalanan mereka merancang hari mereka. Ke mana mereka ingin pergi selepas ini, di mana mereka hendak makan. Lalu mereka sampai di tingkat lima. Berpusu-pusu orang beratur menempah tiket wayang.
“Awak tunggu sini kejap. Saya pergi belikan tiket untuk kita berdua,” ujar Hashim kepada Mira.
“Ok.”
*****
“Sudahlah! I dah tak percaya kat you lagi!” Ruqayyah terus memutuskan talian. Telefonnya dicampak ke atas katil. Hatinya begitu berat untuk melepaskan kekasih hatinya. Namun hatinya telah hancur dikhianati. Kekasihnya sudah mempunyai kekasih lain. Dia tidak sanggup untuk diduakan cintanya. Selepas dia ternampak kekasihnya keluar dengan perempuan lain tempoh hari, dia benar-benar ingin memutuskan hubungan dengan lelaki itu. Yang lebih menyakitkan adalah perempuan itu adalah sahabat baiknya sendiri. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Dia begitu kecewa.
Facebook tidak lagi dilayani. Makannya sudah tidak berselera seperti dulu. Sepanjang malam hanya mengalirkan air mata. Sambil memeluk erat patung yang dibelinya dahulu dia menangis teresak-esak. Sudah tiga hari berlalu. Malam ini dia tidak lagi menangis. Namun wajahnya begitu pucat. Matanya sembam dek tangisan yang berterusan. Malam ini Ruqayyah termenung di birai tingkap. Ini adalah cinta pertamanya. Hubungannya yang terjalin selama setahun lamanya punah dengan sekelip mata sahaja. Tiada siapa lagi yang mampu mengubati hatinya.
Telefon bimbitnya berdering. Namun tak dipedulikannya. Tetapi setelah berulang kali berdering, digagahinya juga untuk menjawab panggilan itu.
“Hello,” ucap Ruqayyah.
“Ruqayyah, are you okay?” rupa-rupanya Nadia yang menelefonnya.
“Bolehlah. Ada apa kau telefon aku?”
“Jomlah hangout sama-sama,”
“Malaslah,”
“Alaa jomlah. Hilangkan sedih kau tu. Aku belanja,”
“Yelah. Pukul berapa?”
“Kalau aku sebut belanja, laju je kau. Pukul 10 pagi berkumpul kat Mcdonald,”
“Ok,”
“Pakai cantik-cantik tau. Aku nak tengok kawan aku ni cantik besok,”
“Aku dah memang cantik pun,”
“Macam ni lah kawan aku. Oklah. Aku nak pergi pilih baju,”
“Ok. Bye,” talian terus diputuskan. Ruqayyah berasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya ada juga yang cuba menggembirakan hatinya. Akhirnya air matanya terhenti juga. Dia duduk di hadapan meja solek. Rambutnya yang sudah kusut disikat berulang kali. Kemudian, dia ke bilik air untuk membasuh muka. Terasa kesegaran selepas mukanya bersentuhan dengan air paip yang dingin. Kemudian, dia keluar daripada bilik air dan terus mengumpulkan barang-barang yang pernah diberikan oleh kekasihnya.
Thanks for everything. It’s time to forget,” ucap Ruqayyah sambil mengangkut barang-barang tersebut menuju ke tingkat bawah. Dia mengambil mancis yang terletak di dalam kabinet dapur. Dia terus menuju ke belakang rumah. Barang-barang tersebut diletakkan di atas longgokan sampah. Lalu Ruqayyah mengeluarkan beberapa batang mancis dan digoreskannya. Terpancar api dan dicampakkan ke atas longgokan tadi. Sedikit demi sedikit api itu membesar dan terus membakar longgokan tersebut. Ruqayyah duduk mencangkung memerhatikan kenangannya dibakar api.
“Ruqayyah, are you okay?” ibunya menyapanya daripada belakang.
“Ok,”
“Kenapa Ruqayyah bakar barang-barang ni?”
“Ni kan sampah. Ruqayyah bakarlah,”
“Tapi ni kan elok lagi,”
“Tak, mama. Ni sampah. Benda-benda ni dah tak berguna lagi dalam hidup Ruqayyah,”
“Yang penting anak mama ni tak sedih lagi. Tu pun da cukup pada mama,”
“Terima kasih, mama,” Ruqayyah terus memeluk ibunya. Kesedihan yang ditahan dilepaskan juga di hadapan ibunya. Dia menangis sepuas-puasnya walaupun sudah tiga hari dia menangis.
“Mama,”
“Ya, sayang,”
“Esok Ruqayyah nak keluar boleh?”
“Pergilah. Forget your sadness. Have fun,”
“Thank you, mama,”
“Dah. Berhenti menangis. Pergi masuk dalam. Tidur. Besok nak keluar kan?”
“Ok, mama,” Ruqayyah bangun lalu terus ke biliknya. Dia terasa amat penat. Matanya terus memaksanya untuk belayar ke alam mimpi. Dia merebahkan badannya di atas tilam yang empuk. Tidak sampai beberapa minit, dia sudah terlena.
Keesokan harinya, Ruqayyah terjaga dari tidurnya. Sinar mentari pagi menembusi celahan langsir terus menerangi biliknya. Dia mengeliat seketika lalu bangun menuju ke bilik air. Sempat juga dia menoleh memerhatikan jam di dinding.
“Baru pukul 8.30 pagi,” katanya sambil mencapai tuala yang tersidai di atas ampaian biliknya. Terus dia menyegarkan badan. Setelah selesai, dia memandang cermin. Kalau sebelum ini, Ruqayyah hanya merenung wajahnya yang sugul dan suram. Tetapi hari ini, dia melihat dirinya yang gembira di hadapan cermin. Dia tersenyum sendirian.
Ruqayyah keluar daripada bilik air. Telefon bimbitnya ditekan berulang kali. Sudah menjadi kebiasaannya untuk mendengar lagu bagi memulakan harinya. Lagu ‘I’m Not Okay’ menjadi pilihannya hari ini. Lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan Rock yang terkenal di negara Barat iaitu, My Chemical Romance. Terus menyelongkar almarinya untuk mencari pakaian yang sesuai untuk keluar hari ini.
Setelah selesai mengenakan pakaiannya, Ruqayyah mencapai beg tangannya dan telefon bimbitnya. Lagu yang berkumandang tadi dimatikannya. Ruqayyah terus menuruni tangga lalu menuju ke dapur untuk bersarapan.
“Amboi, semangat betul anak mama hari ni,” tegur ibunya yang sedang membasuh pinggan di sinki.
“Biasalah. Mama juga yang suruh Ruqayyah happy kan? Papa mana?” tanya Ruqayyah sambil duduk di meja makan.
“Papa kamu kan sibuk. Memang dia selalu pergi awal ke pejabat,”
“Hmm. No comment,” Ruqayyah terus mancapai sekeping roti yang tersedia di atas meja lalu disapukan dengan mentega kacang kesukaannya.
“Ruqayyah keluar seorang saja ke?” tanya ibunya sambil mengelap tangannya lalu duduk berhadapan dengsan Ruqayyah.
“Taklah. Nadia yang ajak. Dia kata nak pergi shopping. Jadi Ruqayyah temankan dialah,”
“Kalau korang berjumpa, tak ada benda lain. Mesti nak pergi melaram kan?”
“Mama ni. Ke situ pula dia. Mana ada. Ruqayyah saja nak keluar. Lagipun cuti ni Ruqayyah tak buat apa-apa pun,”
“Mama tahu. But you be careful out there,young lady.  I’m not there to watch you all the time,”
“Ya, mama. Ruqayyah tahulah jaga diri Ruqayyah,” Ruqayyah terus menghabiskan sarapannya. Lalu bangun dan terus ke pintu.
“Ruqayyah pergi dulu ya, mama,” ucapnya sambil bergegas keluar menuju ke perhentian bas. Nasibnya baik kerana bas yang sepatutnya ditunggu telah pun tiba. Ruqayyah terus menaiki bas tersebut. Tidak ramai yang menaiki bas hari ini. Terus Ruqayyah duduk di bahagian belakang.
“Aku kat dalam bas lagi ni. Lagi lima minit aku sampai,” ucap Ruqayyah lalu memutuskan talian. Niatnya untuk menghabiskan hari ini adalah dengan keluar bersama sahabat baiknya, Nadia. Penampilannya cukup menawan sesiapa yang memandangnya. Dia mengenakan T-shirt merah berjenama ‘MANGO’ dan berjaket kulit berwarna hitam serta jeans berwarna hitam. Tidak dilupakan kasut tumit tinggi kegemarannya dan beg tangan berjenama Padini, berwarna coklat.
Setibanya dia di bandar, Ruqayyah terus menuju ke Restoran McDonald, di mana Nadia sedang menunggunya.
“Wah, cantiknya kawan aku hari ni,” tegur Nadia.
“Mana ada. Kau tu lagi cantik tau. Tengok tudung manik kau tu. Style tau,”
“Dahlah. Jom kita pergi,” mereka pun berjalan di sekitar pusat membeli-belah. Kegemaran mereka semestinya menangkap gambar. Setiap kedai yang mempunyai cermin besar menjadi tempat mereka bergaya dan mengambil gambar. Kemudian mereka singgah di Baskin Robin. Ruqayyah memesan aiskrim perasa kegemarannya, vanilla.
“Kita nak pergi mana lepas ni?” tanya Nadia.
“Apa lagi, kita pergi tengok wayang la,”
“Nak tengok cerita apa?” Ruqayyah sedang asyik menikmati aiskrimnya. Pantang jumpa dengan kegemarannya, pasti perkara lain tidak dihiraukannya.
“Ruqayyah!” jerit Nadia.
“Ya. Aku tak pekak lagi la. Jangan lah jerit,”
“Aku tanya ni. Nak tengok cerita apa ni?”
“Nanti kita pergi survey lah,” mereka terus menuju ke kaunter tiket wayang. Setibanya mereka di tingkat lima itu, kelihatan semakin ramai orang berpusu-pusu beratur untuk membeli tiket wayang.
“Macamana ni. Ramai orang la,” Nadia mengeluh.
“Takpe. Biar aku belikan untuk kau. Meh sini duit,” kata Ruqayyah mempelawa khidmatnya untuk menolong Nadia. Tanpa bantahan, Nadia menyerahkan wang kepada Ruqayyah. Ruqayyah terus beratur di kaunter tiket. Ramai orang berhimpit-himpit, mencelah dan menolak antara satu sama lain. Tanpa disengajakan, Ruqayyah terlanggar lelaki dihadapannya akibat ditolak dari belakang.
“Sorry,” kata Ruqayyah kepada lelaki itu.
“Tak apa. Saya faham,” kata lelaki itu.
“Sesak kan kat sini?”
“Biasalah hujung minggu,”
“Saya tak biasa datang sini hujung minggu,”
“Macam nilah. Awak diri sebelah saya. Lagipun tujuan kita sama kan,”
“Boleh ke?”
“Boleh. Awak nak tengok cerita apa ni?”
Social Network,”
“Samalah. Tapi kan umur awak berapa?”
“16 tahun,”
“Awak tak boleh tengok cerita tu,”
“Kenapa?”
“Sebab cerita tu untuk 18 tahun ke atas sahaja,”
“Saya tipu jelah petugas tu,”
“Tak boleh,”
“Kenapa?”
“Pertama, Dia akan tengok tinggi awak. Then, baru tengok IC awak,”
“Amboi, sedap mengata,”
“Seriously, I was talking the truth,”
“Habis tu macam mana ni? Kawan saya nak tengok cerita ni,”
“Macam nilah. Awak bagi duit tu kat saya. Saya belikan untuk awak. Lagipun saya nak tengok cerita tu juga,”
“Menyusahkan awak pula,”
“Tak ada susahnya. Saya ikhlas nak tolong ni,”
“Terima kasih,”
“Sama-sama. Lupa pula. Nama awak siapa?”
“Ruqayyah,”
“Saya Hashim,” mereka berjabat tangan. Tiba giliran mereka pula untuk menempah tiket wayang. Agak gementer juga Ruqayyah apabila ditanya oleh petugas kaunter berkenaan umurnya. Mujur Hashim mengatakan bahawa Ruqayyah sekadar menemaninya sahaja dan yang akan menonton filem itu semuanya lelaki. Setelah selesai, mereka beredar daripada kaunter itu.
“Kata tak boleh menipu,” tegur Ruqayyah.
“Awak tengok saya ni macam budak tingkatan satu ke?”
“Ok, saya terima alasan awak tu,”
“Nah,” Hashim menyerahkan tiket wayang kepada Ruqayyah.
“Terima kasih. Eh, dua tiket?” tanya Ruqayyah apabila melihat tiket yang dipegang oleh Hashim adalah dua, bukan satu.
“Ha’ah. Saya datang dengan makwe saya,”
“Oh. Dia tak marah ke?”
“Nak marah kenapa?”
“Yelah. Mesti dia nampak kita beratur berdua tadi,”
“Takdelah. Kalau dia marah, saya boleh explain,”
“Ok. Thanks again,”
“Sama-sama,” mereka berdua terpisah. Ruqayyah terus menuju ke arah kawan-kawannya. Ruqayyah melihat kawan-kawannya sedang memerhatikannya.
“Korang ni dah kenapa?” tanya Ruqayyah kepada Nadia.
“Siapa lelaki tu? Dia mengorat kau ke? Siapa nama dia?” tanya Nadia.
“Takde siapa-siapalah. Dia dah tolong aku belikan tiket. Kalau tak tak merasa kita nak tengok Social Network,”
“Kenapa pulak?”
“Cerita tu hanya untuk 18 tahun ke atas je,”
“Tulah kau pendek sangat. Kalau orang cakap kau budak darjah enam pun orang percaya tau,” mereka terus tergelak sesama mereka.
“Sampai hati kau cakap macam tu,”
“Rileks lah. Aku gurau je,” mereka terus menuju ke tingkat tujuh kerana wayang tersebut akan ditayangkan di panggung di tingkat tujuh.
*****
“Sayang,” Hashim berjalan menuju ke arah Mira. Wajah Mira merah menahan marah dan cemburu sambil berpeluk tubuh.
“Kenapa ni, sayang?” tanya Hashim kepada Mira. Mira masih lagi mendiamkan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulutnya.
“Jom kita masuk,” ajak Hashim walaupun Mira masih lagi mendiamkan diri. Tangannya mencapai tangan Mira lalu ditariknya menuju ke tingkat tujuh. Mereka berdua masuk ke dalam panggung dan terus mencari tempat duduk mereka. Hashim memeriksa semula tiketnya. A-1 dan A-2. Nombor yang tertera pada tiket wayangnya. Kemudian mereka berdua masuk dan terus duduk di kerusi mereka. Mira masih lagi berdiam.
“Kenapa ni, sayang. Cuba cakap,” pujuk Hashim. Mira tidah mengendahkannya.
“Kalau macam ni kita balik jela,” ugut Hashim sambil berdiri. Belum sempat dia berlalu dari situ, tangannya ditarik. Memaksanya untuk duduk semula.
Sorry, sayang. I’m so jealous of what happened just now,” jelas Mira lalu memeluk lengan Hashim.
“Kalau cakap macam ni dari tadi kan senang. Takdelah I marah-marah,”
“Sorry,”
Let me explain, okay?”
“Okay,”
“Perempuan tadi tu dia nak beli tiket wayang juga. Tapi dia belikan untuk kawan dia sekali. Alang-alang nak tengok cerita yang sama, I bagilah dia beratur sebelah I. Tak adalah sesak. Lagipun dia baru 16 tahun. Kesian pula kat dia. Teringin sangat tengok cerita ni. So I tolonglah dia. Now do you understand, my dear?”
            “Alright. I understand,”
            “Sudah. Tak nak sedih-sedih lagi. Duduk diam-diam,” ujar Hashim.
            “Sayang, I sejuklah,”
            “Yelah. I faham,” kata Hashim sambil tangan kirinya memeluk bahu Mira. Mira pula memeluk pinggang Hashim. Mereka pun menonton filem tersebut bersama-sama.
            Satu jam lima belas minit kemudian, filem tersebut akhirnya tamat. Mira dan Hashim berjalan berdua berpegangan tangan. Di pintu keluar, mereka terserempak dengan Ruqayyah dan Nadia.
            “Ruqayyah,” sapa Hashim.
            “Hashim. Thanks again for helping me. It’s a wonderful movie” kata Ruqayyah.
            “It’s nothing-lah. Ni kenalkan. Mira. My Girlfriend. Mira, this is Ruqayyah,” kata Hashim sambil memperkenalkan mereka berdua.
            Nice to meet you,” kata Ruqayyah kepada Mira.
            Thanks. Nice to meet you too,” jawab Mira.
            “Oklah. Kitorang nak pergi shopping pula. Enjoy your day. Mira, you got a great boyfriend. Plus, he’s handsome,” kata Ruqayyah sambil berbisik memuji Hashim kepada Mira.
            Thank you,” jawab Mira.
            Got to go. Bye,” Ruqayyah terus mengejar kawan-kawannya yang menunggunya di tangga. Senyuman Mira tadi bertukar muram.
            “Sayang, lepas ni kita nak pergi mana pula,” tanya Hashim. Mira mendiamkan dirinya. Hashim tahu Ruqayyah ada cakap sesuatu yang menyakitkan hati Mira.
            “Kenapa pula kali ni,” tanya Hashim. Mira tetap mendiamkan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulutnya. Ingin sahaja dia meninggalkan Mira keseorangan di situ. Namun tidak sampai hatinya. Digenggam erat tangan Mira dan ditariknya. Dibanya Mira menuju ke restoran Mcdonald. Dia memesan set Big Mac dan Double Cheeseburger kegemaran Mira. Dibawanya ke tingkat dua lalu duduk di satu sudut.
            Now, tell me,” Hashim memulakan bicara.
            “Kenapa ni, sayang?” tanya Hashim.
            “Perlu ke nak tahu?” akhirnya Mira bersuara.
            “Perlu. Sangat perlu,”
            “Kenapa you ni handsome sangat?”
            “Kenapa pula?”
            “Semua orang terpikat dengan you. I rasa macam I ni tak sesuai je dengan you,”
            “I tak fahamlah,”
“Ruqayyah kata you handsome,
You should be proud to have someone handsome like me,”
“You tak faham,”
Oh, now I understand. You’re jealous,”
“Mana ada,”
“Then?”
“I cemburu,”
“Samalah tu,”
“Tulah you. Menggatal lagi dengan perempuan lain. I ni ditinggal-tinggalkan je,”
“Merajuk ea. Kalau merajuk, biar I habiskan double cheeseburger tulah,”
“Mana boleh. Ni I punya,”
“Tau pun. Awak ingat I tak ambil berat pasal you ke?”
“Buktikan,”
“Kenapa I belikan you double cheeseburger tu?”
“Entah,”
“Sebab I tau tu favourite you,”
“Lagi?”
“Sebelum I beli tiket wayang, ada I tanya you nak tengok cerita apa?”
“Apa kena-mengena?”
“I tau you nak sangat tengok cerita tu. I tahu kat Facebook. Lagipun cerita tu pasal Facebook juga kan?”
“Yelah. Better you shut your mouth up. I nak makan,” terus Mira menyumbatkan burger kegemarannya itu ke dalam mulutnya. Segala cemburu yang dialaminya hilang begitu sahaja dek kesedapan mengunyah burger daging dengan keju bergandanya itu. Hashim hanya mampu tersenyum melihat kekasihnya itu menikmati santapannya. Hashim turut menikmati santapannya. Sememangnya tidak sah sekiranya tidak makan Big Mac di Mcdonald itu. Pantang jumpa, pasti dia akan berhenti dan memesan benda yang sama.
Mira mengesat bibirnya dengan tisu. Hashim turut mengesat bibirnya. Kedua-duanya sudah selesai menikmati makan petang mereka. Tiba-tiba telefon bimbit Hashim berdering. Tergesa-gesa Hashim menjawab panggilan itu.
“Hello?”
“Hello. Ni Doktor Ahmad. Hashim, awak kat mana?”
“Saya kat bandar ni. Kenapa, doktor?”
“Dapat tak e-mail saya semalam?”
“Astaghfirullahalazim. Saya dapat tapi terlupa pula,”
“Tak apa. Macam ni. Petang ni saya datang ambil awak kat bandar. Tunggu kat KFC Persada. Kita pergi makan kat satu tempat special,”
“Ok, doktor,” Hashim terus mematikan talian.
“Doktor?” tanya Mira.
“Taklah. Member I. Semua orang panggil dia doktor,”
“Yeke?”
“Betullah,”
“Hashim, is there something you keep it from me?”
“Mana ada apa-apa,”
“Betul ni?”
“Betullah. You ni dah kenapa?”
“Salah ke I prihatin terhadap you?”
“Takdelah. You macam syak I something tau,”
“Memang pun. I rase tak sedap hati ni,”
“You lapar lagi tu. Kan?”
“Tahu takpe,”
“Tak padan dengan badan kecik. Tapi kuat melantak,”
“Apa dia?”
“Tak ada apa-apa. I pergi order lagi tau,” Hashim terus bangun dan menuju ke tingkat bawah. Semakin ramai pelanggan beratur pada waktu ini. Hashim beratur sambil memikirkan tentang rasional tidak memberitahu Mira perkara sebenar. Bukan niatnya untuk merahsiakan daripada pengetahuan Mira. Tetapi, dia tidak mahu melihat kesedihan terpancar daripada wajah kekasihnya.
Tiba-tiba, seseorang terlanggarnya daripada belakang. Lamunannya terhenti. Hendak sahaja dia marah. Tetapi apabila dia menoleh, wajahnya yang marah tadi bertukar terkejut.
*****
 “Ruqayyah, tu awek dia ea?” tanya Nadia apabila Ruqayyah mendekati mereka.
“Ha’ah. Kenapa?”
“Melepaslah aku nak berlakikan dia,”
“Jangan nak berangan ea. Langkah mayat aku dulu,”
“Amboi, lain macam je. Minat juga ke,”
“Mana ada. Aku gurau je,”
“Mengaku jelah yang kau pun minat kat mamat handsome tu,”
“Sudah. Kata tadi nak pergi shopping. Jomlah,”
“Jom,” mereka berdua terus berlalu daripada situ. Ruqayyah sempat menoleh ke arah mereka berdua tadi. Mira kelihatan muram sahaja. Hashim seperti sedang memujuknya. Ruqayyah tergelak kecil sendirian. Sudah lama dia tidak membuatkan kekasih lain saling mencemburui. Tabiat lama itu sudah lama terkubur. Namun sekali-sakala dia mencuba juga untuk keseronokan.
Mereka menuju ke Inner City, sebuah tempat yang dikatakan syurga membeli-belah kerana kebanyakan barangan yang dijual di situ murah-murah dan mengikut trend terkini. Satu persatu kedai mereka singgah. Kasut, baju, beg tangan, gelang, cincin dan macam-macam lagi yang mereka beli. Kemudian mereka keluar daripada Inner city lalu menuju ke Kedai Buku MPH. Seperti biasa, mereka ke bahagian novel untuk mencari novel kegemaran masing-masing. Mereka hanya boleh melihat sipnosis sahaja. Untuk membelinya tidak mereka mampu.
“Ruqayyah, pandang sini,” Ruqayyah menoleh apabila Nadia memanggilnya. Satu cahaya keluar daripada kamera Nadia menerangi sudut itu sepantas kilat. Ruqayyah terkejut dengan candid tersebut namun Nadia tertawakannya.
“Aku nak upload dalam Facebook gambar nilah,” kata Nadia.
“Janganlah. Tak cantik,”
“Suka hati akulah. Facebook aku,”
“Takpe,” mereka berdua tergelak bersama. Kemudian mereka keluar daripada situ lalu menuju ke tingkat dua.
“Sampai sini je, tiba-tiba aku mengidam Big Mac pula,” kata Ruqayyah.
“Kau tak perlu cakap pun aku da tau,” ujar Nadia sambil mengerling Ruqayyah. Mereka berdua terus menuju ke tingkat bawah dan terus beratur di kaunter pesanan. Sedang mereka berbual-bual, Ruqayyah terseliuh sehingga tumit kasutnya patah, menyebabkan dia hampir-hampir terjatuh dan terlanggar lelaki di depannya.
Sorry. Saya tak sengaja,” ucap Ruqayyah.
“Takpe. Eh, Ruqayyah,” rupa-rupanya yang dilanggar itu adalah Hashim.
“Hashim. Buat apa kat sini?”
“Makanlah. Takkan mRuqayyah snooker pulak kat sini,”
“Ya tak ya juga. Mira mana?”
“Ada kat atas. Jomlah join sekali,”
“Kasut saya ni boleh patah pulak tumit dia,”
“Beli baru je,”
“Macamlah saya ni banyak duit. Datang sini pun orang belanja,”
“Ni siapa?” tanya Hashim sambil menuding jari kepada Nadia.
“Saya Nadia,” ucap Nadia sebelum Ruqayyah memperkenalkannya.
Nice to meet you,”
“Thank you,”
“Sudah. Jangan nak gatal sangat. Tolong aku dulu ni,” kata Ruqayyah sambil memegang tumitnya. Nadia memapahnya ke kerusi yang berdekatan.
“Nadia. Kaki aku sakitlah,”
“Alah, tahanlah sikit,”
“Biar saya tengokkan,” Hashim terus melutut lalu memegang kaki Ruqayyah.
“Takpe. Sikit je ni,”
“Takpe. Biar saya tengokkan,” Hashim teus mengurut kaki Ruqayyah. Ruqayyah terdiam manakala Nadia tergamam. Mereka terpegun dengan sifat baik Hashim.
“Ouch!”
Sorry. Sekejap ea. Macam mana? Rasa ok ta?”
“Dah ok dah. Thanks,”
“Tak perlu berterima kasih. Perkara kecil je ni,” ucap Hashim sambil tersenyum. Ruqayyah tersipu-sipu malu.
“Ambil duit ni. Lepas ni awak pergi beli kasut tau,” kata Hashim sambil menghulurkan beberapa keping not RM50.
“Tak payahlah awak susah-susah. Simpan jela duit awak tu,”
“Ambillah. Saya  ikhlas nak tolong awak ni,”
“Ok,” Ruqayyah mengambil duit itu dan terus memegang kakinya semula. Hashim bangun kemudian berlalu daripada situ. Tetapi Hashim dihalang oleh seorang perempuan di hadapannya. Mira berdiri dihadapannya. Matanya berkaca dan mengalirkan air mata. Wajahnya merah menahan marah. Tanpa berkata apa-apa, Mira terus berlalu dari situ. Hashim mengejarnya.
“Ruqayyah, awek dia marahlah,” kata Nadia selepas menyaksikan kejadian tadi.
“Aku rasa serba salah pula,”
“Aku pun,”
“Kau nak serba salah kenapa pulak?”
“Aku serba salah sebab tak dapat mintak nombor dia,”
“Sempat lagi kau nak menggatal,”
“Yelah. Tadikan dia gaduh. Mesti lepas ni diorang break. Time tulah aku masuk line,”
“Jangan mimpilah,”
“Ruqayyah, baiknya dia. Siap bagi duit kat kau untuk beli kasut baru. Ni yang buat aku jealous ni,”
“Sudahlah kau. Jomlah kita pergi kat Padini tu,” Ruqayyah terus mematahkan tumit kasut yang sebelah lagi. Mereka berdua terus menuju ke kedai kasut berdekatan untuk menggantikan kasut Ruqayyah yang telah patah.
*****
“Mira!” Hashim menjerit sambil mengejarnya. Mira terus menuju ke perhentian teksi. Hashim sempat menangkap lengan Mira.
“Sudah! Lupakan I. You pergilah kat betina tu. I ni tak penting untuk you, kan?!” Mira terus masuk ke dalam teksi lalu meninggalkan Hashim sendirian tergamam. Dia menyeluk kocek seluarnya dan menekan butang telefon bimbitnya, cuba untuk mendail nombor Mira. Tetapi tidak dapat dihubunginya.
Dengan muka yang menahan marah, Hashim berlalu daripada situ. dia menaiki tangga menuju ke atas jejantas. Dia terus menuju ke lorong yang menghubungkan City Square dengan jalan yang bertentangan dengan bangunan Persada. Dia melihat jam di tangannya. Sudah jam 2.00 petang. Tinggal lagi 2 jam sebelum Doktor Ahmad mengambilnya di situ. Masa yang berbaki itu dihabiskan dengan berjalan menuju ke sekitar bandaraya Johor Bahru. Tempat pertama yang dituju adalah Bangunan Sultan Abu Bakar. Terletak lebih kurang satu kilometer daripada City Square. Dia duduk di satu sudut dan memerhati langit.
“Langit pun faham perasaan aku,” ujarnya setelah melihat awan gelap berkumpul di langit. Kemudian, dia bangun lalu menuju ke Plaza Kotaraya, terletak berhadapan dengan Bangunan Sultan Abu Bakar.
“Dah lama aku tak ke sini,” ujarnya. Langkahnya di situ mengingatkannya kepada kenangan semasa di zaman persekolahan dahulu. Plaza Kotaraya itulah yang menjadi tempat persinggahannya selepas waktu sekolah. Dia berjalan melalui kedai-kedai yang sering dilawatinya dahulu. Sudah bertukar pekerjanya. Dia berhenti di sebuah kafe. Kluang Railway Station, tempat pembuat kopi kegemarannya yang terbaik. Seperti biasa, kopi jugalah yang dipesannya.
Segala kesedihannya pada hari ini dapat juga ditenangkan. Sekurang-kurangnya dia dapat juga meredakannya. Dia memandang sekeliling. Kebanyakannya pelanggan di situ adalah pasangan kekasih. Terdapat sedikit perasaan cemburu lahir dari dalam dirinya. Kalaulah Mira tidak meninggalkannya, sudah tentu dia dapat merasakan kemanisan bercinta seperti mereka.
Jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Hashim menjelaskan bilnya dan berlalu daripada situ. Kakinya melangkah dengan perlahan. Tanpa disedari hujan renyai mula membasahi bumi. Rintik-rintik hujan turut membasahi tubuhnya. Hashim terus berhenti di perhentian berdekatan dengan KFC Persada. Terus dia duduk di atas bangku. Melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Waktu yang dijanjikan hampir tiba. Hujan semakin lebat. Dalam kesejukan hujan itu, dia masih mengenangkan peristiwa tadi. Perasaannya bercampur baur. Sedih, marah, kecewa, semua dirasakannya.
“Awak okay?” satu suara menyapa lamunannya. Hashim masih lagi mendiamkan diri, melayani lamunannya.
“Hashim?” satu tangan menyentuh bahunya. Hashim terkejut lalu menoleh.
“Ruqayyah? Awak buat apa kat sini?” tegur Hashim yang baru tersedar.
“Saya temankan Nadia. Dia teringin nak makan kat KFC pula,”
“Tak sangka boleh berjumpa lagi kat sini,”
“Awak pula, buat apa kat sini?”
“Saya tunggu kawan saya ambil saya kat sini,”
“Hashim, firstly, saya nak minta maaf,”
“Kenapa awak nak minta maaf pula?”
“Sebab saya dah banyak menyusahkan awak sampai awek awak pun marah-marah kat awak,”
“Tak perlulah awak mintak maaf. Bukan salah awak pun,”
“Lagi satu, saya nak ucap terima kasih pada awak,”
“Kali ni awak nak berterima kasih pasal apa pula?”
“Sebab hari ni awak dah banyak tolong saya,”
“Dah memang tabiat saya suka menolong orang. Tapi saya pun tak tahu kenapa sifat saya ni memakan diri sendiri,”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Sebab sifat baik saya ni je, dia nak jealous tak tentu pasal,”
“Awek awak? Siapa nama dia tadi?”
“Mira,”
“Oh. Saya pula rasa serba salah,”
“Tak perlulah awak nak rasa serba salah. Saya memang ikhlas nak tolong awak,”
“Tapi mesti dia jealous pasal tadi je kan?”
“Taklah. Awak nampak tak lelaki yang pakai cermin mata hitam tu,” Hashim menuding jari je arah bangku di seberang jalan. Terdapat seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam.
“Nampak. Kenapa?”
“Setiap kali saya keluar dengan Mira, saya mesti jumpa pak cik tu. Dia buta, miskin pula tu. Jadi dia tak mampu beli tongkat. Pak cik tu duduk situ sampailah ada orang duduk sebelah dia, barulah dia minta tolong untuk pergi tempat lain,”
“Kesiannya,”
“Mira selalu marah kat saya sebab jadi terlalu baik kat pak cik tu. Padahal bukannya saya tak layan si Mira tu terus. Saya nak sangat tolong pak cik tu tapi hari ini bukan saya tak nak tolong. Hari ni, dah ada orang temankan dia,”
“Siapa?”
“Tengok tu,” datang seorang perempuan muda berambut panjang duduk di sebelah pak cik tadi sambil membawa payung.
“Tu kawan saya. Dia pun selalu tolong pak cik tu,” kata Hashim lagi sambil mengangkat tangan kepada perempuan itu. Perempuan itu melambai semula ke arah Hashim.
“Awak ni baiklah,”
“Awak janganlah cakap macam tu. Kita ni manusia juga. Kenalah saling bantu-membantu,”
“Betul cakap awak tu. Awak dah tolong saya. Kali ni, biar saya tolong awak pula,”
“Awak nak tolong apa pula? Bukannya saya tengah kesusahan sekarang ni,”
“Takpe. Awak ambil kad ni. Tu nombor saya. Kalau ada apa-apa yang tak kena, telefon je. Nanti saya tolong awak,” Ruqayyah menghulurkan sekeping kad yang berwarna ungu, tertera nombor telefon sahaja.
“Apalah awak ni. Anyway, thanks for the card,” tiba-tiba, sebuah kereta mewah BMW Sport berwarna hitam berhenti di hadapan mereka.
That’s my friend. See you later, Ruqayyah,” ucap Hashim sambil melambai ke arah Ruqayyah dan terus menaiki kereta tersebut. Kereta itu terus memacu laju meredah hujan yang semakin lebat. Doktor Ahmad masih mendiamkan diri. Hashim masih tertanya-tanya, ke manakah Doktor Ahmad akan membawanya.
“Kita nak ke mana ni, doktor?” tanya Hashim.
“Hospital,”
“Kenapa pula?”
“Awak perlu buat check up hari ini. Pagi semalam doktor-doktor lain buat mesyuarat sebab penyakit macam yang awak kena ni kena buang pada tahap pertama lagi. Kalau dah masuk tahap kedua, agak susah nak ubat,”
“Doktor, takkan sampai macam gitu sekali. Takde notis awal ke?”
“Sepatutnya awak check up seminggu yang lalu. Tapi beberapa kali saya cuba hubungi awak hari tu tak dapat-dapat. Awak pergi mana?”
“Saya tak perasan. Telefon silent. Kredit pun habis nak SMS doktor,”
“Macam-macam alasanlah,”
Then, bila nak check up?”
“Lusa, pukul 5.00 petang,”
“Kalau macam tu, lusalah saya datang wad,”
“Tak boleh. Awak akan ditahan di wad bermula hari ni sebab ubat awak dah habis,”
Family saya tak tahu pasal ni. Macamana nak explain kat diorang?”
“Jangan risau. Saya dah pergi kat rumah awak tadi, cakap nak bawak awak pergi Kedah. Mak awak bagi so dia dah tolong kemaskan baju awak. Ada kat dalam bonet belakang,”
“Pergh, dah macam spy lah doktor ni,”
“Biasalah. Tengok oranglah. Dah, kita dah nak sampai ni,”
“Awal lagi ni. Jomlah kita pergi minum-minum dulu,”
“Memang nak pergi minum dululah ni. Saja je lalu depan hospital. Kita pergi Restoran Singgah Selalu. Amacam?”
“Kalau doktor yang belanja, saya on je,”
“Yelah. Saya faham sangat,” mereka berdua tertawa. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hadapan Restoran Singgah Selalu yang terletak berhampiran dengan persimpangan bertingkat menuju ke Danga Bay dan Larkin. Doktor Ahmad meletakkan kenderaan lalu terus masuk ke dalam restoran tersebut. Mereka terus memesan minuman dan berbual-bual.
*****
“Ruqayyah, ni untuk kau,” Nadia datang tercungap-cungap selepas meredah hujan. Dia berlari daripada KFC ke perhentian itu.
“Terima kasih,”
“Kenapa kau senyum-senyum ni?”
“Kau ingat tak kat Hashim?”
“Hashim mana ni?”
“Alah. Yang kita jumpa kat Mcdonald tadi tu,”
“Kejap. Oh, Hashim tu. Baru aku ingat. Kenapa dengan dia?”
“Tadi dia ada kat sini,”
“Yeke? Kenapa kau tak panggil aku?”
“Buat apa panggil kau? Lebih baik aku dating ngan dia je,”
“Alah. Aku syok kat dialah,”
“Kau jangan risau. Aku dah bagi kad kau pada dia,”
“Bila masa kau ada kad aku pulak ni?”
“Ingat tak hari tu kita tempah kad sama-sama. Lepas tu kita bertukar sekeping kad. Ingat tak?”
“Aku ada banyak kad. Kad yang mana ni?”
“Alah. Yang warna purple tu. Kad tulah yang aku bagi kat Hashim. Dia ingat tu nombor aku. Nasib baik kita buat kad tak letak nama,”
“Ye tak yelah. Ruqayyah, thanks. Kau memang kawan baik aku,”
“Sama-sama. Bak sini KFC tu. Aku nak makan jugak,”
“Nah,”
Thanks,”
“Ruqayyah, Hashim tu handsome kan? Baik pulak tu,”
“Bolehlah. Kalau dia couple dengan aku lagi sesuai kot,”
“Mana boleh. Dia aku punya. Kau jangan nak masuk line ea,”
“Aku gurau jelah. Aku tahu kau syok kat dia,”
“Ingat, Hashim tu aku punya,” mereka berdua terus tertawa. Mereka terus menunggu hujan untuk terus berhenti kerana mereka hendak ke perhentian bas yang berada di hadapan Pejabat Pos. Mereka perlu  berjalan lebih kurang satu kilometer daripada situ. disebabkan hujan turun dengan selebat-lebatnya, mereka terpaksa berteduh sementara di perhentian itu.
Sebenarnya dalam diam Ruqayyah turut meminati Hashim. Sikap baik Hashim membuatkan hatinya tertawan.  Tak sesekali pernah dalam hidupnya, selepas disakiti ada yang mengubati dalam jangka masa yang pendek. Walaupun dia belum memiliki hati Hashim, tetapi dia hanya mampu untuk meminatinya secara diam-diam kerana Nadia turut meminati Hashim. Mesti perit hati Nadia sekiranya Ruqayyah cuba untuk menambat hati Hashim. Kawannya itu belum pernah bercinta dan tiada seorang pun yang diminatinya. Namun hari ini, perkara itu berubah sama sekali. Ternyata kebaikan Hashim turut menambat hati Nadia. Terpancar satu kegembiraan pada wajah Nadia apabila berbicara tentang Hashim.
Hujan pun mula menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Mereka berdua membuat keputusan untuk bertolak. Langkah kaki dilajukan. Beberapa minit kemudian, tibalah mereka di perhentian tersebut. Mereka menunggu bas yang menuju ke arah Skudai kerana rumah mereka berdua terletak di Bandar Baru Uda. Bas yang ditunggu tiba hampir sepuluh minit. Mereka berhenti di Skudai Kiri lalu menaiki jejantas menyeberangi jalan utama. Kemudian, mereka berpisah kerana rumah Ruqayyah terletak di Jalan Jagung manakala rumah Nadia pula terletak di Jalan Padi Mahsuri.
Malam itu hatinya tak tenang. Dari tadi dia asyik tersenyum dan tertawa kecil. Niat di hatinya untuk mencari Hashim dalam rangkaian Facebook. Tetapi, berjuta pengguna yang mempunyai nama Hashim. Komputer ribanya dibiarkan terpasang. Dia merebahkan badannya di atas katil. Ruqayyah merenung siling biliknya.
“Kenapalah bodoh sangat aku ni. Kalau aku bagi nombor aku pun bukannya Nadia tau,” kata Ruqayyah dengan penuh penyesalan. Sepatutnya dia memberikan nombor telefonnya, bukannya nombor Nadia. Dia memang terasa cemburu apabila Nadia memuji Hashim. Hatinya ingin dimiliki oleh Hashim. Tetapi, disebabkan Nadia, dia terpaksa melepaskan perasaan tersebut. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Nadia pada skrin telefonnya.
“Hello?”
“Ruqayyah, dia call aku!” kata Nadia dengan penuh keghairahan.
“Dia cakap apa?”
“Dia mula-mula ingatkan kau. Tapi aku cakaplah yang nombor yang kau bagi tu nombor aku,”
“Dia tak marah ke?”
“Dia tak marah. Lepas tu aku cakap boleh tak nak berkenalan dengan dia. Dia cakap dia sudi jadi kawan dia. Sukanya aku!”
“Baru kawan je. Belum Jadi laki,”
“Kau jangan jealous. Someday, he will be my boyfriend,”
“Teruskanlah angan-angan kau tu,”
“Tapikan Ruqayyah, dia kata dia nak kawan dengan aku dengan syarat,”
“Apa syaratnya?”
“Dia mintak nombor kau,”
“Yeke? Tu ke syaratnya?”
“Ha’ah. Aku tanyalah nak buat apa dengan nombor kau. Dia cakap dia pun nak berkawan dengan kau,”
“Eloklah tu. Lagi pun dia dah banyak tolong aku. Lepas ni bolehlah mintak tolong dia lagi,”
“Kau jangan macam-macam ea.  Dia aku punyalah,”
“Rilekslah. Belum declare kan?”
“Yelah. Dahlah. Aku nak add Facebook dia,”
“Kau ada Facebook dia ke? Mintak boleh?”
“Sibuklah kau ni. Boleh. Kau search ‘Ampal Sampilut’ je,”
“Macam nama orang asli je,”
“Memang pun. Dia kata tu nama dia dalam slanga suku kaum Murut,”
“Yeke? Hehe. Patutlah aku cari tak jumpa. Nanti aku add dia,”
“Gatal jugak kau ea. Oklah. Got to go. Bye!”
“Bye,” talian terus diputuskan. Ruqayyah berasa gembira dengan apa yang baru didengarinya. Ini adalah satu peluang untuk mengenali Hashim dengan lebih dekat lagi. Terus dia melayari internet. Papan kekunci ditaip beberapa kali. Terpampanglah gambar Hashim di hadapannya. Dia terus mengalihkan cursor tetikusnya ke butang ‘Add as friend’. Kemudian, dia membuka album gambar Hashim. Ditatap sepuas-puasnya. Satu persatu gambar Hashim dipaparkan. Senyumnya semakin melebar apabila telefonnya berdering. Terpapar nombor yang tidak dikenalinya.
“Hello?” satu suara lelaki menyapa gegendang telinganya.
“Hello. Ni siapa?”
“Ni Ruqayyah ke?”
“Ya. Ni siapa?”
“Ni Hashimlah,”
“Hashim mana ni?”
“Lelaki yang awak langgar kat Mcdonald tadi,”
“Oh, Hashim tu. Macamana awak boleh dapat nombor saya ni?”
“Nadia bagi. Sampai hati awak tipu saya,”
“Mana ada tipu. Saya cuma tak bagitahu awak je. Hehe,”
“Apalah awak ni. Awak kat mana ni?”
“Kat rumah. Awak?”
“Kat rumah kawan,”
“Awak tak balik ke?”
“Saya ada hal nak bincang dengan kawan saya ni,”
“Oh. Hashim, saya dah add Facebook awak tau,”
“Yeke? Ni mesti Nadia yang bagi kat awak kan? Takpe, nanti saya approve,
“Hashim, nak tanya boleh?”
“Tanyalah,”
“Ni awak telefon saya ni, Mira tak marah ke?”
Actually, kitorang dah break off,”
“Kenapa pulak? Tadi happy je. Ni mesti hal yang kat McDonald tadi kan?”
“Ha’ah. Dia terus naik teksi dan terus blah,”
“Ruqayyah mintak maaf sangat-sangat,”
“Kan Hashim dah cakap. Tak perlu mintak maaf. Ruqayyah tak buat salah apa pun,”
“Yelah. Kalau saya pun mesti saya jealous punyalah,”
“Salah ke saya tolong awak tadi?”
“Sebenarnya, sebagai seorang perempuan, mestilah jealous sebab awak tolong perempuan lain,”
“Takkan pasal tu je dia nak cemburu sampai putus hubungan?”
“Hashim, saya perempuan jugak. Saya faham perasaan dia. Saya pun pernah rasa jugak,”
Really?”
“Yes. Sakit sangat kalau dapat tau kalau kekasih kita rapat dengan orang lain. Kita ni dihiraukannya,”
“So, saya yang bersalahlah sekarang ni?”
“Sebenarnya, takde sesiapa pun yang salah. Biasalah bercinta. Ada waktu sedih, ada waktu happy,”
“Entahlah. Saya tengah sedih sekarang ni,”
“Rilekslah. Bunga bukan sekuntum,”
“Awak kata awak boleh tolong saya kan? Jadi tolonglah saya sekarang ni,”
“Tolong apa?”
“Tolong buat saya gembira malam ni,”
“Ok, kita mRuqayyah teka-teki nak?”
“Ok,” mereka terus berbual sehingga larut malam. Selepas sejam, mereka berhenti berbual. Talian diputuskan. Ruqayyah menghadap komputer ribanya semula. Papan kekunci ditekan berulang kali. Dia melayari Facebook semula. Matanya memandang tepat pada skrin komputernya. Bibirnya mengukir senyuman. Terpapar gambar Hashim pada skrin komputernya. Malam ini hatinya begitu gembira sekali. Dapat juga dia berbual dengan Hashim. Namun jauh di sudut hatinya, rindu mula mekar. Timbul perasaan ingin dicintai semula. Angan-angannya itu diharapkan menjadi kenyataan agar hatinya terubat semula.
*****
Matahari mula timbul dari hujung dunia. Kegelapan mulai diterangi sedikit demi sedikit. Cahaya matahari menembusi celah-celah langsir bilik di mana Hashim ditempatkan. Hashim terjaga apabila silau matahari memancar pada mukanya. Dia terus bangun dan duduk di tepi tingkap. Pemandangan daripada biliknya begitu indah sekali. Selat Tebrau yang biru menghiasi hampir keseluruhan pandangannya. Sudah ada yang memulakan hari mereka pagi-pagi ini. Jalanraya mulai sibuk dengan lalulintas yang semakin padat. Kelihatan bot nelayan di tengah-tengah laut. Dia dapat melihat nelayan menurunkan pukat untuk mencari rezeki dalam keheningan pagi ini.
Pintu bilik dibuka. Hashim masih lagi mencampakkan pandangannya ke luar. Doktor Ahmad melangkah masuk.
“Eh, awal awak bangun hari ni,” Doktor Ahmad menegurnya. Tetapi Hashim masih lagi menikmati pemandangannya.
“Hashim, Hashim. Masih lagi tak berubah,” Doktor Ahmad memegang bahu Hashim. Barulah Hashim tersedar kehadiran Doktor Ahmad.
“Eh, Doktor. Bila Doktor masuk,”
“Itulah awak. Dah 2 tahun saya jaga awak. Macam ni jugalah setiap kali saya masuk bilik ni,”
Sorry, doktor. Tabiat lama. Bilik first-class. Siapa boleh tahan,”
“Bilik ni memang saya sediakan untuk pesakit yang special macam awak je tau,”
“Jadi, ada seorang lagi pesakit yang macam sayalah ni?”
“Macamana awak tahu?”
“Dah 2 tahun saya selalu masuk bilik ni. Ni baru pertama kali saya nampak katil lagi satu tu,” kata Hashim sambil menuding jari ke arah katil yang kosong di sebelahnya.
“Memang ada pun. Penyakit yang sama macam awak,”
“Ada juga yang temankan saya kat sini,”
“Lagi satu, budak tu perempuan tau. Sebaya dengan awak,”
“Doktor ni. Malulah saya macam ni. Kalau tiba-tiba dia masuk sini macam mana? Seganlah saya macam ni,”
“Rilekslah. Saya dah asingkan waktu dia masuk ke bilik ni dengan awak,”
“Selamat sikit,”
“Sudahlah. Jom kita buat check-up. Kang tengahari atau petang kita boleh pergi jalan-jalan,”
“Yeke? Allright. Tapi bagilah saya mandi dulu. Apalah Doktor ni,”
“Ok, ok. Saya tunggu awak kat bilik X-Ray,’
“Ok,” Doktor ahmad terus melangkah keluar daripada bilik itu. Hashim berjalan ke arah katilnya. Beg yang dibawa oleh Doktor Ahmad daripada rumahnya dibongkar. Hashim mengeluarkan tuala dan berus gigi. Dia terus menuju ke bilik air.
Beberapa minit kemudian, Hashim telah selesai mandi. Dia mengenakan seluar jeans birunya dan baju berwarna hijau. Rambutnya disikat kemas. Kemudian, dia mengambil telefon bimbitnya dan keluar daripada bilik itu. Sudah 2 tahun dia berulang alik ke situ. jadi, dia tahu sedikit sebanyak selok belok kawasan hospital itu. Dia menaiki lif untuk ke tingkat bawah. Kemudian dia singgah di kafeteria untuk bersarapan.
“Lama tak nampak,” tegur seorang perempuan kelihatan seperti 20-an yang merupakan peniaga di kafeteria itu.
“Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni,”
“Sibuk apalah tu,”
“Adalah. Tolong buatkan air kopi O. Ambilkan sekali karipap dua ketul tu. Bungkus ea,”
“Selalu kalau singgah sini mesti beli nasi lemak. Kali ni makan karipap je?”
“Saja tukar selera. Berapa ni?”
“RM2.00,”
“Nah,” Hashim menyerahkan dua keping RM1.00 kepada perempuan itu.
“Terima kasih,”
“Sama-sama,”
“Hashim, kali ni kenapa pulak awak masuk hospital?”
“Doktor Ahmad paksa,”
“Mana boleh macam tu. Takkanlah dia nak paksa awak,”
“Kata dia saya ni special patient dia,”
“Yelah tu,”
“Betul. Dia siap kata macam ni, “great patient come with special patient,”
“Apa-apa jelah awak ni,”
“Oklah. Saya pergi dulu. Terima kasih dengan kopi ni. Memang awak buat sedap,”
“Terima kasih,” Hashim terus berlalu dari situ menuju ke bangunan berwarna merah yang terletak lebih kurang 100 meter di hadapannya. Cepat-cepat dia menghabiskan sarapannya. Setibanya dia di situ, Hashim terus ke kaunter pendaftaran, bertanyakan tentang Doktor Ahmad. Petugas tersebut mengatakan doktor Ahmad sedang sibuk menganalisis sesuatu. Hashim membuat keputusan untuk menunggu dan meminjam suratkhabar yang baru sahaja habis dibaca oleh petugas itu. Hashim mengambil tempat di kerusi yang terletak berhadapan dengan bilik X-Ray nombor 3. Terus dia membaca suratkhabar itu.
“Awak,” satu suara menyapanya. Hashim tidak mengendahkannya.
“Awak kenal Doktor Ahmad ke?” Hashim berhenti membaca dan menoleh ke sebelah kanannya. Seorang perempuan berambut panjang sedang memandangnya.
“Doktor Ahmad? Kenal. Kenapa?” Hashim menjawab.
“Jadi awak ni pesakit dialah kan?”
“Macamana awak tahu ni?”
“Doktor Ahmad seorang doktor pakar. Jadi dia hanya merawat beberapa pesakit sahaja yang bersesuaian dengan kelayakannya,”
“So?”
“Jadi, dia pernah cakap dia ada rawat seorang lelaki yang sebaya dengan saya,”
“Kejap. Umur awak berapa?”
“18 tahun,”
“Jadi awaklah perempuan yang dimaksudkan doktor tu. Tak sangka boleh jumpa kat sini,”
“Awak yang dirawat kat bilik 3-01 tu ea?”
Yes, that’s me. Nama saya Hashim,”
“Saya Aisyah,”
“Awak baru masuk ke?”
“Ha’ah. Baru sebulan. Hari ni Doktor Ahmad telefon, kata ada hal mustahak. Jadi saya datanglah sini,”
“Baguslah awak datang awal,”
“Kenapa?”
“Rawatlah awal-awal sakit awak tu. Saya ni dah lama kena penyakit ni,”
“Berapa lama awak kena?”
“2 tahun,”
“Really? So sorry to hear that,”
“Tak payah nak sorry-sorry. Awak bukan buat salah pun,”
“Yelah. Awak kena sebab gastrik jugak ke?”
“Ha’ah. Awak pun?”
“Begitulah nampaknya,”
“Rumah awak kat mana?”
“Taman Impian Emas,”
“Oh. Saya duduk Taman Kemas je,”
“Dulu awak sekolah kat mana?”
“Masa form 5, saya belajar kat Teknik Azizah,”
“Teknik Azizah? Tu bukan sekolah perempuan ke?”
“Aisyah, sejak 2005 dah ada lelaki ea,”
“Tak tahu pulak saya. Course apa?”
“Katering je,”
“Mesti pandai masak kan?”
“Bolehlah sikit-sikit. Awak belajar kat mana dulu?”
“Saya masuk sekolah private. Ayah dengan ibu tak bagi belajar kat sekolah lain. Jadi suasana memang lainlah,”
“Mesti susahkan hidup kat sana,”
“Tau takpe,”
“Sabarlah. Mungkin ada sebab kenapa diorang masukkan awak kat situ,”
“Dahlah. Malas nak pikir lagi,”
“Ok,” sejurus kemudian, Doktor Ahmad menghampiri mereka.
“Aisyah, awak dah datang. Awak dah kenal dengan pesakit saya ni?”
“Sudah. Doktor Ahmad ada apa telefon saya?”
“Macam ni. Tadi ada meeting dengan doktor pakar yang lain. Hashim, awak kena jalani X-Ray. Berkemungkinan ada tumor. Aisyah pun kena jugak. Takut-takut ada jugak,”
“Bila nak buat?”
“Sekaranglah. Saya dah daftarkan awak berdua. Jadi awak berdua ikut saya,” mereka berdua terus mengekori Dorktor Ahmad. Aisyah masuk ke bilik bernombor 4 manakala Hashim masuk ke bilik nombor 6. Hashim hanya menurut kata petugas tersebut. Beberapa minit kemudian, mereka berdua keluar daripada bilik itu.
“Aisyah, jom pergi kafe. Kita minum dulu,”
“Ok jugak. Jom,” Hashim berjalan menuju ke arah Doktor Ahmad yang sedang berbual di kaunter.
“Doktor, kitorang pergi kafe dulu ea,” kata Hashim kepada Doktor Ahmad.
“Nanti apa-apa hal, saya telefon,”
“Ok,” mereka berdua berjalan menuju ke kafeteria. Mereka duduk di satu sudut berhampiran tiang dan cermin dinding. Hashim memesan air teh ais manakala Aisyah memesan milo ais.
“Hashim,”
“Ya,”
“Macamana awak rasa bila awak dapat tahu pasal penyakit awak?”
“Mula-mula tu sedihlah. Tambah pulak tengah frust masa tu. Tapi lama-lama saya cuba buat tak endah je. Jadi terbiasa dengan ubat,”
“Ubat? Banyak ke kena makan ubat?”
“Taklah banyak mana. 3 jenis je,”
“Banyaknya. Saya tak suka makan ubat,”
Trust me. Nanti awak akan menyesal kalau tak makan ubat,”
“Yelah,”
“Awak mesti sedih kan bila dapat tau pasal sakit awak ni,”
“Ha’ah. Hari-hari saya sedih. Mak saya mula risau. Tapi dia tak tau,”
“Samalah dengan saya. Saya tak bagitahu diorang pun,”
“Susahkan?”
“Tau takpe,” minuman mereka akhirnya sampai. Tiba-tiba telefon Hashim berdering. Hashim menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Hello?”
“Hashim, awak kat mana?”
“Kan saya dah cakap saya dengan Aisyah kat kafe,”
“Awak lama lagi ke kat situ,”
“Kenapa?”
“Lepas ni awak dengan Aisyah datang bilik awak. Saya tunggu awak kat situ,”
“Macam urgent je,”
“Memang pun,”
“Ok, ok. Nanti kitorang datang,” talian terus terputus. Hashim menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya.
“Kenapa, Hashim?”
“Doktor telefon. Dia suruh kita berdua datang wad kita,”
“Ada apa?”
“Tak tahulah. Katanya urgent,”
“Kalau macam tu, cepat-cepatlah kita minum,” mereka berdua menghabiskan minuman mereka dan membayar di kaunter. Mereka terus menuju ke lif dan naik ke tingkat atas. Mereka masuk ke bilik di mana mereka dirawat. Doktor Ahmad telah menunggu mereka. Dari riak wajahnya, terpancar wajah sugul dan risau. Hashim dan Aisyah masih tertanya-tanya akan kerisauan yang dihadapi oleh Doktor Ahmad.
“Aisyah,” Doktor Ahmad akhirnya bersuara sambil memandang Aisyah.
“Awak perlu datang bulan depan. Rawatan macam biasa,”
“Tu je ke?” Aisyah memandang Doktor Ahmad.
“Ya. Tu je,”
“Ok,”
“Hashim,” Doktor Ahmad berjalan menuju ke arah Hashim dan memegang bahunya.
You have to stay here. Kanser awak makin teruk. Terdapat tumor tumbuh dalam usus awak. So, besok awak perlu jalani satu pembedahan,”
“Doktor, jangan mRuqayyah-mRuqayyah. Saya oklah. Takkanlah sampai macam tu sekali,” Hashim cuba senyum selepas mendengar berita itu.
“Tak, Hashim. Keputusan X-Ray yang menceritakan segalanya,”
“Saya tak percaya. Bagi saya X-Ray tu,” Hashim meminta keputusan X-Ray. Doktor Ahmad menyerahkan sampul bersaiz besar. Terdapat dua keping filem X-Ray di dalamnya. Hashim mengeluarkan salah satu daripadanya. Memang jelas terdapat satu tompok putih yang mewakili benda asing dalam ususnya. Saiznya bukanlah kecil. Tetapi memenuhi hampir kesemua usus besarnya. Hashim terduduk di atas katil. Mukanya jelas menunjukkan satu kejutan dan kesedihan.
“Doktor, berjaya ke operation tu nanti?”
“50:50,”
“Astaghfirullahalazim,” air matanya tidak dapat ditahan lagi. Matanya berkaca, ditakung air mata. Pipinya menjadi landai air mata jatuh. Bibirnya diketap menahan sedih. Cadar katil yang didudukinya digenggam sekuat hatinya. Betapa sedihnya dia apabila mendengar apa yang diberitahu oleh Doktor Ahmad. Aisyah yang dari tadi mendengar turut mengalirkan air matanya. Dia pula menjadi risau akan penyakitnya.
“Aisyah, awak tak perlu risau. Penyakit awak tak begitu serius. Awak pulanglah dulu,” Doktor Ahmad cuba menenangkan Aisyah.
“Tak nak. Saya nak duduk sini sekejap,”
“I let you alone with him,” Doktor Ahmad terus meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu. Aisyah berjalan menuju ke arah katil. Kemudian, dia duduk di sebelah Hashim.
“Hashim,” Aisyah memanggilnya. Hashim masih lagi mendiamkan dirinya. Aisyah memegang bahu Hashim.
“Hashim, sabarlah. Janganlah macam ni. Awak kan kuat,”
“Saya tak sanggup nak hadapi semua ni. Mak ayah tak tahu. Awek tinggalkan saya. Saya dah tak sanggup,”
“Dahlah, Hashim. Tu semua dah berlalu. Awak perlu tenangkan diri awak tu,”
“Saya dah tak boleh nak tenang lagi dah,”
“Macam ni. Besok saya belanja Mcdonald,”
“Saya tak ada mood lah,”
“Janganlah macam ni. Saya nak belanja awak ni,”
“Oklah,”
“Macam nilah,”
“Dahlah. Awak baliklah dulu. Saya ada benda nak buat,”
“Oklah. Awak janganlah macam ni,”
“Yelah,”
“Bye,” Aisyah terus melangkah keluar daripada bilik itu dengan langkah yang perlahan. Sempat dia menoleh ke arah Hashim. Hashim masih lagi duduk di situ. Aisyah terus hilang di sebalik pintu.
*****
Ruqayyah terbaring sambil memegang telefon bimbitnya. Dari tadi dia asyik menekan butang telefonnya itu. Dia menghantar SMS kepada Nadia untuk menjelaskan perkara sebenar. Sebelum itu, Ruqayyah memberitahunya bahawa Hashim menelefonnya semalam. Nadia memarahinya kerana dikatakan cuba untuk memikat Hashim sedangkan Nadia sendiri sudah menjelaskan kepadanya bahawa Hashim adalah untuk dirinya. Ruqayyah cuba menenangkan Nadia dan memberitahu bahawa dia tak akan memikat Hashim. Tetapi SMS terakhir daripada Nadia membuatkan Ruqayyah merasakan jiwanya disentap.
From now on, u r not my friend,” begitulah yang tertera pada skrin telefon Ruqayyah. Ruqayyah berasa begitu sedih. Sahabat baiknya yang dikenali sejak dahulu lagi memutuskan hubungan kawan sesamanya. Ruqayyah berasa sedih. Beberapa SMS yang dihantar selepas itu tidak dibalas oleh Nadia. Ruqayyah terbaring memandang siling. Hatinya begitu kecewa. Sebelum ini, kekasihnya. Hari ini Nadia, kawan baiknya pula yang meninggalkannya.
Belum sempat dia mencampakkan telefonnya ke lantai, telefonnya berbunyi. Dia mengharapkan Nadia membalas SMSnya. Tetapi tertera nama Hashim pada skrin itu. Dia membuka SMS yang diterimanya itu.
“Ruqayyah, good morning,” SMS yang tertera.
“banyaklah awk punyer morning. Dah tengahari ni,” Ruqayyah membalasnya.
“hehe. Buat apa tu?”
“Baru lepas gaduh dengan Nadia,”
“Kenapa pulak?”
“Dia syok kat awak. Tp dier pikir sye cuba nak rmpas awak drpd die. Sebab sye bgtau dier yg awk kol sye smlm,”
“Apelah dier tu,”
“Ntahla, Hashim. Sye tak ada mood skang ni,”
“Janganlah. Sye baru nak mintak tolong awk happykan sye,”
“Sorrylah. Sye tak boleh tlg skang ni,”
“Ruqayyah, nak tnye something bleh?”
“Tanyalah,”
“Salah ke kalau sye bercinte semula?”
“It’s up to u. knape? Dah admire someone ke?”
“Ha’ah. Someone else?”
“Baguslah,”
“knape?”
“sekurang-kurangnya awk dah ade org yg bleh hepikan awk,”
“I don’t how to say it,”
“cakap jelah dengan die yg awk syg dier,”
“mcmane kalo yg sye ckp ‘someone’ tu awak,”
“mengarotlah,”
“tp sye tgah ckplah ni,”
“ckap ape?”
“yg sye admire kt awk dan sye mula syg kt awk,”
“Hashim, lbh baik awk admire Nadia. Dier tergila-gila kt awk,”
“tp hati sye nak kt awak,”
“I don’t know. Bg mase sye pkir dulu ea,”
“Okayy. Sye tunggu awk bg jawapan,”
“Okay. Sye ada hal. Laen kali ea kte msg. bye,”
“bye,”
Ruqayyah terus meletakkan telefon bimbitnya di sebelahnya. Dia sedang memikirkan situasi yang dihadapinya. Persoalan yang bermain di fikirannya adalah perlukah dia menerima Hashim dalam hidupnya sedangkan baru semalam dia mengenalinya? Memang dia menginginkan Hashim. Tetapi takkanlah sebegitu pantas dia perlu menerimanya? Macamana kalau Nadia dapat tahu akan perkara ini? Bagaimana perlu dia jelaskan pada Nadia nanti?
Fikirannya menjadi kusut memikirkan pelbagai persoalan. Lantas Ruqayyah bangun lalu tirainya tuala dan terus mandi. Sengaja dia melambatkan masa ketika dalam bilik air dengan harapan dapat meredakan segala kekusutannya. Setelah selesai, dia keluar daripada bilik air dan membuka almari bajunya. Dia memilih untuk memakai T-shirt berwarna merah jambu dan seluar track berwarna hitam. Dicapai telefon bimbitnya dan terus menuju ke tingkat bawah. Ibunya sedang sibuk di dapur. Ayahnya sentiasa sibuk bekerja. Jadi di rumah itu hanya ada dia dan ibunya.
Televisyen di ruang tamu dihidupkan. Ruqayyah mencapai remote control dan menekan butang tersebut berulang kali. Tetapi tiada satu pun cerita yang menarik perhatiannya. Dimatikan semula televisyen itu lalu menuju ke halaman rumahnya di depan. Halaman rumahnya begitu cantik sekali. Terdapat kolam ikan di satu sudut dan sebelahnya ada sebuah pondok kecil. Rumputnya seperti rumput yang terdapat di padang golf. Hijau dan halus.
Ruqayyah duduk di pondok itu lalu memandang ke arah kolam ikan. Beberapa ikan koi berenang bebas di dalam kolam tersebut. Sesekali ikan-ikan itu berkejar-kejaran antara satu sama lain. Ruqayyah berasa tenang melihat keindahan kejadian Tuhan. Ruqayyah mendongak ke arah langit. Sisipan awan begitu tersusun disertakan dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.
Kemudian, ibunya datang menghampirinya. Ruqayyah hanya tersenyum melihat ibunya yang sentiasa mengambil berat tentangnya.
“Kenapa, nak,”
“Tak ada apa-apa,”
“Anak mama ni jangan tipulah. Ni mesti ada masalah kan?”
“Mana ada. Apalah mama ni,”
“Ruqayyah kalau ada masalah mesti duduk kat sini. Ceritalah,”
“Mama, macamana mama jumpa papa dulu?”
“Nak tau ke?”
“Mestilah,”
“Dulu, masa tu mama nak tengok wayang. Tapi tak dapat sebab tak cukup duit. Jadi setiap kali mama keluar, mama mesti singgah kat panggung tu. Kat depan panggung tu adalah gerai cendol. Jadi mama selalu makan cendol kat situ,”
“Lepas tu?”
“Lepas tu, adalah sorang mamat ni. Dia kacau mama tengah makan. Sampai tertumpah cendol yang mama makan,”
“Yeke? Jahatnya,”
“Lepas tu papa datang belasah mamat tu. Terus mamat tu lari,”
“Then, papa buat apa lagi?”
“Papa belanja mama cendol. Lepas tu ajak tengok wayang. Seminggu lepas tu, terus kahwin,”
Expressnye. Cinta pandang pertamalah tu ea?”
“Ha’ah. Kelakar kan? Tapi tulah dia,”
“Sebut pasal cinta pandang pertama, Ruqayyah pun ada jugak,”
“Yeke? Siapa lelaki tu?”
“Ni kali pertama tau Ruqayyah kena cinta pandang pertama. Nama dia Hashim,”
“Ceritalah kat mama,”
“Macam ni. Semalam kan Ruqayyah tengok wayang dengan Nadia. So Ruqayyah belikan tiket untuk dia sekali. Orang tengah ramai, jadi ada orang tertolak Ruqayyah sampai terlanggar orang depan. Berbual-buallah dengan dia. Nasib baik dia tolong kalau tak, tak dapat tengok wayang tu,’
“Wayang apa?”
Social Network. Ruqayyah memang dah cukup umur. Tapi ketinggian yang tak cukup-cukup. So dia belikanlah. Lepas tu kitorang berpisahlah,”
“Tu je?”
“Ada lagi. Pastu Ruqayyah ajak Nadia makan kat Mcdonald. Entah macamana tumit kasut Ruqayyah boleh patah pulak. Terseliuh kaki Ruqayyah. Sampai terlanggar orang kat depan Ruqayyah. Rupa-rupanya, orang yang Ruqayyah langgar tu Hashim,”
“Laa yeke?”
“Betul mama. Mase tu memang tak sangkalah boleh jumpa dia lagi. Dia urut kaki Ruqayyah sampai elok. Siap bagi duit untuk beli kasut baru. Dia baik sangat,”
“Romantiknya. Beruntung anak mama ni. Tapi macam sama je dengan cerita mama tadi. Ruqayyah tiru ea?”
“Takkanlah Ruqayyah nak tiru cerita mama tu. Ni kisah benar. Baru terjadi semalam,”
“Then, Ruqayyah syok kat dia tak?”
“Mestilah, tapi Nadia pun minat dia jugak. Sampai tergila-gilakan si Hashim tu,”
“Kesian anak mama ni,”
“Tapi mama, Hashim SMS Ruqayyah tadi. Dia kata, dia pun syok kat Ruqayyah. Dia nak couple ngan Ruqayyah. Ruqayyah suruh dia bagi Ruqayyah masa untuk pikir,”
“Ruqayyah, pikirlah betul-betul. Jangan sampai terlepas pulak,”
“Tengah pikirlah ni. Kang terlepas kat Nadia, Ruqayyah jugak yang merana,”
“Bukan tu maksud mama. Mama maksudkan si Hashim tu,”
“Kenapa dengan dia?”
“Kadang-kadang cinta pandang pertama ni banyak dugaannya. Papa dulu ada penyakit. Lepas kahwin selalu masuk hospital. Mama selalu temankan dia kat hospital. Kalau tak, mesti dia menggatal dengan nurse kat situ. Mama taulah mama ni tak cantik sangat,”
“Mama Ruqayyah ni sentiasa cantik. Tapi, papa sakit apa, mama?”
“Gastrik je. Degil nak mampus. Suruh makan ubat taknak. Dapat ubat terus buang. Sekali masuk hospital baru dia menyesal,”
“Kelakarlah. Mesti mama manja-manja dengan papa kat hospital kan?”
“Biasalah. Nama pun suami isteri,”
“Mama, Ruqayyah laparlah,”
“Jomlah kita makan. Mama dah siap masak dah,”
“Mama masak apa hari ni?”
“Gulai ikan Sembilang, Kari Ayam dengan Kailan Ikan Masin,”
“Ni yang tak boleh tahan ni,”
“Kalau macam tu, jom pergi dapur,” mereka berdua terus masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur.

*****
Jam mulai berputar ke arah jam 4.00 petang. Hashim mula merasakan kebosanan berada di dalam hospital itu. Doktor Ahmad tidak membenarkannya untuk keluar daripada hospital itu. Entah mengapa hatinya begitu merindui Ruqayyah sedangkan baru tengahari tadi dia berbalas SMS dengannya. Akhirnya dia memutuskan untuk curi-curi keluar daripada hospital tersebut. Tetapi ke mana harus dia pergi? Niatnya itu dibatalkannya. Dia cuba membongkar almari di biliknya. Dengan harapan terubat jugalah kebosanannya. Akhirnya dia menjumpai sekeping kertas dan sebatang pen. Hashim terus menarik kerusi dan duduk di tepi tingkap. Pandangannya dicampakkan sejauh-jauhnya. Kemudian, pen yang dipegangnya menari-nari di atas kertas. Beberapa baris ayat ditulisnya.
Pintu bilik diketuk. Doktor Ahmad melangkah masuk ke bilik itu. Hashim masih lagi tidak menyedari kehadiran Doktor ke dalam bilik itu. Doktor Ahmad tersenyum dan menggelengkan kepala. Dia berjalan ke arah Hashim dan memegang bahu Hashim.
“Awak ok?” Doktor Ahmad bertanya kepadanya.
“Bolehlah,”
“Ni saya nak tanya awak ni,”
“Apa dia?”
“Malam ni awak nak ikut saya?”
“Pergi mana?”
“Danga Bay je,”
“Ikut Doktorlah. Saya ikut je,”
“Apa yang awak tulis tu?”
“Takde apa-apa. Sajak je,”
“Wah! Hebatlah awak ni. Saya jangan kata nak buat, nak bace pun garu kepala tau,”
“Alah, ni takde bendalah. Sajak biasa-biasa je,”
“Boleh saya bace?”
“Nah,” Hashim menghulurkan kertas tersebut kepada Doktor Ahmad. Doktor Ahmad membaca satu persatu ayat. Sajak itu seperti ini:

Ku pandang angin di kejauhan
Mengapa derunya begitu nyaman sekali
Sedangkan hati ini begitu bergelora
Tiap yang ku ingat
Hanyalah sekeping memori di saat pemergianku
Tiada yang lebih bermakna
Melainkan hatiku sudah menjadi miliknya

Kan ku kerling mataku
Agar melihat ke sebelah sana
Ada kapal yang belayar
Bagaikan seorang nakhoda yang hebat
Mengawal kapal dengan hebatnya
Sehingga satu masa
Karamnya kapal dilanggar ribut
Seperti itulah yang akan terjadi

Harapanku kepada mereka suci
Janganlah dirindui keberangkatanku
Janganlah ditangisi ketiadaanku
Hanya doa ku pinta
Buat bekalan di alam sana

Doktor Ahmad terdiam selepas membaca sajak itu. Entah mengapa dia ingin menangis tetapi dia cuba untuk menahannya. Dia menyerahkan semula kepada Hashim kertas itu.
“Hashim, saya ada hal. Saya pergi dulu ea,” kata Doktor Ahmad. Hashim hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Doktor Ahmad berjalan keluar ke arah pintu sambil mengesat matanya dengan lengan baju. Hashim keseorangan lagi. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. SMS daripada Nadia. Hashim membuka SMS tersebut.
“Hashim,” ringkas SMS yang diberi kepadanya.
“Ya,” Hashim membalas.
“Awk buad ape tu? Da mkn?”
“Dah. Awk?”
“Dah jugak. Nk tanye bleh?”
“Tnyela,”
“Kalau diberi pilihan, sama ada cinta atau rindu, mane yg awk akan pilih?”
“Sye plh rindu,”
“Knp?”
“Sebab kalo sye plh cinta, nanti tak best. Bek plh rindu. Indah dlm mencintai,”
“Ok, sye faham,”
“Knp ni? Is there something wrong?”
“Hashim, sye mula syg kat awk. Tp kesian kt Nadia. Dia pon minat kat awk jugak. Ape plak kate dier nanti kalo dier dpt tau,”
“Sye bleh explain kat dier,”
“tp kesianla. Dier tu bff sye,”
“Ok, so awk nak sye buat ape supaye dier ta tau,”
“sye ta tau,”
“Macam nilah. Awk sendiri ckp ngan Nadia. Sye bg number kwn sye ni. Ckp ngan dier member sye ni mcm Nadia jugak. Da lame kesepian,”
“Berjaye ke nanti?”
“Mesti berjaye punyer. Member sye ni kaki mengayat,”
“Ok, ok,”
“So, awk stuju la dgn tawaran sye tadi?”
“Tawaran ape?”
“Alaaa, yg tengahari tadi tu,”
“Yg mane?”
“Yg pasal kite,”
“Oh. Ya. Mane ade sye trime,”
“Jd awk ta cintakan sye la,”
“Ta. Tp sye ‘rindu’ kta awk,”
“Thanks, awk. I really appreciate that,”
“Same2. Tp awk kene janji dgan sye,”
“Ape dier?”
“Jgn tinggalkan sye. Sye syg awk,”
“Ye. Sye ade utk awk. Sye takkan tnggalkan awk,”
“Thanks, dear,”
“U’re welcome,”
“Awk, sye nak gambar awak,”
“Ambik jela kat fb sye tu,”
“Dah amek dah. Sye nk gambo awk yg belum sye tgok lg,”
“Ok2. Sye ambik gambar sekarang. Jap ea,”
“Ok,”
“Dah dapt?”
“Dah. Kenapa gambar macam kat dlm hospital je?”
“Mmg pun. Sye jumpe kwn sye,”
“Kwn awk saket ke?”
“Ta lah. Dier jd doktor kt sni,”
“Ohh. Awk, sye nk pegy mkn. Nnti kte msg lg ea,”
“Ok, syg,”
“ilysm,”
“ilyt,”
Hashim meletakkan telefonnya di atas meja. Dia merebahkan badannya ke atas katil. Keinginannya untuk bercinta semula kembali berputik. Namun wujud kebimbangan dalam kegembirannya itu. Pembedahan esok akan menentukan nasibnya. Tiada sesiapa pun yang mengenalinya tahu akan perkara ini. Apa yang perlu dia lakukan sekarang hanyalah berdoa agar dia selamat menjalani pembedahan itu.
Hashim mencapai kertas yang ditulis tadi. Dia menulis semula. Kali ini, apa yang ditulisnya benar-benar menyentuh hatinya. Gerak pen itu seiring dengan air matanya yang mengalir. Kemudian, dia melipat kertas itu dan diletakkan ke dalam laci. Dia bangun dan berjalan menuju ke tingkap. Sekali lagi Selat Tebrau menjadi perhatian matanya. Dalam hatinya menurut kata jiwanya untuk menikmati pemandangan itu sepuas-puasnya.
Malam itu, Doktor Ahmad datang ke bilik itu. Doktor Ahmad tidak lagi memakai uniformnya. Hanya ringkas berpakaian biasa. Hashim sedang menekan-nekan butang telefon bimbitnya. Tiba-tiba telefonnya terpadam.
“Awak dah siap, Hashim?”
“Doktor, ada charger tak?
“Kat rumah adalah. Besok jelah saya bagi awak,”
“Tulah Doktor. Tak pesan kat mak saya suruh bawakkan charger sekali,”
“Yelah, yelah. Dahlah. Jom,” Hashim menyimpan telefon bimbitnya ke dalam laci. Mereka berdua berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta. Mereka terus menaiki kereta tersebut dan menuju keluar daripada hospital itu. Jarak antara Danga Bay dengan hospital tidaklah begitu jauh. Beberapa minit kemudian mereka tiba di Danga Bay. Doktor Ahmad terus memandu ke arah tempat letak kereta. Apabila kereta Doktor Ahmad berhenti, mereka berdua terus keluar dan menuju ke Festive Street Mall. Mereka berjalan-jalan di dalam bangunan itu. Doktor Ahmad membawa kamera SLR berjenama Canon EOS50. Kebanyakan gambar yang diambilnya adalah gambar Hashim. Hashim melayani sahaja karenah doktor yang ligat bermain dengan kameranya itu.
“Doktor, tak pernah nampak pun doktor bawak kamera tu?”
“Ni hobi je. Kalau pergi bercuti memang tak lepas dengan kamera ni,”
“Ni yang saya jealous ni,”
“Kenapa pulak?”
“Dah lama saya mengidam kamera macam ni tau,”
“Nah. Awak gunalah,” Doktor Ahmad menghulurkan kameranya kepada Hashim.
“Seganlah nak guna,”
“Ambillah. Ambil gambar saya pulak,” Hashim mengambil kamera tersebut.
“Saya tak retilah guna kamera ni,”
“Macam ni, awak setting lens dia ni. Boleh tengok kat lubang ni. Ataupun awak tengok kat LCD ni je. Then, tekan butang ni kalau nak tengok gambar,” Doktor Ahmad mengajarnya cara-cara penggunaannya. Selepas beberapa gambar diambil, Hashim sudah mahir menggunakan kamera tersebut.
Sepanjang malam itu, mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Mereka minum, makan dan sempat juga mereka menyakat beberapa pengunjung yang ada di situ. Doktor Ahmad melihat jam tangannya. Sudah pukul 1.00 pagi. Doktor Ahmad mengajak Hashim untuk pulang. Mereka terus ke kereta di tempat letak kereta dan pulang terus ke hospital.
“Doktor, terima kasih,”
“Tak payahlah awak nak berterima kasih pada saya,”
“Saya takutlah besok,”
“Doa jelah banyak-banyak. Saya akan cuba yang terbaik,”
“Pagi besok ada apa-apa ke?”
“Sepanjang hari besok awak kene buat check up. Then, awak kena jumpa kaunselor,”
“Kenapa pulak? Dah macam sekolah pulak nak kena jumpa kaunselor,”
“Ni prosedur biasa. Ingat lagi kat Doktor Mariam?”
“Yang lawa tu kan?”
“Ha’ah. Dialah yang akan bagi awak kaunseling,”
“Makin semangat saya nak buat kaunseling. Tak sabar nak tunggu besok,”
“Gatal kau ea,”
“Biasalah. Jiwa muda,”
“Yelah,” mereka tiba di hospital. Hashim terus mengucapkan terima kasih kepada Doktor Ahmad  dan terus ke wadnya. Matanya menjadi berat, badannya lemah semacam. Katil di hadapannya bagaikan memanggil-manggil. Terus dia merebahkan badannya di atas katil. Matanya begitu cepat tertutup. Akhirnya dia terlena kepenatan.
*****
Jam di dinding menunjukkan pukul 2 petang. Petang Jumaat ini begitu terasa bahang matahari. Ruqayyah dari pagi menatap komputer ribanya di bilik. Semestinya Facebook yang dilayarinya. Hanya beberapa pengguna sahaja yang turut melayari bersamanya. Kemudian dia menekan pada gambar Hashim dan melihat pada dinding Facebook Hashim. Hatinya mula menjadi hancur. Kecewa, sedih dan marah bercampur baur. Kenyataan daripada Mira menyatakan hasrat hati untuk bersama Hashim semula telah mengubah segala perasaan yang Ruqayyah cipta untuk bersama Hashim. Ruqayyah tidak dapat menahan kesabarannya. Terus dia mencapai telefon bimbitnya. Ruqayyah mendail nombor Hashim.
“Hello!” nada marah membuak-buak keluar dari dalam benak hatinya.
“Kenapa ni, sayang?”
“Apa sayang-sayang?! Awak still dengan Mira kan? Kenapa awak tipu?”
“Tipu apanya? Dia sendiri yang kata nak putus hubungan,”
“Dekat wall awak dier siap tulis bersayang-sayang lagi. Dia sayang kat awak lagi,”
“Saya tak bukak Facebook pun. Macamana lah saya nak tahu,”
“Sudahlah. Awak tak payah cari saya lagi!” Ruqayyah terus memutuskan talian. Dia hampir mencampakkan telefon bimbitnya ke arah dinding. Tetapi tangannya menjadi lemah. Air matanya mengalir dengan derasnya. Dalam hatinya mengharapkan sesuatu yang indah. Tetapi luka lama berdarah semula. Dia sudah tidak percayakan sesiapa lagi.
Dia merebahkan badannya di atas katil. Telefonnya kerap berbunyi. Apabila Ruqayyah sudah tidak tahan dengan bunyi tersebut, dia terus mematikan telefon bimbitnya. Matanya sudah letih mengalirkan air mata. Dia menggosok-gosok matanya dan memandang siling biliknya. Tanpa disedarinya, mata yang penat itu sedikit demi sedikit tertutup dengan sendirinya. Akhirnya, dia terlena dibuai mimpi.
“Ruqayyah,” satu suara memanggilnya dalam kegelapan. Ruqayyah tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Kemudian keadaan menjadi terang benderang. Ruqayyah mendapati dirinya berada di dalam wad sebuah hospital. Terdapat beberapa orang mengerumuni sebuah katil di satu sudut bilik itu. Ruqayyah menghampiri kumpulan itu. Dia cuba melihat siapa yang terbaring di atas katil itu. Kemudian, orang yang mengerumuni katil itu tadi berjalan keluar. Tinggallah Ruqayyah seorang bersama pesakit itu. Ruqayyah melihat raut wajah pesakit itu. Ruqayyah bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hashim terbaring kaku di atas katil itu.
“Hashim, bangunlah,” Ruqayyah cuba mengejutkannya.
“Ruqayyah,” Hashim bersuara sambil membuka matanya.
“Hashim, kenapa awak terbaring kat sini? Awak sakit apa? Kenapa tak bagitau saya?”
“Ruqayyah, Masa saya telah tiba. Awak jaga diri awak tau,”
“Hashim, awak janji awak takkan tinggalkan saya. Saya perlukan awak,”
“Maafkan saya,” Hashim terus memejamkan mata. Tangisan Ruqayyah semakin menjadi-jadi. Kemudian keadaan menjadi gelap gelita. Ruqayyah bagaikan ditarik masuk ke dalam kegelapan. Ruqayyah melambai-lambai tangannya meminta pertolongan. Tetapi tiada siapa yang ada untuk menolongnya.
Ruqayyah tersedar daripada tidurnya. Peluhnya mengalir membasahi muka dan tubuhnya. Matanya dibeliakkan, terkejut dengan mimpi yang dialaminya. Dia melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dia terus bangun dan menuju ke arah bilik air dengan lemahnya. Sesudah itu, dia memakai baju tidurnya dan turun ke tingkat bawah. Televisyen di ruang tamu menjadi sasarannya. Mimpinya tadi cuba dilupakan. Walaupun siang tadi dia membenci Hashim, namun jauh ke dalam sudut hatinya, benar-benar menginginkan Hashim.
Ibubapanya sedang menonton berita di ruang tamu. Ruqayyah menuju ke dapur. Perutnya benar-benar berkeroncong kelaparan. Dia membuka tudung saji di atas meja. Masih ada lagi lauk-pauk yang dimasak oleh ibunya. Dia mengambil pinggan dan membuka periuk nasi. Makan malamnya hari ini penuh berselera. Setelah itu, Ruqayyah memncuci pinggan di sinki dan menuju ke ruang tamu.
“Anak mama dah makan?” ibunya menegur.
“Sudah mama,”
“Bagus. Hari ni Ruqayyah pergi mana?”
“Mana ada pergi mana-mana. Ada kat bilik atas,”
“Tak nampak pun,”
“Ruqayyah tertidur petang tadi. Ni baru terbangun,”
“Apalah anak mama ni,”
“Nama je anak dara. Tapi buat kerja tak nak,” ayahnya yang dari tadi membaca suratkhabar menegur dengan suara yang agak tegas. Ruqayyah terkejut dan hampir menangis. Ayahnya melipat suratkhabar lalu terus menaiki tangga. Ruqayyah terdiam dan ibunya cuba memujuknya.
“Sabarlah, Ruqayyah. Orang tua tu tengah pening kepala sebab saham syarikat jatuh lagi,”
“Takpe mama. Ruqayyah faham,”
“Mama naik atas dulu ea,”
“Ok,” Ruqayyah ditinggalkan keseorangan di situ. dia mencapai alat kawalan televisyen dan menekan-nekan butang. Beberapa rancangan menarik perhatiannya. Kadang-kadang dia tertawa sendirian melihat rancangan komedi.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Slot Mega Movie di TV3 menjadi hiburannya malam itu. dia menonton televisyen keseorangan. kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenalinya tertera pada skrin telefonnya.
“Hello?”
“Hello. Ni Ruqayyah ke?”
“Ya, saya. Ni siapa?”
“Saya Doktor Ahmad daripada Hospital Sultanah Aminah,”
“Ada apa telefon saya ni?”
“Takde apa-apa. Saya nak minta cik Ruqayyah datang ke hospital besok boleh?”
“Kenapa pulak? Saya tak sakit apa-apa pun,”
“Ni permintaan daripada kawan saya, Hashim,”
“Kenapa dia sendiri tak suruh saya datang sana?”
“Dia suruh saya sampaikan je. Nanti dia jelaskan sendiri,”
“Tengoklah macam mana nanti,”
“Ok, saya tunggu awak besok,” talian terus terputus. Kebimbangan Ruqayyah kembali menghantuinya semula. Pelbagai persoalan timbul bertalu-talu ke dalam kotak fikirannya. Mengapa Hashim menyuruhnya datang ke hospital? Mengapa tidak dia sendiri yang mengajaknya ke hospital? Siapa yang sakit di sana? Adakah mimpinya tadi adalah satu petanda atau mRuqayyahan mimpi sahaja?
*****
Doktor Ahmad terduduk di kerusinya. Setelah 5 jam pembedahan mengeluarkan tumor, dia kepenatan. Namun dia juga tidak seharusnya berehat. Keadaan Hashim perlu dipantau. Hashim koma selepas pembedahannya itu. sekarang, Doktor Ahmad hanya perlu menunggu. Sama ada, Hashim akan kembali ataupun tidak bergantung kepada Hashim. Permintaan Hashim sudah pun ditunaikan. Baru sahaja dia menelefon Ruqayyah. Doktor Ahmad menjadi risau. Hashim sudah berkelakuan pelik sebelum pembedahan lagi. Jika pembedahan itu berjaya, Hashim akan terus hidup. Tetapi keputusannya kini berada di atas tali. Perjuangan Hashim masih belum selesai. Dia harus sedar. Sedar daripada koma yang baru bermula tadi.
Di atas mejanya terdapat sekeping kertas. Kertas itu adalah jadual pemakanan yang Hashim perlu ambil dalam masa sehari. Ditenungnya dengan penuh kesedihan. Begitu berat dugaan yang perlu dihadapinya. Doktor Ahmad menindih kertas itu dengan telefon bimbitnya. Dia menyandarkan badannya ke belakang. Kerusinya yang empuk mendorong niatnya untuk tidur. Akhirnya dia terlena di atas kerusi.
Doktor Ahmad terjaga daripada tidurnya. Jam di tangannya menunjukkan sudah jam 5.00 pagi. Dia terus bangun lalu menuju ke keretanya lalu pulang ke rumahnya yang berada 1 kilometer daripada hospital. Setelah membersihkan diri, Doktor Ahmad datang semula ke hospital. Dia sempat mengambil charger yang diminta oleh Hashim. Begitulah rutinnya ketika kesibukan. Sebab itulah sehingga kini Doktor Ahmad masih lagi bujang walaupun umurnya hampir mencecah lewat 30-an.
Setibanya dia di pejabatnya, pembantunya mengekorinya. Cuba mengejar Doktor Ahmad yang asyik berjalan ke pejabatnya.
“Doktor!” pembantunya memanggil.
“Ada apa?”
“Ada seorang perempuan ingin berjumpa dengan doktor,”
“Siapa?”
“Katanya, Doktor yang suruh dia ke mari,”
“Awal betul. Panggil dia masuk ke pejabat saya,”
“Baiklah, Doktor,” Doktor Ahmad terus ke pejabatnya. Beg yang dibimbitnya diletakkan di atas kerusi. Dia memakai uniformnya. Kemudian, dia mengambil kertas di atas meja yang diletakkannya malam tadi. Ditenungnya kembali dan memikirkan sesuatu.
Pintu pejabatnya diketuk.
“Masuk,” pintu dibuka. Ruqayyah melangkah masuk ke dalam pejabat Doktor Ahmad.
“Ada apa Doktor suruh saya datang ke sini?”
“Silakan duduk,” Ruqayyah menarik kerusi di hadapannya dan terus duduk.
“Macam ni,” Doktor ahmad menyambung.
“Sebenarnya, Hashim yang suruh awak datang ke sini,”
“Kenapa pulak dia suruh saya datang ke sini?”
“Sebab dia ada kat sini,”
“Kat mana?”
“Mari ikut saya,” Doktor Ahmad terus berdiri dan melangkah keluar daripada pejabatnya. Ruqayyah mengekorinya daripada belakang. Mereka menaiki lif menuju ke tingkat atas. Doktor Ahmad menoleh ke arah Ruqayyah. Timbul kerisauan pada wajahnya. Pintu lif terbuka. Mereka berdua keluar dan belok ke arah kanan. Mereka berdua berhenti di hadapan pintu kedua daripada kaunter. Tertera ‘HASHIM’ pada pintu itu. Ruqayyah menjadi lebih terkejut. Terus dia membuka pintu bilik itu.
Sekujur badan terbaring di atas katil. Mukanya dipasang alat pernafasan. Matanya terpejam. Tiada sebarang pergerakan melainkan dadanya yang berombak bernafas. Ruqayyah melangkah perlahan menuju ke arah katil. Di dalam hatinya tertanya-tanya. Adakah ini mimpi? Adakah yang terbaring itu Hashim?
Langkahnya terhenti. Ruqayyah megetap bibirnya menahan sedih. Memang yang terbaring itu Hashim. Air matanya tidak dapat lagi ditahannya. Akhirnya mengalir juga. Doktor Ahmad menghampirinya.
“Sabarlah, Ruqayyah. Dia Cuma koma je. Dia baru selamat menjalani pembedahan,”
“Pembedahan?”
“Ya. Dia menghidap penyakit kanser usus. Terdapat tumor tumbuh dalam ususnya. Jadi saya terpaksa jalankan pembedahan semalam,”
“Dia akan selamat ke Doktor?”
“Dia selamat. Cuma perlu jaga pemakanannya. Awak ambil ni,” Doktor Ahmad menyerahkan sekeping kertas kepadanya.
“Ni apa?”
“Tu jadual pemakanan untuk Hashim. Saya hampir-hampir ikat tali ususnya. Tetapi ususnya mampu menampung pemakanannya,”
“Terima kasih, doktor,”
“Lagi satu, tolong pasangkan charger ni kat plug yang ada kat situ. caskan telefon Hashim,” Doktor Ahmad menyerahkan charger kepadanya.
“Awak duduklah kat sini. Mungkin dia akan tersedar. Saya ada hal sikit,”
“Ok,” Doktor Ahmad terus meninggalkannya. Ruqayyah duduk di atas kerusi di sebelah katil itu. Dia memandang kertas yang diberi oleh Doktor Ahmad. Jadualnya begitu padat teapi pengisiannya ringkas. Hashim perlu makan dalam kuantiti yang sedikit akibat pembedahannya semalam. Dia merenung wajah Hashim. Air matanya masih lagi mengalir. Dia mencapai tangan Hashim. Digenggamnya lembut. Kepalanya diletakkan di atas katil.
“Hashim,” Ruqayyah cuba berbicara dengan Hashim.
“Kenapa awak tak bagitau saya yang awak sakit. Saya rasa serba salah sebab marah awak semalam. Saya tak patut marah awak semalam. Kalau saya tahu awak kena operation, saya takkan marah awak semalam. Saya minta maaf,” tangisannnya semakin menjadi-jadi. Dia berasa amat menyesal akan apa yang telah dilakukannya semalam. Timbul perasaan serba salah terhadap Hashim.
“Awak dah janji takkan tinggalkan saya. Tapi kenapa bila saya sayang awak, awak dah nak tinggalkan saya. Kenapa,” tangisannya tidak dapat dihentikan.
“Saya takkan tinggalkan awak,” Hashim mulai bersuara. Matanya mula terbuka. Ruqayyah gembira apabila Hashim mula tersedar.
“Awak jangan bangun,” Ruqayyah menghalang Hashim daripada bangun.
“Maafkan saya, Ruqayyah. Saya tak sanggup melihat awak sedih macam ni. Bukan saya tak nak beritahu awak. Tapi saya tak reti nak cakap macamana,”
“Cakap jela. Bukannya awak bisu,”
“Amboi. Pandai betul bercakap,”
“Yela. Orang risaukan awak. Awak boleh buat saya macam ni,”
“Saya baru nak bagitau semalam. Habis tu, ada orang marah kita kan. Takkanlah kita nak kacau orang tengah marah kan,”
“Sorry. Saya tak patut marah awak semalam. Bukan salah awak pun,”
“Dahlah. Lupakan jelah. Saya tengah lapar ni,”
“Kejap lagilah kita makan. Ok, sayang?”
“Ok,”
“I’m so worry about you,”
“Don’t worry. I’m here. Tolong ambilkan air,”
“Ok,” Ruqayyah bangun dan berjalan keluar untuk membeli air. Hashim masih lagi terbaring di atas katil. Entah kenapa badannya terasa begitu lemah sekali. Hashim tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya boleh menggerakkan tangannya sahaja. Matanya terasa sangat mengantuk. Matanya terpejam semula.
Tiba-tiba muncul cahaya terang. Satu lembaga bercahaya putih menghampirinya.
“Nenek?” Hashim terkejut kerana lembaga itu adalah neneknya.
“Nenek tengah tunggu kamu ni,”
“Kita nak pergi mana ni, nek?”
“Kita nak pergi jauh, cu,”
“Tapi Hashim nak duduk sini lagi,”
“Tak boleh, cu. Cu kena ikut nenek jugak. Jom,” neneknya menghulurkan tangannya. Hashim menyambut tangan neneknya. Air mata menitis lagi.
Ruqayyah masuk ke dalam bilik membawa dua tin air yang dibelinya. Dia memandang Hashim. Sangkanya Hashim sedang tidur. Apabila dia mendekati Hashim, Ruqayyah menggenggam tangan Hashim. Sejuk. Ruqayyah meletakkan tangannya di atas dada Hashim. Tiada degupan. Air matanya mengalir deras.
“Tolong!” Ruqayyah menjerit. Pintu bilik dibuka. Beberapa jururawat meluru masuk. Kemudian, Doktor Ahmad pula masuk ke bilik itu. Ruqayyah tersandar pada dinding. Air matanya masih mengalir. Bilik itu menjadi kecoh. Doktor Ahmad menjalankan CPR. Mereka berusaha untuk menyelamatkan Hashim.
*****
“Ruqayyah?” Doktor Ahmad memegang bahunya. Ruqayyah masih lagi terduduk beralaskan tikar mengkuang di hadapan kubur.
“Sudahlah, Ruqayyah. Dia dah pergi. Kita sedekahkan Al-Fatihah je untuk dia,”
“Kenapa sekejap sangat,”
“Ajal maut di tangan Tuhan. Kita tak boleh nak halang,”
“Saya sayangkan dia,”
“Sudahlah, Ruqayyah. Jom kita pergi. Janganlah kita seksa dia lagi,” Ruqayyah bangun perlahan dan berjalan mengekori Doktor Ahmad. Sempat juga dia menoleh ke arah pusara Hashim. Air matanya masih belum kering lagi. Doktor Ahmad menghantarnya pulang.
Di rumah, selera Ruqayyah berkurangan. Dia kerap berkurung di dalam biliknya. Lagu ‘Percaya Padaku’ nyanyian kumpulan Ungu diulang-ulang. Gambar Hashim sentiasa ditatap. Hatinya benar-benar terkilan dengan pemergian Hashim. Baru sekejap dia merasai cinta Hashim. Tetapi Hashim telah meninggalkannya untuk selamanya. Dia berbaring di atas katilnya. Bantal dipeluknya sambil menggenggam sapu tangan. Matanya sudah lama mengalirkan air mata. Tanpa disedarinya, dia terlena.
Hari-hari mendatang menjadi lebih sugul buat Ruqayyah. Setelah sebulan lebih bercuti dan tahun 2010 pun hampir menutup tirainya, tiba masalah untuk persekolahan bermula. Bagi Ruqayyah, dia akan menjalani SPM pada tahun 2011. Hashim sudah lama meninggalkannya. Ingatan tentang Hashim kekal dalam ingatannya. Dia harus meneruskan perjalanan hidupnya. Dia cuba untuk menjadi tabah.
Telefon bimbitnya berdering. Ruqayyah menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu.
“Hello?”
“Ruqayyah, ni Doktor Ahmad,”
“Ada apa, Doktor?”
“Saya kemas-kemas wad Hashim semalam. Saya terjumpa sekeping kertas yang ada nama awak. Mungkin daripada Hashim. Awak ada kat rumah tak sekarang ni?”
“Ada. Doktor hantarlah kat rumah saya,”
“Ok. Saya datang sekarang,” talian diputuskan. Ruqayyah menjadi sebak bila ada lagi bingkisan yang berkaitan dengan Hashim. Tangisnya ditahannya juga.
Beberapa minit kemudian, Doktor Ahmad tiba  di rumah Ruqayyah. Ruqayyah terus keluar dan berjumpa Doktor Ahmad.
“Ni dia,” Doktor Ahmad menyerahkan sekeping kertas yang dilipat. Tertera nama Ruqayyah di atasnya.
“Saya jumpa kat dalam laci kat bilik tu. Mungkin dia tulis sebelum pembedahan tu lagi,”
“Doktor nak baca sekali?”
“Takpelah. Saya ada hal nak buat. Awak jangan sedih-sedih lagi,”
“Ok,” Doktor Ahmad terus meninggalkannya. Ruqayyah berjalan masuk terus menuju ke biliknya. Ruqayyah tidak sabar untuk membuka kertas itu. sesampRuqayyahya dia di biliknya, Ruqayyah terus membuka kertas itu.
PERCAYA PADAKU
Ungu

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
chorus
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat chorus

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat chorus

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
Ruqayyah, lagu ni sesuai dengan kita. Saya tau yang saya dah tak lama dah kat sini. Awak jagalah diri awak baik-baik. Nyanyilah lagu ni dan awak akan teringat kat saya. Percayalah, saya sentiasa ada di sisi awak selamanya. Awak jangan lupakan saya. Saya sentiasa sayangkan awak. I love you, my dear…

Ruqayyah memeluk kertas itu. Dia benar-benar rindu akan Hashim. Selepas membaca kertas itu, dia berasa sedikit tenang. Dia sedar, jikalau menangis sekalipun, Hashim takkan kembali hidup. Apa yang perlu dilakukannya adalah memenuhi wasiat Hashim. Kertas itu diletakkan di dalam bingkai gambar. Bingkai itu disimpan di dalam lacinya. Ruqayyah sudah bersedia untuk memulakan hidup baru. Walau besar mana pun halangan yang mendatang, dia akan hadapinya. Dia takkan sesekali melupakan cintanya terhadap Hashim. Itulah janjinya terhadap arwah.











The End

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati