Sunday, April 3, 2011

DENGARKANLAH WAHAI WANITA IDAMAN

tatkala aku kesedihan..
kau muncul dengan senyuman..
hatiku terpaut dengan kejujuranmu..
bila mataku terpandang wajahmu...

pertama kali merakamkan potret bersama...
di waktu dikau kesibukan..
aku memanggilmu demi kasih kita..
ketika itu aku memakai persis seorang chef..
dan kau biasa dengan seragammu...

pertama kali hubungan kita diketahui ramai..
ku katakan kepada mu..
bahawa aku sanggup menerima apa sahaja..
tak ku peduli dengan apa yang mereka bicarakan tentang kita...
apa yang aku peduli..
perasaan dan keselesaanmu...

bila guru memanggilku..
bertanyakan tentang kita..
aku bersahaja membenarkan katanya..
aku dihalang untuk bersamamu..
namun persis hati ini membara..
terus membuat ku mempertahankan hubungan kita...
walaupun dibenci oleh si pengajar ilmu...

sewaktu kita keluar bersama...
aku cuba untuk menggembirakanmu..
cuba membuat kau tersenyum..
kadang hati ini berbicara..
gembirakah dikau keluar bersamaku...
atau duka bertaut di hatimu...
kegemaranmu cuba ku penuhi..

pernah sekali kita merenung ke bawah dari tingkat atas..
melihat sekumpulan orkestra kecil berdendang..
mula ku bertanya kepada mu akan perkahwinan kita..
50 000 perlu ada untuk bersama..
itulah janji yang ku sematkan selalu...
begitu jua ketika kita melepasi kedai pengantin...
angan-angan ingin kelihatan indah nanti..
di atas pelamin, senyum menawan...
janji yang kau tautkan bersamaku...

bila ku di dewan peperiksaan..
aku tahu...
aku sedang merancang masa hadapan..
aku hampir tewas..
namun kau datang memberi sokongan..
sedaya upaya aku berusaha...
demi mengikat janji dengamu..

tatkala keluarnya keputusan peperiksaan..
hati ini gundah gulana...
kedegilan menguasai diri untuk tidak pergi ke sana...
bimbang akan tewas di hadapan guruku...
tetapi dikau memanggil ku datang..
ku tinggalkan kerja di dapur...
menuju ke sekolah..
dan duduk di hadapan guru...

kejayaanku bukanlah milikku seorang...
milik kau jua..
kerana dikaulah yang memberi semangat kepadaku..
untuk terus berjuang sehingga ke titisan akhir...
terima kasih, gadisku...

tiba masa dikau pula berjuang...
dikau ingin melepaskanku..
aku menolak dengan alasan hati yang tidak ingin kesepian..
namun dengan lembut kau berjanji...
memintaku menantikan mu selepas perjuangan nanti...
ku genggam janjimu..
dengan harapan akan kau kotakan janjimu itu..

bila tiba hari itu...
kau dipanggil untuk ke Negeri Sembilan..
untuk tiga bulan lamanya..
pintamu untuk ku menunggu lagi..
dan ku genggam janjimu itu...

sepulangnya kau ke sini..
kau khabarkan kepadaku...
hatimu sudah dimiliki orang...
tidak ku mengungkit janjimu yang kau bukukan dahulu...
lalu ku berkata dengan sayunya kepadamu...
"Terima kasih."...
tanpa sepatah pun aku tidak mengganggu hidupmu lagi...
sebaliknya kenangan kita menghantui khayalanku...
mengapa sukar untuk ku lupakan dirimu....
mengapa kau pergi kepada lelaki lain..
sedangkan aku di sini menunggumu...

kini aku keseorangan...
dalam hati masih mengharapkanmu...
masih memekik hati ini..
berkata kau akan kembali...
dan aku akan menunggu kepulanganmu..
membawa janji yang terbuku dahulu...
untuk menyambung kisah yang terputus di tengah jalan...
mencintai dan dicintai bersama...
mengulang kembali kenangan bersama dahulu..
aku akan tunggu...
walaupun nafas ini tak lagi berhembus pada sekeliling manusia...


No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati