Saturday, August 1, 2015

KEHIDUPAN: Demi Awak, Saya Sanggup

Seperti Adrenalin.
Buat apa sahaja pun mampu.
Angkat batu, tolak lori.
Kerana aliran darah yang laju.
Membuatkan diri menjadi kuat.

Begitulah Cinta.
Sanggup lakukan apa sahaja.
Untuk satu tujuan.
Diterima, dihargai.

Begitu juga segala perbuatan.
Yang telah dilakukannya.
Tanpa disuruh sesiapa.
Atas kerelaanku.
Atas permintaan hatiku.
Kerana dengan cinta.
Hidup rasa hidup.

Kerana sayang itu sudah bertaut di hati
Rindu sudah menguasai jiwa.
Kerana itu jugalah menjadi sebab.
Sebab untuk mencintai dan dicintai.

Usahlah risau.
Usahlah ragu.
Kerana keikhlasan itu ada.
Cuma perlu sesuatu darimu.
Penghargaan dan penerimaan.
Cukup sekadar itu.
Mampu membuatkan aku terus hidup.

Terima kasih.
Beri peluang padaku.
Untuk menghargai dirimu.
Dengan cara membantu dirimu.
Senyumlah wahai bintang hati.
Kerana adanya aku untuk membahagiakanmu.


No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati