rindu lama terubat jua
insan yang kucari telah ku temui
mengenali dengan pertemuan yang dirancang
tatkala jiwa mendambakannya
menanti suatu kepastian pula
apakah hati ini sudah bersedia
atau bolehkah ia menerima diri ini
sedangkan gementar berlegar dalam hati
menjadi suatu penghalang kepadaku
untukku berbicara dan berkias kata
bukan sukar untukku mengenalinya
walau dia berada dalam kalangan khalayak
perlu aku pejamkan mata
dan rasakan denyutan nadi jiwanya
dengan tenang dan penuh pengharapan
bila ku bukakan mata
terpandang aku pada wajahnya
wajah yang sentiasa menghiasi ruang khayalan malamku
menjadi rutin mimpiku
jua hiasan angan-anganku
semoga perkenalan ini kekal berterusan
tidak diputuskan atas dasar cemburu atau perkelahi
semoga maut sahaja yang dapat memisahkan kita
namun kenangan tetap terukir pada ingatan
mencipta, tercipta dan diciptakan
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...