Assalamualaikum...
apa khabar semua??
mintak maaf laa kat follower and blog-walker semua sebab da lame ta update...
maklumlah..
pelajar IPT la katekan...
ni pon da lepas hantar segala macam assignment...
jadi mesti korang tertungu-tunggu apa yang SP akan update kali ni kan?
banyak benda sebenarnyer...
cuma SP akan kongsi beberapa perkara yang SP rase patot dikongsi laaa....
pertama...
sebot pasal demokrasi, semua orang tau.. tapi kalo sebot pasal pendemokrasian pendidikan, ramai yang tak jelas tentang tujuannya. pendemokrasian ni bertujuan memberikan hak pendidikan yang sama kepada semua kaum. yelaa. dulu kan, pendidikan diberikan berdasarkan status sosial. sekarang dah takde lagi. tetapi, melalui konsep demokrasi itu sendiri, SP nampak benda tu tak lagi diamalkan oleh murid-murid di sekolah. Cina dengan Cina, India dengan India, Melayu dengan Melayu. jadi, kat mana konsep tersebut pada hati murid-murid atau anak-anak kita masa kini? SP ada tanya pendapat kawan2 SP. ramai mengatakan bahawa mereka lebih selesa dengan kaum sendiri kerana persamaan budaya dan komunikasi. ada juga yang mengatakan bahawa mereka sendiri diajar untuk tidak bergaul dengan kaum lain. adakah ini contoh modal insan pada masa akan datang? SP ak kate semua orang laa, cuma SP tengok makin menjadi-jadi pulak. Ape salahnye kalo kita bergaul sesama kaum lain. boleh kita kongsi pendapat dan idea. lain orang lain pendapatnyer. harap kita semua ambil iktibar daripada usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan bangsa negara kita ni.
kedua...
perihal bunuh diri semakin menjadi-jadi sekarang ni. ape puncanya? ramai yang menyalahkan ibu bapa kerana tidak menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka sebaliknya lebih menumpukan kerja sahaja. tetapi janganlah kita salahkan mereka. kita perlu tanya diri kita. dari mana anak-anak kita semua tahu pasal bunuh diri ni? pada SP, mereka banyak menonton filem-filem dan cerita daripada kaca televisyen. sedih jer, bunuh diri. frust jer bunuh diri. drama la katakan. tetapi drama tersebut memberikan impak yang negatif kepada sesetengah orang yang berfikiran pendek. adakah media menjadi puncanya? ya, antara yang menjadi punca lah. tetapi ada juga penyebab lain macam faktor persekitaran. seharusnya masyarakat perlu membimbing insan-insan sebegini daripada terus menyalahkan dirinya sendiri dengan bergaul dan membuatkannya gembira. hina sangat ke kalau kita berkawan dengan mereka? bukankah kita dilahirkan untuk sama-sama menciptakan kebahagiaan? ni cuma pendapat SP la.. nak terima, ambil. kalo tak nak, fikirkanlah akibatnya kalau terjadi kepada keluarga kita sendiri.
ketiga...
SP da lame jugak tak jenguk blog ENGKU SOFEA... sejak SP banyak cerita pasal dier dalam blog ni, SP baru tahu ada seorang yang jeles ngan SP sebab cerita pasal ENGKU SOFEA. cukupla sekadar SP menggelarkannya "H" dalam blog ni. H ni ada tanya SP pasal ENGKU SOFEA. SP pon cakap la yang ES ni kawan belog jer. tapi si H ni macam jeles jer. sebab ape taw. sebab lepas jer dier taw pasal ES, terus menerus dier jenguk blog SP, sebab nak tengok SP ada cerita pasal ES lagi ke tak. tapi takpelaa... SP ta anggap benda ni menganggu. Cuma kesian kat dia yang da lama berharap sampai da dapat, tapi dikecewakan kerana perkara kecil sebegini. ha? siapa H? hehehe... adelaaa....
keempat...
SP sekarang dalam dilemma. ramai yang ajak balik mase cuti deepavali nanti.. tapi cuti seminggu jer kot. SP rase macam ta puas kalo balik cuti tu nanti. tambah2 plak cuti tu hujung bulan lak tu. time2 tengah kering kontang. tak best la kalo balik. sebab kalo SP balik, mesti nk jumpa kawan, shopping, mancing, jalan2... semua tu pakai duit kot. aduuuhh...
kelima...
korang suka budak-budak tak? hehehe.. kenapa SP tanya? sebab SP sangat suka budak-budak. eh, bukanlah SP kate SP nak kawen. agak-agaklaa... muda lagi kott. SP minat ngan budak-budak sebab SP kan bakal seorang cikgu. jadi lumrah lah macam tu. mesti ada yang tak suka dan tanya macam ni "ape yg bestnyer budak-budak ni?".. pada SP, budak-budak ni kreatif taw. SP nak sama-sama berfikiran kreatif macam diorang, bukan bersikap kebudak-budakan ea... jadi, SP bercadang nk buad banyak benda ngan diorang. buat aktiviti, lawatan dan meneroka perkara baru dengan diorang. sebab SP pernah alami zaman muda kecil. Jadi SP nak ulangi dan menambahbaikan pengalaman SP seterusnya menerapkan kepada mereka. korang tak terfikir nak buad benda yang sama pada anak-anak korang ker?
tu jelaa yang SP nak kongsi ngan korang semua kali ni...
ape kesilapan kata harap dimaaf...
sekali lagi diingatkan bahawa segala yang terpampang kat atas adalah pendapat SP melalui pemerhatian dan kajian SP sendiri...
janganlah disalahanggap dan menganggap perkara ni macam menghina..
bukan hina ea, tapi nak ajak sama-sama fikir..
renung-renung ea....
hahahahahaha...
p/s: sekarang ni SP mmg boring gler sebab takde assignment. tp biler ade assignment malas plak... ape pon ta bleh.... hehehehe...
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...