Monday, August 15, 2011

MENITI HARI KEPULANGAN

Assalamualaikum..
selamat pagi dan salam jumpa kembali...
hahahahahaha...
pagi-pagi lagi SP sudah bertandang ke blog...
dah lame ta update...
ramai blogger memang up-to-date....
SP ni banyak kekangannyer...
mintak maaf la diucapkan kepada semua...



kali ni...
SP tak jumpe mangsa lagi sebab SP tak jalan-jalan lagi...
jadi SP nak cerita something la kali ni...
bila menyebut pasal kepulangan...
mesti korang akan terbayangkan....
roomate anda sedang mengemas baju, kemas bilik...
ada yang sibuk membasuh baju....
bila tiba hari yang dinantikan...
ramai orang berterabur keluar dari blok asrama masing-masing...
tapi apa yang sebenarnya erti kepulangan ni??
SP akan cuba berikan pendapan SP mengenai pengertian sebenar kepulangan di saat tibanya waktu cuti, atau lebih spesifik, time cuti berhari raya...



1. bila tibanya waktu cuti, semestinya setiap orang yang dirantauan ingin pulang ke kampung halaman.... kerana rindu mereka terhadap keluarga mereka.... ada yang rindu masakan mak... ada yang rindu pelukan mak... ada yang rindukan percutian bersama keluarga.... tapi kebanyakan orang rindu untuk tidur di siang hari... sebab tu diorang sangat suka balik ke kampung halaman... bila diorang tidur di siang hari, mak akan cakap camni, "takpelah. dier penat tu,".... kalo kat hostel, ada jer programnyer... prep, kelas, basuh baju... macam takde rehat langsung...



2. sebut jer pasal hari raya, semua orang terengatkan lemang, ketupat, rendang... ok, cukup pasal makanan... ada juga yang terengatkan baju raya yang baru ataupun baju tema keluarga.... ternanti-nanti untuk mencuba baju raya yang dibeli oleh keluarga... tapi kebanyakan orang nak pulang ke kampung halaman semata-mata untuk menunjuk-nunjuk baju raya.... lepas testing baju raya, ambil gambar, upload kat facebook.... pastu dok bercerita kat status pasal baju raya dier... bukannyer ape... bulan puasa ni perlu ke kita riak sampai macam tu? bukan dier sorang jer ade baju raye orang ada gak... lagi satu, tolonglah jangan buat orang lain yang tak beli baju raya tu*termasuklah SP... diorang ada perasaan cemburu gak.... jadi, faham-fahamlah....



3. kepulangan juga dinanti-nantikan kepada setiap kekasih yang berjauhan... time cuti ni merupakan peluang kepada mereka untuk bertemu dan menyambut raya bersama.... keluar sama-sama, berbuka puasa bersama, beli hadiah untuk kekasih... maklumlah, lama tak jumpa... tapi ramai kekasih pulang semata-mata untuk berjumpa dengan kawan-kawan lebih daripada kekasih sendiri... persoalannya, di manakah tujuan bercinta pada mula-mula dahulu? apakah pengertian kepulangan insan yang disayangi itu? adakah sudah hilang dek jarak yang jauh atau sudah punya teman yang baru di kejauhan? fikir-fikirkanlah...



4. ada yang mengatakan bila pulang ke kampung halaman tu dapat menjimatkan duit... bagi sesetengah orang tak perlu keluarkan duit sepanjang berada di kampung halaman... tapi bagi kebanyakan orang yang sudah meningkat dewasa dan berfikiran matang (terutamanya remaja yang sudah meningkat umur), pengurusan wang menjadi tidak stabil... kenape? sebab bila pulang berhari raya, mereka akan mengeluarkan duit untuk membeli  barang dapur, langsir baru, sampul duit raya, coklat dan persediaan untuk bagi duit raya... jadi apa sebenarnya pengertian kepulangan ke kampung halaman? adakah jelas menunjukkan penjimatan wang? atau sebaliknya? jawapan mengikut persepsi individu...

tak semua apa yang diperkatakan SP ni betul...
mungkin dianggap silap bagi sesetengah orang...
SP cuma bagi pendapat jer...
terpulanglah nak terima ataupun tidak...
yang penting, semua akan pulang berhari raya...
bagi yang tidak berkesempatan untuk pulang, bersabarlah...
bagi semua pelajar universiti, bersabarlah....
cuti kita seminggu jer...
takleh nak buat ape...
hehehehe...

p/s: SP baru menikmati rasa sihat semalam dah sakit pulak hari ni... entahlah kenape ngan SP sejak akhir-akhir ni...

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati