karya: Sireh Puteh
tempat: CD 18, Blok C, IPG Kampus Kota Bharu
mungkin hari ini bukanlah harinya
hari di mana semua mimpi dan anganku
menjadi realiti dan kenyataan
tetapi mungkin hari lain akan tiba
dengan sinar dan harapan baru
hari ini sekadar persinggahan hidup
kenangan tercipta tanpa diduga
mengukir sejarah dalam hidup ini
mewarnai segenap kenangan indah
mahupun yang suram
walau sekecil manapun perbuatan kita
hari ini, perkara itu dianggap remeh
tetapi suatu hari nanti
memberi makna yang hebat dalam diri
saat hari ini dikenang nanti
pada hari inilah jua
potret wajahmu terpampang jelas
menampakkan segala bintik dan lekuk
yang menghiasi permukaan wajahmu itu
sedikit tapi cantik
senyumanmu pada potret itu
bagaikan memberitahu aku
meminta dan meronta keras
supaya aku memikatmu
mencuri hatimu yang kesunyian
matamu seolah-olah memandangku
cuba menarik aku ke dalam jiwamu
ingin memaparkan suramnya kesunyianmu
yang telah lama kau alami
setelah perginya keindahan dari hatimu
kuning selendangmu mengikat kepala
litup dan menutupi auratmu
seiring dengan tuntutan agama kita
yang datang dari Yang Maha Satu
mendukung kehidupan yang sempurna
dari potretmu itulah aku terpana
menambat hatiku yang juga sunyi
baru sahaja dikecewakan lagi
oleh insan yang sudah merasa bosan
dengan diri ini yang sederhana
hatiku ini menjerit lagi
jeritan yang panjang dan kuat
betapa sakitnya didustai setiap kali
retak, pecah dan akhirnya berderai
sekeping hati yang sudah terbarai
pabila terpandang pada potretmu
jeritan hatiku terhenti, senyap
terhenti dek lamunan terhadapmu
sedangkan ramai lagi yang berkeliaran
tetapi hanya dikau yang menghentikannya
oleh kerana itulah berlakunya hari ini
hari di mana ku melamarmu
menemani hidupku, kembali menghiasi
mewarnai kesuraman hati
yang telah lama menyepi
hari ini, satu langkah kecil sahaja
bakal dikenang sehingga ke akhirnya
walaupun sebentar tetapi bermakna
satu makna seribu erti
memenuhi ruang pemikiran hati
bulan April, tahun kesebelas alaf baru
bakal dikenang sehingga ke akhirnya
segalanya berakhir dan bermula
akhirnya kesuraman dua hati
mulanya keindahan dua jiwa
tempat: CD 18, Blok C, IPG Kampus Kota Bharu
mungkin hari ini bukanlah harinya
hari di mana semua mimpi dan anganku
menjadi realiti dan kenyataan
tetapi mungkin hari lain akan tiba
dengan sinar dan harapan baru
hari ini sekadar persinggahan hidup
kenangan tercipta tanpa diduga
mengukir sejarah dalam hidup ini
mewarnai segenap kenangan indah
mahupun yang suram
walau sekecil manapun perbuatan kita
hari ini, perkara itu dianggap remeh
tetapi suatu hari nanti
memberi makna yang hebat dalam diri
saat hari ini dikenang nanti
pada hari inilah jua
potret wajahmu terpampang jelas
menampakkan segala bintik dan lekuk
yang menghiasi permukaan wajahmu itu
sedikit tapi cantik
senyumanmu pada potret itu
bagaikan memberitahu aku
meminta dan meronta keras
supaya aku memikatmu
mencuri hatimu yang kesunyian
matamu seolah-olah memandangku
cuba menarik aku ke dalam jiwamu
ingin memaparkan suramnya kesunyianmu
yang telah lama kau alami
setelah perginya keindahan dari hatimu
kuning selendangmu mengikat kepala
litup dan menutupi auratmu
seiring dengan tuntutan agama kita
yang datang dari Yang Maha Satu
mendukung kehidupan yang sempurna
dari potretmu itulah aku terpana
menambat hatiku yang juga sunyi
baru sahaja dikecewakan lagi
oleh insan yang sudah merasa bosan
dengan diri ini yang sederhana
hatiku ini menjerit lagi
jeritan yang panjang dan kuat
betapa sakitnya didustai setiap kali
retak, pecah dan akhirnya berderai
sekeping hati yang sudah terbarai
pabila terpandang pada potretmu
jeritan hatiku terhenti, senyap
terhenti dek lamunan terhadapmu
sedangkan ramai lagi yang berkeliaran
tetapi hanya dikau yang menghentikannya
oleh kerana itulah berlakunya hari ini
hari di mana ku melamarmu
menemani hidupku, kembali menghiasi
mewarnai kesuraman hati
yang telah lama menyepi
hari ini, satu langkah kecil sahaja
bakal dikenang sehingga ke akhirnya
walaupun sebentar tetapi bermakna
satu makna seribu erti
memenuhi ruang pemikiran hati
bulan April, tahun kesebelas alaf baru
bakal dikenang sehingga ke akhirnya
segalanya berakhir dan bermula
akhirnya kesuraman dua hati
mulanya keindahan dua jiwa
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...