karya: Sireh Puteh
tempat: CD 18, Blok C, IPG Kampus Kota Bharu
kawan,
satu kata, sejuta makna
boleh berubah kata morfologinya
sahabat, teman, handai
namun takkan berubah maknanya
kawan,
tatkala hati meragukan fakta
kau tegakkan pendirianku
membenarkan kekhilafanku
menolak semua ragu di hati
kawan,
di saat perutku dihurung kelaparan
kau hulurkan secebis hidanganmu
sedangkan cebisan makanan itu sahajalah makananmu
aku menangis terharu dengan perlakuan murnimu itu
kawan,
tatkala air mata ini mengalir deras
kau kesatkan air mataku dengan jarimu
bibirmu mengungkap kesabaran kepadaku
menjadi cahaya dalam kegelapanku
kawan,
bila ku buntu menghadapi dunia
kau pimpin tangan hatiku ke hadapan
membina keberanian, membunuh kegentaran
menggapai bintang di langit bersama
kawan,
bila fitnah menyerbu kita
ku salah memarahimu
maafkan kekhilafan diri ini
aku hanyalah manusia hina sahaja
kawan,
bila aku keseorangan di sini tanpamu
hidupku umpama ibu ayam mencari anaknya
bergelimpangan tak terurus, serabut
bertaburan tak terkemas
kawan,
hidupku tanpa kamu semua
takkan pernah sebegini kini
kerana pertolonganmulah aku di sini
aku kini menuju puncak impian
kawan,
janji kita kan bersatu sekali lagi
bertemu di puncak persada kejayaan
menggenggam segulung kehidupan yang berjaya
bersatu dalam kehidupan bersama
tempat: CD 18, Blok C, IPG Kampus Kota Bharu
kawan,
satu kata, sejuta makna
boleh berubah kata morfologinya
sahabat, teman, handai
namun takkan berubah maknanya
kawan,
tatkala hati meragukan fakta
kau tegakkan pendirianku
membenarkan kekhilafanku
menolak semua ragu di hati
kawan,
di saat perutku dihurung kelaparan
kau hulurkan secebis hidanganmu
sedangkan cebisan makanan itu sahajalah makananmu
aku menangis terharu dengan perlakuan murnimu itu
kawan,
tatkala air mata ini mengalir deras
kau kesatkan air mataku dengan jarimu
bibirmu mengungkap kesabaran kepadaku
menjadi cahaya dalam kegelapanku
kawan,
bila ku buntu menghadapi dunia
kau pimpin tangan hatiku ke hadapan
membina keberanian, membunuh kegentaran
menggapai bintang di langit bersama
kawan,
bila fitnah menyerbu kita
ku salah memarahimu
maafkan kekhilafan diri ini
aku hanyalah manusia hina sahaja
kawan,
bila aku keseorangan di sini tanpamu
hidupku umpama ibu ayam mencari anaknya
bergelimpangan tak terurus, serabut
bertaburan tak terkemas
kawan,
hidupku tanpa kamu semua
takkan pernah sebegini kini
kerana pertolonganmulah aku di sini
aku kini menuju puncak impian
kawan,
janji kita kan bersatu sekali lagi
bertemu di puncak persada kejayaan
menggenggam segulung kehidupan yang berjaya
bersatu dalam kehidupan bersama
mase form 4 kat restoran... |
senior AZITECH & me... |
function kawen sape ntah. tp kitorang g same2... |
mase shooting program Aspirasi Koko.. masok TV... |
lawatan mase forrm 4 ke KL... |
No comments:
Post a Comment
da bace, komen yerr...