Monday, January 24, 2011

POEM THAT I HELPED

Cinta Yang Dikongsi

di sini berdirinya aku
pada matamu melihatku sendirian
sedang mereka mengelilingiku
di kanan ku kulitnya gelap
gemar mengadukkan rempah dan herba
mereka memanggilnya 'Raju'
di kiriku cerah kulitnya
merah kegemarannya
sup menjadi idaman lidahnya
ia dipanggil 'Swee Lin'
kami berkongsi perkara yang sama
gelak tawa, air mata, manis senyuman
perkara yang dikatakan mustahil dahhulunya
kini nyata bersamaku
mungkin kita tidak pernah mengakuinya
tetapi sedarlah
mereka bukan sekadar manusia bergelar sahabat
merekalah keluarga kita
kakak, abang, adik
tidak pernah sedikit pun merasakan kejelekan
mahupun perkauman
tidak jua terasa terpinggir
kita sentiasa bersama-sama
kita adalah sama
kerana kita sentiasa berkongsi
berkongsi tempat, rasa dan kebahagiaan



this was a poem that i just wrote to my friends for her presentation..
it's about 1Malaysia..
the harmonious races in Malaysia..
just doing what i do best..
writing poems..
enjoy..

No comments:

Post a Comment

da bace, komen yerr...

Save Gaza

Save Gaza Denaihati